Archive for February 25th, 2020

Pakatan Harapan is worth saving as no other political grouping in Malaysia is committed to restore Tunku Abdul Rahman’s vision of a Malaysia as “a beacon of light in a difficult and distracted world”

Pakatan Harapan mesti diselamatkan memandangkan tidak ada kumpulan lain yang komited untuk memulihkan Malaysia selari dengan visi Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi “cahaya yang menerangi kegelapan dalam dunia yang penuh cabaran”

Selepas ADUN DAP Negri Sembilan untuk kawasan Seremban Jaya, P Gunasekaran dibebaskan daripada pertuduhannya semalam, saya berada di sini sekali lagi hari ini untuk menyaksikan pembebasan Exco Melaka dan ADUN Gadek, G Saminathan bersama dengan sepuluh yang lain daripada pertuduhan keganasan berkaitan LTTE.

Saminathan, Gunasekaran, dan sepuluh yang lain berserta keluarga dan orang tersayang mereka telah menderita sepanjang 20 minggu yang lepas kerana mereka tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan kepada mereka, terutamanya pertuduhan yang kononnya mereka berhasrat untuk menghidupkan semula LTTE sedangkan pertubuhan itu telahpun berhenti daripada berfungsi hampir sedekad.

Perkembangan politik tergempar sepanjang dua hari yang lepas untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan dan untuk mengeluarkan DAP daripada kerajaan persekutuan di Putrajaya dan kes 12 orang, termasuklah Saminathan dan Gunasekaran dan penahanan mereka selama hampir 20 minggu di atas pertuduhan berkaitan LTTE sedangkan mereka tidak bersalah, menimbulkan persoalan sama ada berbaloi untuk menyelamatkan Pakatan Harapan ataupun tidak.

Saya akan menjawab dengan positif — yang Pakatan Harapan masih perlu diselamatkan kerana tidak ada kumpulan politik lain yang komited untuk memulihkan Malaysia selari dengan visi Tunku Abdul Rahman untuk Malaysia menjadi “cahaya yang menerangi kegelapan dalam dunia yang penuh cabaran”. Read the rest of this entry »

9 Comments

Who will believe that the 42 BN MPs and 18 Pas MPs now support Pakatan Harapan 14GE Manifesto and the arrest and trial of Najib and former top BN leaders – and if so, will they make such a declaration?

Siapakah yang akan percaya 42 MP BN dan 18 MP PAS kini menyokong manifesto PRU14 Pakatan Harapan dan penangkapan Najib dan pimpinan BN — dan jika benar, adakah mereka akan mengumumkan perkara ini?

Parlimen dijadualkan untuk bersidang semula pada 9 Mac ini dan tarikh ini juga menandakan bulan ke-21 selepas pilihan raya bersejarah 9 Mei 2018, di mana seluruh dunia telah menyaksikan kepimpinan Malaysia dalam memperbaharui harapan dalam sistem demokrasi sedangkan berbagai negara menyaksikan pengunduran sistem demokrasi memberi ruang kepada rejim autokratik dan kleptokratik.

Namun begitu, adakah kerajaan Pakatan Harapan akan masih wujud pada 9 Mac 2020 ini, atau adakah kita dan seluruh dunia bakal menyaksikan Malaysia dalam satu keadaan yang buruk dan zalim di mana mandat rakyat yang diberikan pada 9 Mei 2018 untuk menyelamatkan negara ini dikhianati oleh sebuah kerajaan pintu belakang yang menggunakan nama Pakatan Harapan untuk membunuh Pakatan Harapan dan untuk menghalalkan kepulangan kleptokrasi ataupun lebih teruk lagi, kemunculan kakistokrasi di mana anasir yang paling teruk, paling tidak berkelayakan, dan paling tidak berprinsip menduduki jawatan tertinggi negara?

Dalam memperkenalkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, Buku Harapan, Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir pada 8 Mac 2018 telah mengatakan: Read the rest of this entry »

2 Comments