Pesanan khas buat anak muda Sarawak berhubung tiga cabaran yang perlu ditempuhi mereka – menjadi perintis gerakan perubahan anak muda Malaysia bagi menyelamatkan Malaysia daripada (1) sikap tidak toleransi kaum dan agama serta ekstremisme (2) rasuah (3) untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah wadah kejayaan Perikatan Peradaban dan bukannya gagal dek kerana Konflik Peradaban
Saya ada pesanan khas buat anak muda Sarawak, khususnya buat anak muda yang berusia antara 16 hingga 25 tahun, berhubung tiga cabaran yang akan ditempuhi mereka, pada penghujung kunjungan saya ke Kapit dan Sibu.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 dijangka akan dilaksanakan tahun depan atau pada tahun 2021, dan PRN ini akan menjadi pilihan raya pertama yang akan terkesan dengan pindaan perlembagaan menurunkan umur mengundi dari 21 ke 18 tahun.
Presiden Indonesia, Sukarno pernah berkata: “Berikan aku 10 pemuda, maka akan kugoncang dunia”. Bolehkah anak muda Sarawak “menggoncang” Malaysia?
Benar, anak muda Sarawak, khususnya yang berusia 16 hingga 25 tahun yang layak untuk mengundi pada PRN Sarawak ke-12 nanti harus “mengoncang” Malaysia dengan menunjukkan jalan kepada seluruh anak muda di Malaysia — sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) — sebuah daya positif yang mampu menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus menjadi sebuah negara penyangak, kleptokratik dan gagal.
Mungkin akan timbul persoalan, bukankah Malaysia sudah diselamatkan daripada nasib sedemikian dalam PRU-14 yang penuh bersejarah dan menakjubkan pada 9 Mei tahun lalu? Mengapa perlu diselamatkan sebuah negara yang bernama Malaysia ini sekali lagi?
Benar, Malaysia sudah diselamatkan daripada menjadi negara penyangak, gagal, berpecah belah dan kleptokratik pada 9 Mei 2018, namun misi Malaysia Baharu untuk menjadi negara bertaraf dunia yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan dan integriti, tidak akan tercapai dalam satu kitaran pilihan raya, sebaliknya merupakan satu perjuangan jangka panjang yang memerlukan tempoh sedekad atau lebih, lebih-lebih lagi setelah Malaysia diberikan gelaran sebagai sebuah kleptokrasi global.
Ada dari kalangan mereka yang mahu memadamkan keputusan bersejarah dan menakjubkan pada 9 Mei 2018 ini dan mengembalikan semula negara ke tangan mereka yang membentuk gabungan klepto-teokrasi, menerusi penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian yang mengapi-apikan sentimen perkauman, keagamaan, perpecahan dan konflik, dan dengan berani mengatakan secara terbuka yang mereka “rindu 13 Mei”!
Malaysia tidak mampu diselamatkan oleh usaha individu berusia 95 tahun, 78 tahun dan 72 tahun. Jika Malaysia mahu diselamatkan, kita memerlukan tenaga dan idealisme anak muda Malaysia, dengan anak muda di Sarawak menjadi perintis, menjadi daya pemacu untuk merealisasikan impian murni buat Malaysia.
Ini sebabnya mengapa saya memberikan pesanan khas kepada anak muda Sarawak untuk menjadi perintis gerakan anak muda Malaysia — khususnya mereka yang berusia antara 16 hingga 25 tahun — yang mempersiapkan diri untuk menghadapi tiga cabaran iaitu menjadi agen dan penggerak perubahan untuk menyelamatkan negara daripada (1) sikap tidak toleransi kaum dan agama serta ekstremisme, (2) rasuah dan (3) untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah wadah kejayaan Perikatan Peradaban dan bukannya menjadi gagal dek kerana Konflik Peradaban.
1. Daya untuk melawan sikap tidak toleransi kaum dan agama serta ekstremisme
Malaysia kini berada di dalam suasana di mana setiap etnik, masyarakat, tak kira Melayu, Cina atau India, disuap dengan perasaan ketakutan, sangsi dan kebencian, malah percaya yang mereka kini berdepan ancaman eksistensial berhubung hak, kedudukan dan masa depan mereka di negara ini. Ini berlaku akibat daripada penyebaran berita palsu dan ucapan kebencian di sosial media — sebuah platform yang menyebarkan maklumat sepantas kilat — bagi mengapi-apikan sentimen perkauman, keagamaan, perpecahan dan konflik.
Bom jangka terhadap pembinaan negara ini harus dinyahaktifkan dengan setiap rakyat Malaysia menimba pengetahuan tentang sosial media dan menerapkan elemen pemikiran kritis dalam kehidupan seharian bagi membolehkan kita membezakan antara kaca dan permata, salah dan benar.
