Archive for category UMNO

Let’s be adults, YAB

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 15, 2012

15 APRIL — Merasakan diri sendiri itu sebagai hebat dan “invincible” itu merupakan kesilapan yang susah hendak diperbaiki oleh seseorang yag mempunyai sifat itu. Jika mereka yang jenis ini menjadi pemimpin mereka akan dianggap sebagai pemimpin sombong dan selalunya pemimpin seperti ini akan memandang rendah orang lain dengan begitu mudah. Hasilnya akan timbullah masalah kepimpinan (leadership crisis) yang tidak sepatutnya berlaku.

Krisis ini sememangnya boleh diatasi hanya dengan menjadi pemimpin yang merendah diri. Saya tidak dapat mencari sebab kenapa seseorang itu apabila menjadi pemimpin dia menjadi sombong dan tidak mahu merendahkan diri dihadapan rakyat pimpinannya. Orang lain semuanya bodoh dan dia sahaja yang betul dan benar.

Di negeri saya, Negri Sembilan, ada pemimpin besar yang tidak mahu merendah diri kerana pangkatnya besar dan wang ringgitnya banyak, walhal “it doesn’t cost him even 10 cents to be humble”.

Beliau ini merasakan dirinya itu datang dari syurga (paradise). Jika ada yang tidak bersetuju dengannya dia akan menjawab dengan sombong, “ah, dio tu bukan boleh mendalamkan air pun”. Semua orang lain tidak boleh mendalamkan air. Ramai juga yang datang memberitahu saya yang beliau menganggap saya sebagai pemimpin nyamuk sahaja. Read the rest of this entry »

2 Comments

Chua Soi Lek keletihan kerana kaum Cina telah muktamad menolak MCA

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 15, 2012

15 APRIL — Chua Soi Lek semasa berada di Johor Bahru semalam telah menzahirkan perasaan kecewa beliau kerana kaum Cina tidak menyokong MCA sedangkan MCA telah begitu banyak berjasa kepada bangsanya selama ini. Orang Cina katanya, memilih untuk memberikan pujian dan sokongan terhadap pembangkang yang kata beliau tidak ada jasa kepada negara selama ini.

Bagi saya, Chua Soi Lek (CSL) begitu naïf pandangannya terhadap politik dan sejarah yang melatar belakangkan keadaan ini. Pada asasnya orang Cina memang sudah lama tidak menyokong PERIKATAN dan seterusnya selepas Perikatan di ambil alih oleh BN pada tahun 1974 dahulu. Orang Cina hanya memberikan sokongan terhadap parti kerajaan semasa pilihanraya 1955 sehingga PRU 1965 sahaja. Read the rest of this entry »

10 Comments

Umno: Dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 11, 2012

11 APRIL — Pada 7 April, saya berjumpa dengan Oracle Syed Putera atau dalam bahasa Melayu kita boleh sebut sebagai Pendita dari Syed Putera.

Kali ini nasib saya baik. Saya di jemput masuk untuk berjumpa bukan sahaja dengan Sang Pendita Syed Putera tapi juga dengan tokoh halimunan, Tun Daim Zainudin.

Dahulu di pinggirkan oleh Umno, sekarang di cari cari untuk memberi jampi serapah penguat semangat.

Tun Daim jadi macam bomoh besar menggantikan swami ji atau bomoh dari Indonesia yang selalu di rujuk oleh pimpinan tertingi Umno.

Bomoh tak bomoh, macam mana ya, Najib sang general tanpa soldadu. Soldadu nya soldadu upahan, pengikut nya, pengikut bayaran.

Wah, memang nasib saya baik pada hari itu. malam nanti, saya akan berceramah di markas Tarbiyyah PAS , Taman Melewar. Ada modal mahu cakap.

Sang Pendita: You boleh tanya direct segala kemusykilan dari Tun sendiri. Dia baru pulang dari Tokyo. He went there after memberi temu ramah Utusan Meracau dan beberapa akhbar Cina yang lain. Isnin ini Tun akan ke Afrika untuk suatu tempoh yang agak panjang. Tun kata dia mahu jumpa Sakmongkol yang sudah masuk DAP itu. Kami semua ketawa.

