Archive for July 10th, 2019

Lenin, Stalin, Mao Zedong, Kim Il-Sung and Fidel Castro will turn in their graves if they know of Hadi’s suggestion that socialists like Jawaharlal Nehru, Nelson Mandela, Clement Attlee, Harold Wilson, Willy Brandit, Olof Palme, Robert Hawke, Norman Kirk should join the pantheon of communist leaders

Berguling Lenin, Stalin, Mao Zedong, Kim Il-Sung, dan Fidel Castro di dalam kubur mereka mendengar kenyataan Hadi yang menyamakan sosialis seperti Jawaharlal Nehru, Nelson Mandela, Clement Attlee, Harold Wilson, Willy Brandt, Olof Palme, Robert Hawke, Norman Kirk dengan pemimpin-pemimpin gerakan komunisme

Berguling pemimpin komunis seperti Lenin, Stalin, Mao Zedong, Kim Il-Sung, dan Fidel Castro di dalam kubur mereka membaca kenyataaan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang yang menyamakan mereka dengan sosialis seperti Jawaharlel Nehru (India), Nelson Mandela (Afrika Selatan), Clement Attlee dan Harold Wilson (UK), Willy Brandt (German Barat), Olof Palme (Sweden), Robert Hawke (Australia), dan Norman Kirk (New Zealand).

Takkanlah Presiden PAS sebegitu jahil sekali sehingga tidak dapat membezakan dua kumpulan pemimpin yang berbeza ini sehingga boleh menuduh yang pengisytiharan harta itu adalah satu konsep komunis dan sosialis yang dirancang oleh DAP.

Seperti yang telah dikatakan oleh Presiden DAPSY Saudara Howard Lee; Mesir, Maghribi, Palestin, Yaman, dan Libya semuanya adalah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan pada masa yang sama mempunyai peruntukan yang mewajibkan pengisytiharan harta. Adakah negara-negara ini komunis ataupun sosialis?

Saya yakin Hadi tidak akan mengatakan yang negara-negara ini juga telah dipengaruhi DAP ataupun kini bukan lagi sebuah negara Islam kerana telah menjadi sebuah negara komunis ataupun sosialis — jelaslah ini menjadi bukti kecuaian Hadi terhadap kebenaran sesuatu fakta yang menjadi ciri utama kepimpinan Hadi dalam PAS dan pakatan PAS-UMNO/BN. Read the rest of this entry »

No Comments