DAP will be defeated in Iskandar Puteri parliamentary seat and would lose 30 to 40 per cent of our votes in the country if election is held now, and we need time for the people to realise that the DAP has not betrayed them or that we have not given up on our objective of a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity


DAP akan kehilangan kerusi Parlimen Iskandar Puteri dan mungkin kehilangan sejumlah 30 ke 40 peratus undi jika pilihanraya umum diadakan sekarang, kita perlukan masa untuk rakyat menyedari yang DAP tidak pernah mengkhianati mereka mahupun melupakan matlamat bersama Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, dan integrity

DAP akan kalah di kawasan parlimen Iskandar Puteri dan kehilangan antara 30 hingga 40 peratus undi di seluruh negara jika piliharanraya umum diadakan sekarang.

Inilah tahap salah faham penyokong DAP yang terhadap DAP yang kini berada di dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Kami memerlukan masa bagi menjelaskan kepada penyokong kami dan rakyat Malaysia yang DAP tidak mengkhianati dan kami masih belum melupakan matlamat bersama Malaysia Baharu.

Jika benarlah DAP telah mengkhianati perjuangan kami selama ini, adalah mustahil untuk kami mendapatkan semula sokongan rakyat, walaupun selama mana pun masa yang diberi. Malah, sokongan kepada kami hanya akan menjadi lebih teruk.

Setelah berjuang dan berkorban selama berdekad lamanya, DAP tidak akan sama sekali mengkhianati rakyat Malaysia, prinsip-prinsip kami, dan matlamat kami untuk membina sebuah Malaysia yang baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, dan integriti. Oleh itu, para pemimpin DAP haruslah berdaya tahan, bersabar, dan terus komited kepada agenda Malaysia Baharu.

Saya mengikuti perkembangan kontroversi isu tulisan jawi ini daripada Salem di Tamil Nadu sejak hari Ahad yang lepas dan saya perhatikan terdapat tiga perkembangan utama:

  • Pembelajaran tulisan jawi tidaklah diwajibkan untuk para pelajar di SJK Cina dan Tamil dan pihak kementerian tidak akan memaksa pengajaran ataupun mengadakan peperiksaan untuk tulisan jawi.
  • Rancangan untuk menyertakan elemen pengenalan tulisan jawi dalam kurikulum Darjah 4 pada tahun 2020 telah diputuskan oleh kerajaan Barisan Nasional di antara tahun 2014-2016.
  • Kenyataan Kementerian Pendidikan yang berbunyi “Walaupun pengenalan seni khat akan diteruskan, pihak Kementerian sentiasa terbuka untuk menerima pendapat daripada pelbagai pihak bagi memastikan terdapat satu keputusan yang adil untuk semua” menunjukkan kesudian pihak Kementerian untuk mendengar pendapat semua pihak yang terlibat.

Proses pembinaan negara berada dalam satu keadaan yang tidak menentu dalam 15 bulan yang mendatang sejak daripada Pilihanraya Umum yang ke-14 yang lalu.

Mungkin kita boleh memberikan pujian kepada sesetengah pihak yang telah dengan jayanya, memerangkap rakyat Malaysia dalam suatu keadaan di mana orang Melayu berasa terancam, orang Cina berasa terancam, dan begitu juga dengan orang India, Kadazan, dan Iban.

Semua komuniti kini merasakan seakan-akan kewujudan budaya dan etnik mereka diancam.

Namun begitu, siapakah yang menimbulkan perasaan ini?

Saya tidak pernah terbayang untuk mencapai status yang belum pernah dicapai oleh mana-mana rakyat Malaysia sebelum ini — ditakuti dan dikeji oleh orang Melayu kerana dituduh menjadi ancaman terhadap hak-hak istimewa orang Melayu, dan pada yang sama dituduh sebagai pengkhianat bahasa, pendidikan, dan budaya orang Cina demi kepentingan orang Melayu.

Adakah mungkin untuk seseorang itu untuk menjalankan peranan berikut secara serentak — berusaha menghapuskan hak-hak orang Melayu demi kepentingan orang Cina dan pada yang sama mengkhianati budaya dan bahasa orang Cina demi kepentingan orang Melayu?

