Archive for September 23rd, 2019
Special message to youths of Sarawak on their three-fold challenge – be pioneers of Malaysian youth movement of change to save the country from (i) racial and religious intolerance and extremism, (ii) corruption and (iii)to show the world that Malaysia is show-case of success of Alliance of Civilizations instead of a failure from Clash of Civilisations
Pesanan khas buat anak muda Sarawak berhubung tiga cabaran yang perlu ditempuhi mereka – menjadi perintis gerakan perubahan anak muda Malaysia bagi menyelamatkan Malaysia daripada (1) sikap tidak toleransi kaum dan agama serta ekstremisme (2) rasuah (3) untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah wadah kejayaan Perikatan Peradaban dan bukannya gagal dek kerana Konflik Peradaban
Saya ada pesanan khas buat anak muda Sarawak, khususnya buat anak muda yang berusia antara 16 hingga 25 tahun, berhubung tiga cabaran yang akan ditempuhi mereka, pada penghujung kunjungan saya ke Kapit dan Sibu.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dijangka akan dilaksanakan tahun depan atau pada tahun 2021, dan PRN ini akan menjadi pilihan raya pertama yang akan terkesan dengan pindaan perlembagaan menurunkan umur mengundi dari 21 ke 18 tahun.
Presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata: “Berikan aku 10 pemuda, maka akan kugoncang dunia”. Bolehkah anak muda Sarawak “menggoncang” Malaysia?
Benar, anak muda Sarawak, khususnya yang berusia 16 hingga 25 tahun yang layak untuk mengundi pada PRN Sarawak ke-12 nanti harus “mengoncang” Malaysia dengan menunjukkan jalan kepada seluruh anak muda di Malaysia — sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) — sebuah daya positif yang mampu menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus menjadi sebuah negara penyangak, kleptokratik dan gagal.
Mungkin akan timbul persoalan, bukankah Malaysia sudah diselamatkan daripada nasib sedemikian dalam PRU-14 yang penuh bersejarah dan menakjubkan pada 9 Mei tahun lalu? Mengapa perlu diselamatkan sebuah negara yang bernama Malaysia ini sekali lagi? Read the rest of this entry »