Saya mencabar anak muda Sarawak untuk memikul tugas ini bagi merintis gerakan anak muda Malaysia dalam memacu dan mengangkat kempen Selamatkan Malaysia daripada berita palsu dan ucapan kebencian yang menimbulkan perpecahan antara kaum dan agama serta konflik.
Sarawak adalah model masyarakat plural yang harmoni dan bertoleransi yang lebih berbanding Semenanjung Malaysia. Ini adalah pengajaran yang Sarawak harus sebarkan dan sampaikan dalam PRN Sarawak bagi mewujudkan perpaduan, persefahaman, keharmonian dan inklusiviti dalam masyarakat yang dilihat semakin berpecah belah.
2. Menjadi negara pendahulu dalam soal integriti
Kedua, anak muda Sarawak harus merintis gerakan anak muda yang memacu dan mengangkat kempen tadbir urus yang baik dan untuk Malaysia menjadikan negara pendahulu dalam soal integriti.
Hakikat bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak masih membuat lawak bodoh tentang kleptokrasi global 1MDB dan berkata bahawa semua rakyat Malaysia adalah “kroninya” yang harus dipenjarakan seperti dirinya adalah amat menjijikkan dan tidak masuk akal sama sekali.
Bagaimanapun, beliau secara tidak sedar sebenarnya telah membuat pengakuan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah salah dan tempat selayaknya untuk beliau adalah di penjara. Secara bergurau, Najib mendakwa skandal 1MDB kononnya berita palsu, tetapi beliau tidak melakukan apa-apa sewaktu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan litigasi rampasan aset berkaitan 1MDB pada Julai 2016 yang menamakan beliau sebagai “MO1” – “Malaysian Official 1”.
Jika Najib masih menjadi perdana menteri selepas 9 Mei 2018, sebarang perbincangan berkaitan skandal 1MDB akan dianggap sebagai tindakan menyebarkan “berita palsu” dan boleh dikenakan tuduhan jenayah mengikut Akta Antiberita Tidak Benar yang diluluskan kerajaan Najib sejurus sebelum pembubaran Parlimen.
Rakyat Malaysia yang patriotik sudah tentu mahu melihat Najib meringkuk di balik tirai besi secepat yang mungkin, namun kerajaan Pakatan Harapan tetap komited terhadap usaha mengembalikan kedaulatan undang-undang dan harus menerima bahawa sesuatu perbicaraan jenayah itu mengambil masa yang panjang dan prosesnya berjalan perlahan.
Najib dan juak-juaknya sudah tentu akan menganggap kedudukan Malaysia yang rendah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International (TI) sebagai “berita palsu”.
Misi untuk malaysia menjadi negara pendahulu dalam soal integriti baharu sahaja bermula, dan anak muda Sarawak harus merintis gerakan anak muda Malaysia dalam kempen jangka panjang bagi memastikan tadbir urus baik dan integriti.
3. Wadah kepada dunia sebagai Perikatan Perdaban yang berjaya dan bukannya menjadi gagal dek kerana Konflik Peradaban
Malaysia adalah tempat pertemuan empat tamadun hebat di dunia — Melayu/Islam, Cina, India dan Barat,
Marilah sama-sama kita memanfaatkan nilai terbaik dan pengajaran daripada tamadun-tamadun hebat ini untuk membina tamadun Malaysia yang inklusif dan menyeluruh, daripada terus berfikiran sempit, regresif dan eksklusif!
Anak muda di Sarawak dan Malaysia harus berusaha menjadikan negara ini berjaya atas dasar Perikatan Peradaban dan tidak membiarkan negara ini gagal dek kerana Konflik Peradaban.
Semoga anak muda Sarawak dapat merintis gerakan anak muda Malaysia yang mampu memacu dan mengangkat kempen ini untuk memastikan Malaysia mampu menjadi wadah kepada dunia atas kejayaan Perikatan Peradaban dan bukannya gagal dek kerana Konflik Peradaban.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Sibu pada hari Isnin, 23 September 2019)
========================================
I have a special message to youths of Sarawak, especially those in the 16 – 25 age group, on their three-fold challenge at the end of my visit to Kapit and Sibu.
The 12th Sarawak general election is expected next year or latest in 2021, and Sarawak’s state general election will be the first to be affected by the recent constitutional amendment to lower the voting age from 21 to 18 years.
Sukarno of Indonesia once said: “Give me 10 young men, I’ll shake the world”. Can the youths of Sarawak “shake” Malaysia?
Yes, the youths of Sarawak, especially those in the 16 – 25 age group today who may be eligible to vote in the 12th Sarawak general election in the next 12 to 20 months must “shake” Malaysia by showing the way for all Malaysian youths before the 15th National General Election in 2023 of the positive energy they are capable of transmitting to save Malaysia from the trajectory of a divided, failed, rogue and kleptocratic state.
