Archive for July 20th, 2019

Endorsement of Mahathir’s call to Pakatan Harapan parties to stop infighting or risk Pakatan losing power

Sokongan terhadap seruan Mahathir supaya parti komponen Pakatan Harapan berhenti bergaduh sesama sendiri ataupun berisiko hilang sokongan

Saya menyokong seruan Perdana Menteri dan Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa parti komponen Pakatan Harapan untuk berhenti bergaduh sesama sendiri jika tidak mahu kehilangan sokongan dalam Pilihanraya Umum ke-15 kelak.

Kejayaan bersama empat parti politik Pakatan Harapan dalam menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dan kekal teguh bersama sebagai satu pakatan sepanjang 14 bulan yang lepas adalah suatu keajaiban.

Kita cuma perlu lihat kembali ke tahun 2016, di mana Barisan Nasional telah berjaya memenangi Pilihanraya Negeri Sarawak pada bulan Mei dan kemudiannya menang besar dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada bulan Jun — di mana masa hadapan politik negara kelihatan kelam dan peluang untuk menolak Dato’ Seri Najib Razak dan rejim Barisan Nasional daripada menjunamkan negara ke arah sebuah negara kleptokratik yang gagal kelihatan mustahil.

Namun begitu, Pakatan Harapan berjaya — memberikan satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar untuk semua pemimpin PH untuk menjayakan sebuah Malaysia yang baharu yang telah dijanjikan, dengan menggubal semula polisi negara bagi membentuk satu Malaysia yang bersatu-padu, cemerlang, berkebebasan, adil, dan berintegriti, sebuah negara yang terulung yang disegani di mata dunia.

Pendokong ideologi klepto-teokrasi yang mendoakan kegagalan Pakatan Harapan dan Malaysia Baharu mahu melihat perpecahan di dalam PH — apabila perkara ini tidak berlaku, mereka mendoakan kerajaan ini hanya kekal selama setengah penggal pula.

Walaupun kini sudah mentadbir kerajaan persekutuan selama 14 bulan, Pakatan Harapan masih dalam proses membiasakan diri dalam pentadbiran. Read the rest of this entry »

2 Comments