Let us make the 15GE the Deepavali General Election in Malaysia where Malaysians begin to replace darkness with light so that Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s wish could come true on Malaysia’s Centennial


(Versi BM)
I wish all Malaysian Indians Happy Deepavali.

I also call on all Malaysians to make the 15th General Election on Nov. 19, 2022 the Deepavali General Election in Malaysia where all Malaysians, regardless of race, religion or region, unite to replace darkness in Malaysia with light so that Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s wish for Malaysia to become “a beacon of light in a difficult and distracted world” can begin to come true.

Let Malaysians unite on Nov. 19, 2022 to end Malaysia’s trajectory towards kleptocracy, kakistocracy and a failed state on Malaysia’s Centennial and instead be a phenomenon on the world stage as a great world-class plural nation that can be an object lesson for all nations and peoples of the world, whether in political, economic, social or environmental sphere, as Malaysians leverage on the best values and virtues of the four great human civilisations that meet in confluence in Malaysia – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western.

(2022 Deepavali Message by DAP Veteran Lim Kit Siang in Sibu on Sunday, 23rd October 2022)


Mari kita jadikan PRU15 sebagai Pilihan Raya Umum Deepavali di Malaysia, di mana rakyat Malaysia berganding bahu untuk menggantikan kegelapan dengan cahaya supaya cita-cita Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, dapat menjadi kenyataan menjelang ulang tahun ke-100 Malaysia

Saya ucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua orang India di Malaysia!

Saya juga ingin menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjadikan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022 sebagai Pilihan Raya Umum Deepavali di Malaysia, di mana semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, berganding bahu untuk menggantikan kegelapan yang menyelubungi dengan cahaya supaya cita-cita Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” dapat menjadi kenyataan menjelang ulang tahun ke-100 Malaysia.

Marilah semua rakyat Malaysia bersatu-padu pada 19 November 2022, untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal pada ulang tahun ke-100 negara, dan sebaliknya, menjadikan menjadikan Malaysia sebuah negara majmuk hebat yang bertaraf dunia yang boleh dicontohi oleh semua negara dan bangsa di seluruh dunia, sama ada dari segi politiknya, ekonomi, sosial, mahupun alam sekitar, di mana rakyat Malaysia mengambil nilai-nilai terbaik dari pertemuan empat tamadun hebat yang bertemu di Malaysia – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat.

(Perutusan sempena Deepavali 2022 oleh Veteran DAP Lim Kit Siang di Sibu pada hari Ahad, 23 Oktober 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.