Archive for September 20th, 2019

PAS-UMNO Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) is not about Malays or Muslims but about saving UMNO from oblivion and keeping UMNO leaders out of jail and giving PAS the opportunity to be Big Brother in a PAS-UMNO alliance and for PAS President to have a shot to be Prime Minister of Malaysia

Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) PAS-UMNO bukan tentang orang Melayu atau Islam, sebaliknya tentang menyelamatkan UMNO daripada dilupakan dan untuk mengelakkan pemimpin UMNO daripada meringkuk di dalam penjara dan memberikan PAS peluang untuk merasa menjadi Abang Besar dalam gabungan PAS-UMNO dan untuk Presiden PAS mencuba nasib untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia

Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) PAS-UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra UMNO Sabtu lalu, bukanlah tentang Melayu, Islam atau Raja-raja Melayu tetapi untuk menyelamatkan UMNO daripada dilupakan, malah untuk mengelakkan pemimpin UMNO daripada meringkuk di dalam penjara sepanjang hayat mereka dek kerana amalan rasuah dan salah guna kuasa semasa mereka berada di dalam kerajaan, dan memberikan peluang untuk PAS merasa jadi “Abang Besar” dalam gabungan PAS-UMNO dan menjadi penyelamat kepada UMNO yang kleptokratik — inilah sebab mengapa ia digelar sebagai klepto-teokrasi — dan untuk memberikan peluang yang julung-julung kalinya buat Presiden PAS untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia setelah dinafikan peluang berkenaan semasa berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Untuk mencapai objektif-objektif berkenaan, gabungan PAS-UMNO perlu mencipta suasana yang dipenuhi rasa ketakutan, cemas dan kebencian yang tidak berasas dan diada-adakan di kalangan orang Melayu dan Islam, yang merupakan majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia, dan untuk pertama kalinya setelah merdeka, kaum Melayu dan agama Islam kononnya berdepan krisis eksistensial, menepikan tiga fakta asas berikut:

Pertama, siapa yang berada di dalam kerajaan sejak enam dekad yang lalu dan bagaimana mungkin untuk kerajaan Pakatan Harapan memperbetulkan masalah yang diciptakan UMNO dalam tempoh masa satu, dua atau lima tahun sedangkan hegemoni UMNO dalam kerajaan telah bersarang selama enam dekad lamanya, yang agenda sebenarnya bukan untuk mengangkat taraf kehidupan bumiputera tetapi sebaliknya untuk mewujudkan UMNO-putra yang hari ini telah menciptakan kleptokrat global Malaysia pertama yang menjadi watak penting dalam skandal rasuah membabitkan 1MDB. Pakatan Harapan tidak akan menghapuskan apa yang baik untuk negara, tetapi akan melaksanakan pembaharuan terhadap apa yang buruk dan menjejaskan negara;

Kedua, fitnah terbesar bahawa DAP kononnya anti-Melayu, anti-Islam dan anti- Raja-raja Melayu, sedangkan DAP telah berulang kali menegaskan, di dalam Parlimen dan di dalam dokumen dasar sejak lima dekad lalu, dan di dalam pengumuman dasar asas gabungan politik DAP, sama ada Gagasan Rakyat, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan terbaharu Pakatan Harapan, menegaskan dan menegaskan semula sokongan dan komitmen DAP terhadap perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan, terutamanya berhubung bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, Islam sebagai agama rasmi dan sistem raja berpelembagaan di Malaysia.

Ketiga, realiti demografi di Malaysia yang memberi jaminan bahawa orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa politik, tak kira apa jua yang akan berlaku terhadap UMNO atau PAS dalam pilihan raya umum akan datang. Read the rest of this entry »

2 Comments