Archive for July 21st, 2007

Hishammuddin’s “no more statement that Malaysia is secular state” warning and power-grab by publications unit

“Amaran kepada MCA – Hishammuddin minta henti kenyataan Malaysia Negara secular” — blared the Berita Harian front-page headline today, which carried the report by-lined Norfatimah Ahmad and Suzianah Jiffar as follows:

RANAU: Pergerakan Pemuda Umno meminta pemimpin MCA berhenti daripada mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Malaysia sebagai sebuah negara sekular kerana tindakan itu tidak membawa manfaat kepada sesiapa.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar)menegaskan polemik sedemikian tidak harus cuba diperbesar-besarkan oleh MCA kerana ia tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak sebaliknya boleh memberi kesan negatif.

“Saya beri amaran kepada pemimpin MCA supaya berhenti membuat kenyataan sedemikian. Ingin saya tegaskan, saya bukan pemimpin naif yang akan membenarkan perkara ini berterusan. Amaran saya ialah berhenti membuat kenyataan,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ranau, di sini semalam.

Kelmarin, beberapa akhbar melaporkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Ong Ka Chuan, mempertikaikan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu yang menegaskan Malaysia adalah negara Islam yang melindungi hak bukan Islam.

Ong antara lain dilaporkan berkata, kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara sekular terbukti menerusi pelbagai dokumen sejarah termasuk Laporan Reid, Suruhanjaya Cobbold dan keputusan Mahkamah Agung yang dibuat pada 1988.

Beliau berkata, status sekular Malaysia itu juga terbukti berdasarkan persetujuan dan kontrak sosial oleh pemimpin terdahulu seperti termaktub dalam pelbagai dokumen yang digunakan dalam proses merangka Perlembagaan Persekutuan.

Bernama yesterday also carried a similar report which appeared on New Straits Times online, as follows: Read the rest of this entry »

72 Comments