Najib kata jangan tukar pemandu tengah jalan


— Aspan Alias
The Malaysian Insider
Apr 04, 2012

4 APRIL — Hari ini Najib Razak mengingatkan semua supaya tidak menukar kerajaan yang merbahaya dalam pilihanraya ini. Katanya “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan”. Maksudnya jangan tukar kerajaan dalam pilihanraya ini kerana itu adalah tindakan merbahaya.

Setiap kerajaan bertukar tangan dalam perjalanan. Parti Conservative dan Liberal Democrat telah mengambilalih kerajaan Britain dari Parti Buruh dalam perjalanan. Mana ada kerajaan yang sudah tiada untuk ditukar? Tentulah kerajaan yang sedang berkuasa yang selalu ditukar dan mereka ditukar kerana bersebab, bukan saja-saja untuk ditukar.

Perjalanan mentadbir negara adalah tugasan yang berterusan kepada siapa yang diberikan mandat. Ibarat sebuah bas yang dalam perjalanan jauh, ia disyaratkan supaya mempunyai pemandu gantian (spare driver).

Banyak kemalangan berlaku kerana pemandu itu terlena sambil memandu kerana telah memandu terlalu lama. Maka itulah undang-undang mensyaratkan setiap bas ekspress mesti mempunyai seorang lagi pemandu gantian supaya bas itu dipandu bergilir-gilir supaya tidak merbahayakan penumpang yang sedang tidur lena itu.

Dalam kes kerajaan pimpinan Najib, penumpang-penumpangnya sudah bangun dari tidur dan telah merasakan yang pemanduan Najib sudah cukup merbahaya. Najib memandu dengan tidak mematuhi undang-undang memandu.

Maka penumpang menuntut supaya pemandu ditukar supaya bas tidak terhumban kedalam gaung yang dalam. Pemandunya bernama Najib telah memandu bas itu dengan begitu bahaya kerana penumpang nampak yang pemandu bernama Najib itu sudah nampak hendak terlena.

Najib telah terlena kerana keletihan memandu atau pun tidak bijak memandu. Mungkin pemandu (Najib) ini merasa mengantuk kerana makan terlalu kenyang. Apa pun sebabnya dia mengantuk, pemandu gantian itu perlu sangat untuk mengambilalih pemandu yang lalai itu. Kali ini bas yang tidak berapa baik keadaannya itu wajar dipandu oleh pemandu gantian untuk keselamatan penumpang yang ramai itu.

Pemandu sekarang sudah terlalu lemah dan jika tidak diganti ia mungkin merbahayakan penumpang-penumpang dalam bas panduan Najib ini kedalam gaung yang dalam. Sekarang inipun sudah nampak bas yang dipandu Najib itu sedang terhuyung-hayang kekiri dan kekanan sehinggakan selalu memakan jalan dan lorong bertentangan.

Selama ini kita telah mendengar bas-bas ekspress yang telah melanggar jambatan, “toll-gate” dan kenderaan yang berhenti dan sebagainya yang telah menyebabkan penumpang terbunuh bergelempangan ditepi lebuhraya-lebuhraya kerana pemandunya yang keletihan dan tidak ditukar.

Kita juga banyak mendengar pemandu-pemandu bas yang tidak jujur membuat “duit luar” dengan menjual “spare tyre” serta menjual banyak alat-alat gantian yang ada didalam bas itu serta lari mencuri minyak petrol dan dijual kepada orang luar.

Kita jangan dengar nasihat pemandu yang sedang memandu kita sekarang kerana bas yang dipandunya telah hampir rosak dan tidak berfungsi dengan baik lagi. Cari sahaja pemandu lain supaya bas-bas itu dijaga dan mendapat “maintenance” yang lebih baik. Lagi pun pemandu yang sekarang ini selalu makan sambil memandu.