Sakmongkol: Saya tukar wadah Tun, bukan tukar aqidah. Orang Umno hari ini, kalau agama boleh mereka jual, sudah lama mereka lakukan. Tanah, bangunan, saham, akhirnya lembu pun mereka balun. Read the rest of this entry »

2 Comments

Allah sentiasa bersama dengan orang zuhud

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 11, 2012

11 APRIL — Saya sedang melalui pengalaman baru dan pengalaman ini sangat berharga bagi saya. Pengalaman yang saya maksudkan ialah mengenali lebih dekat lagi sikap Melayu Umno.

Rupa-rupanya masih banyak yang saya kurang faham tentang ahli-ahli Umno walaupun saya berada didalam parti itu selama 40 tahun. Agaknya saya tidak memahami pemikiran diluar kotak kerana saya terlalu taksub kepada Umno itu semasa saya berada didalamnya.

Saya hanya memahami dengan lebih dekat lagi sikap dan pemikiran mereka sejak saya mengambil keputusan menyertai Parti Tindakan Demokratik, parti momokan Umno sejak 46 tahun yang lalu. DAP itu komunis, DAP itu chauvinistik, DAP itu anti Melayu dan anti Islam dan DAP itu segala-galanya yang buruk. Segala “superlatives” buruk diberikan kepada DAP.

Yang menjaga Islam itu hanya Umno. Yang berjuang untuk Melayu itu hanyalah Umno, yang mempertahankan agama itu Umno , yang anti komunis itu Umno dan semua yang baik dan syumul itu Umno.

Mereka seolah-olah mengaku mereka sahaja yang akan masuk syurga dan saya yang masuk DAP ini akan menjadi ahli neraka. Tetapi kumpulan ini tidaklah ramai. Sebagaimana yang saya telah tulis dahulu penyertaan saya dalam DAP mandapat sokongan ramai orang Melayu juga. Read the rest of this entry »

No Comments

Jalan ke syurga penuh dengan onak dan duri

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 09, 2012

9 APRIL — Rakyat khususnya orang Melayu sudah sampai masanya untuk berfikir jauh diluar kotak. Sampai masanya rakyat memilih untuk memulakan pembetulan dengan merubah keadaan negara dari mula.

“We have to start anew”. Cara berfikir yang usang patut dibuang kerana kita orang Melayu yang sudah kononnya dibela oleh parti Melayu, Umno selama 54 tahun tidak berdaya untuk membantu bangsanya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa lain walaupun perlembagaan telah memperuntukkan keistimewaan untuk orang Melayu.

Jika selama 54 tahun Umno gagal menaikkan taraf “competitiveness” orang Melayu, apa pula alasan pimpinan kita untuk meminta orang Melayu untuk terus menyokong Umno dalam pilihanraya yang akan tiba ini. Peluang untuk mendapat hasil yang sama juga adalah besar… walhasil balik asal.

Kalau kita berikan mandat lagi kepada Umno keadaan Melayu akan lebih teruk lagi. Yang pasti akan berterusan dan berkesinambungan ialah bertambahnya gejala rasuah dan menyalahgunakan kuasa akan bertambah besar lagi.

Kita tidak boleh lagi memberikan harapan kepada Umno kerana jika selama lebih lima dekad parti itu telah gagal masakan kali ini dengan kepimpinan yang lebih tidak senonoh ini akan memperbaiki keadaan orang Melayu. Umno dan kegagalan adalah dua perkataan yang sinonim. Umno itu kegagalan, kegagalan itu adalah Umno. Jangan malu-malu untuk mengakuinya. Read the rest of this entry »

7 Comments

When Malay silence is not golden

Mariam Mokhtar | Apr 9, 2012
Malaysiakini

The average human brain weighs about 3 lbs and is 80 percent water. When Einstein’s brain was set aside for research, people were surprised that it was not unusually large. Perhaps, we have to remind ourselves that it is not size that matters, but what we do with our brain that really counts.

If there was an opportunity to dissect Malay brains, and separate the brains of extremist Malay/Muslims from the moderate Malays, would we find any differences in the pathological specimens?

Would the extremist brains be abnormally heavy because they were weighted down by the condition known as Ketuanan Melayu? Would the moderate brains show lesions on the lobes which govern speech?

It is a simple question, but no one has been able to answer it: where are the moderate, smart Malays who should speak up about issues which affect all Malaysians?

I pose the question because extremist Malays appear to dominate the affairs of Malaysia. Are the moderates consumed by apathy? Are they afraid of drawing attention? A few may think they are not articulate, or that their views do not matter. Perhaps, the moderates are content to carry on as we have done for the past 54 years; hence their silence.