Saya telah dituduh dengan pelbagai agenda untuk menghapuskan budaya dan hak-hak orang Melayu, antaranya;

– Menjadikan Malaysia sebuah republik
– Islam bukan lagi agama rasmi
– Menghapuskan sistem raja berperlembagaan
– Mengharamkan Azan
– Membubarkan Regimen Askar Melayu
– Membubarkan Majlis Agama Islam Negeri
– Membubarkan Mahkamah Syariah
– Menggunakan wang zakat untuk bukan Islam

Kepalsuan perkara ini tidaklah penting lagi memandang tukang propaganda dan laskar siber yang menyebarkan fitnah-fitnah ini secara terus-menerus menipu demi menimbulkan syakwasangka, kebencian, dan ketakutan antara satu sama lain.

Sekarang saya pula dituduh sebagai mengkhianati hak-hak dan kepentingan orang Cina.

Saya dituduh sebagai seorang yang mengawal segala tingkah laku Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan dalam masa yang sama dituduh sebagai seorang pak turut Mahathir.

Semua tuduhan ini sememangnya tidak berasas sama sekali, dan saya yakin rakyat semua akan menyedari keanehan tuduhan ini apabila mereka kembali kepada realiti yang rasional.

Saya baru menerima satu gambar di media sosial yang menunjukkan gambar saya dengan tulisan “KIT SIANG DIHALAU PENDUDUK KAWASAN — ANDA HANYA AKAN MATI SEBAGAI HERO ATAUPUN HIDUP CUKUP LAMA UNTUK MELIHAT DIRI SENDIRI BERUBAH MENJADI ORANG JAHAT”.

Saya bukanlah orang jahat, dan saya juga tidak berhasrat untuk menjadi hero. Saya hanya mahu menjadi seorang rakyat Malaysia yang patriotik yang berhasrat untuk melihat Malaysia menjadi negara yang lebih baik untuk semua rakyatnya tanpa mengira kaum, agama, mahupun kawasan.

Saya percaya terhadap satu Malaysia yang Baharu yang akan menjadi sebuah negara yang terulung di persada dunia dalam semua bidang yang diceburi manusia dengan pertembungan pelbagai budaya dan ketamadunan yang hebat di Malaysia.

Terdapat laporan media yang menuduh saya sebagai seorang penyokong kuat untuk mengenalkan tulisan jawi ataupun seni khat di SJK Cina dan Tamil.

Perkara ini tidak benar sama sekali, memandangkan perkara ini telah datang secara mengejut kepada semua seorang sebagai satu legasi peninggalan kerajaan sebelum ini.

Saya masih berpegang kepada apa yang saya katakan pada tahun 1984, supaya tiada paksaan dalam pengajaran tulisan jawi.

Lawatan saya ke India baru-baru ini telah menguatkan harapan saya untuk rakyat Malaysia membangunkan satu keyakinan diri yang baharu bagi melawan momokan yang menarik kita ke belakang, bagi membolehkan Malaysia untuk berjaya dalam pelbagai bidang.

Satu semakan semula terhadap Manifesto PRU14 Pakatan Harapan boleh dijalankan sebagai satu langkah permulaan terhadap cita-cita ini.

Kita mestilah berganding tenaga untuk membersihkan nama negara tercinta ini daripada reputasi sebagai sebuah kleptokrasi global dan pada yang sama berusaha untuk menjadi sebuah negara terulung, bermula dengan reformasi pendidikan dan institusi bagi memastikan Dasar Ekonomi Baharu dilaksanakan berasaskan dasar mengikut keperluan dan bukanlah semata-mata mengikut kaum, seperti yang dipersetujui oleh tokoh-tokoh negara seperti Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz, dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Sesi Taklimat berkenaan perkara Tulisan Jawi di dalam buku teks Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil di Skudai pada hari Sabtu, 10 Ogos 2019)

=========================

DAP will be defeated in Iskandar Puteri parliamentary seat and would lose 30 to 40 per cent of our votes in the country if an election is held now.

This is the extent of the misperception and misunderstanding about the DAP in the Pakatan Harapan government which our long-standing supporters have about us.

We need time for our supporters and the people to realise that the DAP has not betrayed them and that we have not given up on our hopes and objectives of a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity.

If the DAP had in fact betrayed the people and the hopes and objective of a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity, then there is no way that DAP can recover or recapture the support of the voters with the passage of time. In fact, the outcome can only be worse.

With our decades of struggle and sacrifice, DAP will never betray the people, our principles and our hopes and objective of a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity, but DAP leaders must have the stamina, perseverance and commitment to stay the course for a New Malaysia.