Jika pemandu sekarang masih memandu maka “premium” insurannya akan terlalu mahal kerana “loading” kepada premiumnya terlalu tinggi, “loading” kepada insurannya itu menjadi tinggi disebabkan risiko yang terlalu tinggi dan merbahayakan bas-bas yang akan dipandunya itu. — aspanaliasnet.blogspot.com

  1. #1 by yhsiew on Wednesday, 4 April 2012 - 11:10 pm

    The driver has lost his direction and he must be replaced – the UMNO of today is no longer the UMNO during Tunku Abdul Rahman’s time.

  2. #2 by sheriff singh on Wednesday, 4 April 2012 - 11:49 pm

    Drebar ni tak ada lesen memandu. Kalau ada pun lesen kopi-O. Percaya dia kah?

  3. #3 by Taxidriver on Thursday, 5 April 2012 - 1:11 am

    Kalau jelas sekali pemandu bas yang anda naik sudah mabuk, takkan tidak mau cepat-cepat turun bas dan naik bas lain? Jib kata begitu kerana dialah serupa dengan pemandu mabuk itu, mabuk tapi tak mengakui mabuk. Biasalah itu.

  4. #4 by k1980 on Thursday, 5 April 2012 - 1:26 am

    No merdeka had Queen Elizabeth said “jangan tukar pemandu dipertengahan jalan” in 1957

  5. #5 by boh-liao on Thursday, 5 April 2012 - 4:31 am

    ahCHEATkor knew dat he was not d driver ELECTED by rakyat; he pushed off d elected driver n pretended 2 b d CHOSEN 1; now he no bola 2 go 4 erection 2 face rakyat, takut 2 b SACKED b d BOSSES/VOTERs

  6. #6 by monsterball on Thursday, 5 April 2012 - 5:46 am

    If the driver is an idiot and keep driving in circles…don’t know how to reach the destination in the shortest and correct way….wasting petrol and time…will the boss sack that driver?
    Najib keep asking chances after chances for the past three years…to continue driving.
    A company will go bankrupt if the boss listen to him.

  7. #7 by dagen wanna "ABU" on Thursday, 5 April 2012 - 8:35 am

    The umno driver is an idiot; is power crazy and super greedy. So we jolly well change the driver. Habis cerita.

  8. #8 by Jeffrey on Thursday, 5 April 2012 - 8:46 am

    Actually it’s a rickety bus that has for some time heading the wrong direction (in relation to the passengers) by drivers trained from the same driving school reputed for helping them get their kopi-o driving licences. Present driver has replaced the previous one who retired due to his problem of keeping awake when driving. The present bus driver is hearing loud protests from many passengers wanting a change of direction or else they get off the bus but he’s trying very hard to persuade majority of passengers to continue stay in the bus and keep him as driver as he has now realised his mistake and changing course in the desired right direction. Actually he cannot even if he wants to. His bus conductor and helpers want the bus to travel the same familiar route where they have built up relationship with the stop-overs, rest outlets and petrol kiosks along this route that would generously provide the driver and helpers free meals, petrol and freebies for travelling that route and bringing their passengers to spend money in their establishments. So present driver announces detours, go in circles, and is still heading, indeed accelerating, the same old wrong direction but he got some helpers to change road signs at the junctions hoping that passengers don’t know that the bus is still on the same old familiar route…Many passengers however are not persuaded. They are familiar and could identify the same scenery of the route that they travelled before!

  9. #9 by k1980 on Thursday, 5 April 2012 - 9:15 am

    Not change the driver—- SHOOT the driver!

  10. #10 by Cinapek on Thursday, 5 April 2012 - 9:33 am

    When the drivers are tainted with elements of criminality but are still driving courtesy of the law enforcement officers who have been “kautim”, the passengers has to get rid of the drivers themselves or else they will be killed by these drivers. The head driver has already demonstrated this tendency when he has publicly declared they are “at war” and talking of “crushed bodies” . They have also asked their police buddies to use acid water, batons and shields to charge at the passengers who had complained about their poor service.