If they are as disgruntled as the rest of the nation, they must speak out now because their opinions would send a clear message to Umno, that enough is enough. Read the rest of this entry »

9 Comments

Bohong dan menipu adalah keperangaian kedua (second nature) Umno

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Apr 09, 2012

9 APRIL — Apa yang menyebabkan Najib dan gerombolan Umno mampu menunaikan sebahagian besar janji janji mereka? Jawapannya ialah dana dan wang yang banyak. Itu sahaja kelebihan yang Najib dan gerombolan Umno ada. Dari segi idea dan gagasan dan wawasan yang terang, dia yilek. Jika tidak ada apco dan firma pakar runding seperti Mckinsey, Najib adalah seorang kanak-kanak yang hilang dalam hutan. Di luar jawapan dan pertanyaan yang tidak berskrip, Najib tidak dapat menjawap apa-apa.

Tiadakan kuasa yang ada, apa yang Najib ada? Sudah tentu hanya janji yang kosong. Janji kosong Najib jika di bandingkan dengan janji Pakatan Rakyat akan menelanjangkan ketandusan idea Najib dan BN. Dan saya tidak fikir Najib bodoh seperti yang kita melihatnya untuk tidak menyedari bahawa objektif PR ialah mendapatkan kuasa di Putrajaya. Dan kuasa inilah yang akan di pertahankan oleh Najib dengan segala tipu helah dan pembohongan terutama kepada orang Melayu.

Pembaca sendiri dapat melihat. Hanya selepas 4 tahun mendapat kuasa, beberapa kerajaan di bawah PR bukan sahaja menepati janji yang mereka buat tetapi mentadbir negeri masing-masing dengan lebih baik dari BN yang telah lama berkuasa. Ada negeri BN yang boleh menunjukkan bahawa mereka dapat mengadakan bajet lebihan? Ada, jika main silap mata yakni dengan mebatalkan beberapa perbelanjaan supaya balance sheet nampak baik. Kita mahu lihat negeri mana di bawah pemerintahan BN yang akan sekoyong koyong membentang supplementary bill untuk mendapat bajet tambahan. Ini semua kerja auta dan autawan in chief iaitu Najib Razak. Read the rest of this entry »

3 Comments

Sejuk rasanya hati mendengar kata Najib, tapi …

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 09, 2012

9 APRIL — “Dua perkara yang terpenting untuk diingati oleh pemimpin, pertamanya jangan bersikap sombong, dan jangan tidak tepati janji”, kata PM Najib di Temerloh semalam. Saya dan sesiapa juga bersetuju dengan ungkapan Najib itu, baik kawan dan lawan dalam politik. Kata-kata itu memang satu nasihat dan peringatan yang baik kepada semua. Bak kata anak-anak muda sekarang “gua caya lu Najib”.

Tetapi itulah diantara sebab kenapa Umno dimarahi dan dipersoalkan oleh rakyat. “Attribute” pemimpin Umno adalah kesombongan mereka serta sikap tidak menepati janji. Dan dalam artikel ini kita boleh tambah lagi apa-apa yang melekat sebagai stigma yang tidak dapat dipisahkan dari parti pemerintah itu. Apa yang dinasihati Najib itu, itu lah yang ada kepada Umno.

Umno begitu sombong kepada rakyat dengan mengugut rakyat supaya jangan tinggalkan Umno kerana jika Umno ditinggalkan, mereka tidak akan dapat menentukan nasib yang baik untuk rakyat yang ramai. Hanya Umno sahaja yang boleh mempastikan kehidupan yang baik untuk rakyat dan “there is no life without Umno”. Kepercayaan yang segala-galanya adalah dari Tuhan Semesta Alam tidak dipakai lagi. Mereka telah cuba mengalihkan keyakinan ramai yang, “there is life without Umno” dan “there is life after Umno”. Read the rest of this entry »

No Comments

Open season on Lim Guan Eng

By Tunku Aziz | April 06, 2012
The Malaysian Insider

APRIL 6 — Umno has apparently declared “open season” on Lim Guan Eng. That they have been stalking their favourite target for years, even well before he came into prominence, is an open secret.

If they had not maligned, abused and subjected him to unremitting muck-raking and mudslinging, these Umno stormtroopers would have felt totally inadequate and that something was missing from their miserable existence.