When I was in Salem in Tamil Nadu last Sunday, following from afar the controversy over Jawi in the Year 4 Bahasa Malaysia curriculum for Chinese and Tamil primary schools, I noted three developments:

  • Jawi is not compulsory but optional for students in Chinese and Tamil primary schools, and that there will be no compulsion, learning or examination of Jawi.
  • Plans to revise the curriculum to include Jawi in Std. 4 Bahasa Malaysia textbook in 2020 was decided by the Barisan Nasional government in 2014-2016.
  • The statement from the Education Ministry that “Although the plan to introduce khat in schools will proceed, the ministry will still accept the views of various parties to ensure that there is fair consideration” indicates that the Education Ministry is still open to views and consultation from all groups and parties concerned.

Malaysian nation-building is in a quandary in the last 15 months after the 14th General Election.

We must commend political conspirators for trapping Malaysia in an extraordinary situation where the Malays feel threatened, the Chinese feel threatened, the Indians feel threatened, the Kadazans feel threatened and the Ibans feel threatened.

Every community is made to believe that its culture and ethnicity is facing an existential threat.

But who is creating all these threats to all racial groups in the country?

I never thought I would achieve a status unheard of for any Malaysian – feared and condemned by some Malays for being a Chinese threat to Malay rights and ethnicity as well as feared and condemned by some Chinese for betraying Chinese rights, language and culture.

Is it possible for any one person to assume such multiple and contradictory roles – on the one hand, out to eradicate Malay rights, culture and ethnicity on behalf of the Chinese, and on the other hand, out to betray Chinese language, education and culture allegedly at the behest of Malay interests.

I am accused of long list of agenda to wipe out Malay rights and ethnicity, including:

  • Malaysia becoming a republic.
  • Islam no more official religion.
  • Eradicate Constitutional monarchy.
  • Ban Azan.
  • Dissolve the Royal Malay Regiment.
  • Dissolve all State Islamic Religious Councils.
  • Dissolve Syariah Courts.
  • Use for Zakat for non-Muslims.

It does not matter that all these are not true, as the propagandists and cybertroopers who peddle these lies continue to incite doubt, suspicion, hatred and fear with these falsehoods, which become particularly divisive and destructive in the era of the Internet.

Now I am accused of betraying the rights and interests of the Malaysian Chinese.

I am on the one hand, accused of being the puppet master who pulls the strings on the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad and on the other hand, as a “lap dog” and stooge of Mahathir.

All these are baseless allegations, which the people will realise when emotions do not run so high.

I received just now on the social media a graphic of my photograph with the caption: “KIT SIANG’S CONSTITUENTS HECKLE HIM – YOU EITHER DIE A HERO OR LIVE LONG ENOUGH TO SEE YOURSELF BECOME THE VILLAIN”.

I am not a villain. I do not want to be a hero. I just want to be a patriotic Malaysian to make Malaysia a better nation for all our citizens, regardless of race, religion or region.

I believe in a New Malaysia that can become a top world-class nation in various fields of human endeavour as four great civilisations – Islamic, Chinese, Indian and Western – meet in confluence in Malaysia.

But we must come out of our ethnic shells, interact and appreciate the virtues and best values of each other’s ethnicity and not to fall victim to evil conspirators who only want to engender and incite suspicion, distrust, fear and hatred – pitting race against race and religion against religion.

There is a media report that had referred to me as a “proponent” of the introduction of khat or jawi script in Chinese/Tamil primary schools.

Nothing could be further from the truth as the issue had caught everyone, including myself, by surprise as it is a legacy of the previous government.

I stand by what I said in 1984 that there should be no compulsory teaching of Jawi.

My recent visit to India has strengthened my belief that Malaysians must develop a new self-confidence of “reaching for the stars”, a new “Malaysia Boleh” spirit, to exorcise the various fears and demons – contrived, imaginary or otherwise – for Malaysia to excel itself in various fields of human endeavour so as to achieve a golden age for Malaysia.

A good start could be made with wide-ranging review of the New Malaysia objective of the Pakatan Harapan Manifesto in the 14th General Election.

We must not only shake off the international infamy of a global kleptocracy, we must graduate to become world top-class nation with a tiger economy, starting with far-reaching educational and institutional reforms to ensure that the New Economic Policy is implemented on a needs-basis rather race-basis, as agreed by eminent Malaysians like Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz and Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at a DAP briefing on Jawi in Chinese/Tamil primary school textbooks in Skudai on Saturday, 10th August 2019 at 9 pm)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.