  11. #11 by Godfather on Thursday, 5 April 2012 - 9:57 am

    Those of us in the front rows could see that he’s driving the bus and heading towards the precipice, and we are all yelling “change direction” but he wouldn’t or couldn’t. So we are all yelling “change driver”, but the driver is yelling “trust me, trust me”.

    The passengers at the back of the bus are all asleep after gorging themselves on free goreng pisang.

  12. #12 by Godfather on Thursday, 5 April 2012 - 10:16 am

    However, the sleeping passengers at the back of the bus won’t be bothered with changing driver and the only way they would wake up is when the bus goes over the cliff. Then it’ll be too late.

  13. #13 by sheriff singh on Thursday, 5 April 2012 - 10:31 am

    Mana JPJ ? Drebar ni tak ada lesen, tak bayar cukai jalan, mabuk, kereta potong, kereta lanun, tak ada meter, tak ade insuran dll lagi. Tunggu ape lagi ?

    Tak ade road block ke ?

  14. #14 by dagen wanna "ABU" on Thursday, 5 April 2012 - 11:01 am

    Comment #10 by sheriff singh – best comment of the day!

  15. #15 by Bigjoe on Thursday, 5 April 2012 - 11:17 am

    UMNO-Perkasa/BN ini pemandu yang pecut sebelum Tuan nya masuk kereta and Tuan perlu kejar lari penat susah.. Ini macam pemandu boleh pecatlah…

  16. #16 by k1980 on Thursday, 5 April 2012 - 12:51 pm

    Let us send both the sodded-up driver and the bus back to their Makers in the 13 GE due in June

  17. #17 by sotong on Thursday, 5 April 2012 - 2:55 pm

    Jangan risau…..saya (BN) ada 50+ tahun memandu bas!

  18. #18 by cintanegara on Thursday, 5 April 2012 - 2:56 pm

    Pendapat Aspan benar sekali…amat sesuai dimulakan dengan Pulau Pinang yang Ketua Menterinya tidak ‘competent’ …..Mungkin Aspan perlu menggantikan Ketua menteri yg ada sekarang…Adakah Aspan yakin DAP akan merestui perlantikan orang seperti Aspan?

  19. #19 by tak tahan on Thursday, 5 April 2012 - 4:04 pm

    Ganti sesiapa pemandu saja la yang tidak competent asalkan bukan lagi pemandu cum pencuri masakini iaitu pemandu umno yang makin membawa kita ke tahap yang merbahaya atau bankrup.ABU!

  20. #20 by tak tahan on Thursday, 5 April 2012 - 4:11 pm

    Juga jangan ganti pemandu dengan cintanegara…orang ini crackpot lagi pun suka mabuk dengan dum.Paling merbahaya dalam categori black-listed pemandu.

  21. #21 by undertaker888 on Thursday, 5 April 2012 - 4:46 pm

    Will pdrm shoot this driver and cintamyfoot like they did to some teenagers?

  22. #22 by Godfather on Thursday, 5 April 2012 - 4:54 pm

    Now Cintarambutan is offering to be the replacement driver !

  23. #23 by PoliticoKat on Friday, 6 April 2012 - 10:43 am

    sotong :
    Jangan risau…..saya (BN) ada 50+ tahun memandu bas!

    Tetapi rekod kemalangan jalan raya abang sangat membimbangkan! Hanya bulan lepas abang melangar seekor lembu betina.

    Kerosakan bas tidak pernah diperbaiki.

  24. #24 by good coolie on Friday, 6 April 2012 - 10:05 pm

    35 years ago, I saw, “with my own two eyes”, the changing of bus drivers while a bus was moving in the middle of the night at 80km/hr. That’s bad!
    As for our Malaysian Bus, let’s stop it during the GE and replace the BN driver with a PKR driver. Hey, I’d rather change horses mid-stream than drown!

You must be logged in to post a comment.