They would, like their brown-shirted, fair-haired and blue-eyed Aryan cousins of the Third Reich, have felt that they were not fulfilling their historic destiny which is to cause as much mayhem as the police, in their accustomed manner and wisdom, would allow. It is all in the name of upholding “ketuanan Melayu”, and nothing should be allowed to stand in their way, not even the rule of law. Years of blatant abuse with impunity by Mahathir Mohamad who, in cahoots with his Umno henchmen, succeeded by means fair and foul, mainly foul, in distorting the systems of orderly governance as provided for under our constitutional arrangements.
Read the rest of this entry »

18 Comments

Najib kata jangan tukar pemandu tengah jalan

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 04, 2012

4 APRIL — Hari ini Najib Razak mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya.

Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.

Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat. Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver).

Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak merbahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.

Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu. Read the rest of this entry »

24 Comments

Cadangan PR untuk memansuhkan PTPTN wajar mendapat sokongan

by Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 31, 2012

31 MAC — PTPTN wajar dimansuhkan dan saya bersetuju dengan cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskannya jika PR diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Saya telah menulis isu pembiayaan pelajaran ini banyak kali kerana isu pelajaran dan pendidikan adalah isu teras dalam pembangunan negara. Pendidikan selalunya percuma di negara-negara maju.

Janganlah kita mengaku yang negara kita adalah negara maju dan rakyat yang berpendapatan tinggi tidak lama lagi tetapi kita tidak nampak tanda-tanda hasrat yang dilaungkan oleh PM Najib itu akan tercapai seratus tahun lagi. Takkanlah dengan memberikan wang ehsan RM500 baru-baru ini telah menjadikan negara kita rakyat yang berpendapatan tinggi.

Di kesebelasan negara-negara Scandinavia pelajaran adalah percuma. Di Germany juga percuma dan di Perancis dan banyak lagi negara-negara lain yang memberikan pendidikan dan pelajaran percuma sehingga peringkat tertinggi. Di negara-negara tersebut tidak ada nampak pemimpin politiknya pergi ke kawasan masing-masing menabur wang 500 euro dan sebagainya. Mereka tidak pun sibuk mendabik dada yang mereka telah memberikan sedikit kelegaan kepada rakyat mereka. Read the rest of this entry »

4 Comments

Ahli bawahan ibarat garam bagi pemimpin Umno

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 29, 2012

29 MAC — Akhir-akhir ini saya telah dihubungi oleh ramai di antara rakan-rakan saya untuk berjumpa minum petang dan makan malam. Mereka ini adalah di antara ahli-ahli Umno yang memberikan saya semangat dan sokongan moral untuk saya kembali bergiat, kali ini dalam DAP.

Sesungguhnya saya mempunyai ramai rakan-rakan di dalam Umno yang akhir-akhir ini selalu berhubung dan berbincang tentang politik setakat “level” kita yang rendah-rendah ini.

Kesemua diantara mereka terus menerus meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap Umno yang kian merosot imejnya dikalangan rakyat. Kata mereka kali ini Umno akan berhadapan tentangan hebat dari pembangkang dan juga sibuk menyelesaikan masalah dalaman yang mereka sedang hadapi terutamanya semasa PRU nanti. Semuanya hendak menjadi calon dan semuanya merasakan mereka adalah calon “winnable” untuk Umno dan Barisan Nasional.

“Bro, kami ni gunanya hanya semasa pilihanraya sahaja. Lepas tu kita tidak ada guna dah. Mereka akan sapu semua yang ada dan peranan kita hanyalah untuk melihat dan memberikan sokongan bila mereka menghadapi masalah sahaja,” kata salah seorang yang bercakap dengan saya itu.

“Lepas ini kita tidak ada lagi peranan” katanya lagi. Read the rest of this entry »

3 Comments

The tangled web Umno weaved (1)

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Mar 29, 2012

MARCH 29 —

Oh what a tangled web we weave,

When first we practise to deceive!

That’s the whole problem with Umno in short. It has deceived the country and most of all it has deceived the Malays into believing that only Umno can deliver the Malays to the Promised Land. And it continues to weave the web and got itself entangled that the only way to free the Malaysian races is to destroy the web of deceit.

Let’s us now resolved to do just that. Kick out the band of robbers and the trader of false hopes. Let us kick out the deceivers.

It forfeited what it got- power since 1957 to accomplish what it set out to do — uplift the Malays. Why? Because it started on the wrong premise, and that premise wasn’t adapted and evolved into the engine to uplift the Malays first (since Umno’s struggle and raison d’etre is to serve Malay interest) and this country. Read the rest of this entry »

22 Comments

Umno akan terus gagal memperjuangkan Melayu

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 28, 2012

28 MAC — Sejak saya mengambil keputusan menyertai pihak alternatif melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) banyak rakan-rakan yang datang menemui saya untuk bertanya berbagai-bagai persoalan tentang tindakan saya itu.

Rata-rata yang datang bertanya itu adalah dikalangan mereka yang telah berkawan dan bersahabat dengan saya sejak puluhan tahun dahulu. Rakan-rakan yang jauh bertanya kepada saya melalui emel dan talipon dan memahami saya setelah saya memberikan kefahaman yang sebetulnya.

Apa yang saya nampak mereka lebih bertanya kenapa saya memilih untuk tidak lagi bersama Umno. Jarang-jarang mereka bertanya kenapa pilih DAP kerana mereka juga memahami yang DAP itu adalah sebuah parti yang berpengalaman dan telah berusia hampir lima dekad lamanya.

Mereka memahami yang DAP telah melalui semua ujian dan dugaan untuk “survival” nya kerana tekanan dan momokan oleh pihak pemerintah terhadap parti itu tidak henti-henti dilakukan oleh pihak yang takut dengan perkembangan pengaruhnya, lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini. Read the rest of this entry »

5 Comments

Umno rewards the compromised

— Sam Peh
The Malaysian Insider
Mar 27, 2012

MARCH 27 — Is it any wonder that Khairy Jamaluddin is now being made the chairman of PUNB? Not at all because Umno is a party which reward its members who have indulged in money politics, being found guilty of subverting the judicial system, abused the Internal Security Act and even those who have not been able to shake the smell of corruption.

Syed Hamid Albar is the top boss at SPAD, the public transportation body, and his claim to fame is locking up a journalist under the ISA supposedly for her own safety.

Isa Samad was found guilty of vote-buying or corrupting the electoral system of his party and now he is heading Felda. Read the rest of this entry »

9 Comments

Bilalah Abdul Wahub akan muncul?

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 27, 2012

27 MAC — Lama juga rasanya saya berada dalam Umno dan pernah bergiat hampir tiga dekad lamanya. Walaupun saya bukan seorang yang pandai dan jauh sekali untuk memandai-mandai, saya dapat banyak pengalaman bergiat dalam parti yang telah diberikan mandat untuk mentadbir negara selama kita mencapai kemerdekaan. Itulah sebabnya saya berani dan boleh untuk menceritakan perkara-perkara yang membezakan diantara Umno yang dahulu dengan Umno Baru yang baru berumur 24 tahun itu.

Bak kata orang tidak ada yang lama tidak ada yang baru. Keadaan bersalah-salahan itu memang satu keadaan yang natural. Hanya kita sahaja yang boleh memilih untuk memilih salah satu dari sifat berlawanan itu. Kalau ADA lawannya TIADA, Begitulah keadaannya. Mana kita tahu yang sesuatu itu panjang jika tidak ada elemen yang pendek. Masakan kita tahu mana yang panas jika kita tidak tahu dan pernah merasakan yang sejuk dsb.

Dalam politik dinihari kita sedang melihat satu politik yang belum pernah kita lihat dan alami sebelum ini. Keadaan ini berlaku disebabkan kali ini merupakan pilihanraya dalam mana rakyat ramai terutamanya gulungan yang muda bersama-sama terlibat memainkan peranan untuk membezakan politik dahulu dan politik sekarang ini. Kali ini juga merupakan politik yang pertama kalinya BN menghadapi pengaruh PR yang sudah pun memegang teraju pemerintahan dilima buah negeri dalam persekutuan ini. Read the rest of this entry »

No Comments

Mentalqinkan Umno

— Sakmongkol AK47
The Malaysian Insider
Mar 27, 2012

Mari talqinkan Umno.

Ianya bukan apa apa. Umno sudah sampai masa tamatnya. Bila dah tiba maut, kita tak boleh melambat atau menyegerakan walaupun sesaat. Rakyat sudah lemas dan meluat dengan Umno. Untungnya, Umno tidak boleh melakukan apa apa untuk menyelamatkan dirinya. Setiap hari Umno menunjukkan lemasnya.

Najib berkata kepada rakyat jangan melakukan kesilapan sekali lagi. Amat benar — jangan melakukan kesilapan dengan memberi lesen kepada pimpinan Umno untuk merompak dan melanun negara ini. Pada kadar kerajaan Umno memberi kontrak dan pinjaman dengan kadar rendah, seolah-olahnya, kerajaan pimpinan Umno memerah rakyat. Negara akan bengkrap.

Lebih mendukacitakan — Najib menunjukkan sifat Umno yang bongkak. Umno merasakan dialah sahaja Melayunya. Dialah sahaja yang pandai mengurus negara. Dialah sahaja yang melindungi orang Melayu. Dialah sahaja yang boleh beri masa depan kepada orang Melayu dan Malaysia. Akan tetapi, fakta menunjukkan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat di tadbir dengan lebih baik. Read the rest of this entry »

2 Comments

Teflon Umno

— Gomen Man
The Malaysian Insider
Mar 23, 2012

MARCH 23 — Today was closure for Prime Minister Najib Razak. Not for Malaysia and not for Shahrizat Jalil or her family, most recently known for their involvement in the National Feedlot Centre scandal.

Closure because Najib has been forced to publicly back Shahrizat as the Wanita Umno chief or face the possibility of some form of a revolt from the Wanita ranks.

This scenario was communicated to Putrajaya by Wanita Umno in not to subtle ways. So Shahrizat got to pick her “retirement” date from Cabinet and the assurance that she can remain as Wanita chief.

So today she was feted by her wing, the same wing which was clueless and probably thought that the NFC meant the National Feeding Committee when Shahrizat made light of the scandal at the Umno general assembly. Read the rest of this entry »

8 Comments

Get real Mr Prime Minister!

By Sakmongkol AK47 | March 22, 2012
The Malaysian Insider

MARCH 22 — Like many others, I read somewhat amused at PM Najib’s war cry that he is confident of getting back the states now under the opposition. I say war cry because here we have a PM seized by an extreme bout of paranoia declaring that we are at war. With who?

He has to stop the charade. It’s not like Umno and BN people are gifted with extraordinary talent that reserves them the right to govern the country. Who can argue against facts? The top three states which drew the highest FDI are Pakatan-led states. Just under one term, Pakatan governments can achieve these good things which no other BN lead states have ever achieved is an incontestable testimony that Pakatan people are more talented.

This is what Umno and BN and the Umno president fear most. That people are slowly but surely realising that there is life without Umno and what’s better, there is a better life without Umno. Let’s repeat this once more there’s life without Umno and there’s a better life without Umno indeed. Tell your friends, neighbours about this; let us kick out the kleptocratic maniacs out of Putrajaya and forge a new future. Let’s square off with Najib as the opposition leader. We will see he is a paper tiger who, without a scripted text, cannot respond to out-of-pre-approved questions.
Read the rest of this entry »

22 Comments

Sejak Merdeka isu Melayu berkumandang, Melayu tidak ke mana juga

— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Mar 21, 2012

21 MAC — Isu Melayu tetap menjadi bahan kempen Umno dan Barisan Nasional semasa kita sedang menanti tarikh muktamad pilihanraya yang akan datang. PRU boleh jadi hampir atau mungkin lambat lagi. Mungkin Najib Razak menangguhkan PRU ke13 ini sampai akhir penggal pada bulan Mac 2013. Terpulang kepada beliau untuk menentukannya.

Yang saya hendak sebut hanya tentang isu yang dimainkan oleh Umno dan BN sekarang ini dan isu yang paling jelas ialah isu keselamatan dan masa depan orang Melayu. Isu ini digunakan setiap kali pilihanraya di adakan. Ia semata-mata untuk menakutkan orang Melayu untuk meninggalkan Umno dan memberikan sokongan ke pihak lain. Ia menunjukan kegagalan Umno untuk memberikan penyelesaian terhadap isu Melayu ini.

Sejak mencapai kemerdekaan ini sahajalah isu yang dimainkan. Ia merupakan lagu lama yang sudah jarang didengar. Lagu ini kita dengar bermusim sahaja, iaitu semasa pilihanraya diadakan. Ianya adalah seperti lagu lama nyanyian Momok Latif dan anak muda sekarang ini sudah tidak suka mendengarnya lagi. Read the rest of this entry »

3 Comments