It may be asked whether Malaysia had not been saved from such a trajectory in the historic and miraculous 14th General Election on May 9, 2018? Why is it necessary to save Malaysia from such a disastrous fate once again?
Yes, Malaysia had been saved from the trajectory towards a divided, failed, rogue and kleptocratic state on May 9, 2018, but the mission of a New Malaysia where the country becomes a top world-class nation of unity, freedom, justice, excellence and integrity cannot be accomplished within one general election cycle but is a long-term struggle lasting a decade or more, especially after the devastation and depredations of the last government which won for Malaysia the infamous and ignominious appellation of a global kleptocracy.
There are people who wants to stamp out the historic and miraculous decision of May 9, 2018 and restore the country into the hands of those who preach an alliance of klepto-theocracy, through the untrammeled spread of fake news and hate speech to incite inter-racial and inter-religious polarisation and conflict, and who do not mind a big racial and religious conflagration in Malaysia which prompted some to openly talk about “rindu May 13”!
Malaysia cannot be saved merely by the efforts of a 94-year-old, a 78-year-old and a 72-year-old. If Malaysia is to be saved, we need the energies and idealism of the youths of Malaysia, with the youths in Sarawak playing a pioneering role, to be the driving and sustaining force to realise great dreams for Malaysia.
This is why my special message to the youths of Sarawak is to pioneer a Malaysian youth movement especially in the age group of 16 – 25 years with the three-fold challenge – to be the agents and drivers of change to save the country from (i) racial and religious intolerance and extremism, (ii) corruption and (iii) to show the world that Malaysia is show-case of the success of Alliance of Civilizations instead of a failure from the Clash of Civilisations.
1. Force to combat racial and religious intolerance and extremism.
Malaysia is now in a ludicrous scenario where every ethnic community, whether Malay, Chinese or Indian, is consumed with fear, distrust and hatred believing that it is facing an existential threat to its rights, position and future in Malaysia. This is the result of the untrammelled spread of fake news and hate speech especially on the social media where information travels at the speed of light to incite inter-racial and inter-religious polarisation and conflict. These time bombs of nation-building must be de-activated with plural Malaysians developing a social media literacy which is among the highest in the world to acquire the critical thinking to differentiate fake from genuine, know what is right and wrong, true and false, moral and immoral.
I challenge the youths of Sarawak to take on this task to pioneer a Malaysian youth movement to drive and sustain a Save Malaysia campaign from fake news and hate speech which incite inter-racial and inter-religious polarisation and conflict.
Sarawak has always been a better model of a harmonious and tolerant plural society than Peninsular Malaysia. This is a lesson which Sarawak must deliver in the 12th Sarawak State General Election to ensure that there is greater unity, understanding, harmony and inclusiveness in a diverse Malaysian society.
2. Becomng a leading nation of integrity in world
Secondly, Sarawak youths should pioneer a Malaysian youth movement to drive and sustain a campaign for good governance and for Malaysia to become a leading nation of integrity in the world.
The very fact that former Prime Minister, Najib Razak could still make a sick joke about his 1MDB global kleptocracy and said that all Malaysians are his “cronies” who should be jailed like him is most revolting and absurd.
However, it is a sub-conscious acknowledgement by him that what he did was wrong and his proper place is in jail. Tongue-in-cheek, Najib is virtually claiming that the 1MDB scandal is all fake news, yet he did nothing when the United States Department of Justice (DOJ) filed its largest kleptocratic forfeiture litigation of 1MDB-linked assets in July 2016 naming him as “MO1” – “Malaysian Official 1” described as “a high-ranking official in the Malaysian government who also hold a position of authority with 1MDB” and “During all times relevant to the Complaint, MALAYSIAN OFFICIAL 1 was a ‘public official’ as that term is used in 18USC ~ 1956©(7)(B)(iv) and a ‘public servant’ as that term is used in Section 21 of the Malaysian Penal Code”.
If Najib had continued as Prime Minister after May 9, 2018, any mention of the 1MDB scandal would be regarded as perpetrating “fake news” and would be liable for criminal sanctions under the Anti-Fake News Act passed by the Najib government just before dissolution of Parliament.
All patriotic Malaysians would want to see Najib in jail now, but the Pakatan Harapan government is committed to the restoration of the rule of law and must accept that a criminal trial is a long and slow-moving process.
Najib and those of his ilk will regard the lowly position of Malaysia in the latest Transparency International Corruption Perception Index as “fake news”.
The mission for Malaysia to be a leading nation of integrity has only just started, and the youths of Sarawak must pioneer the youths of Malaysia in a long-term campaign to ensure good governance and integrity in public life.
3. Show-case to the world as success of Alliance of Civilisatilons and not a failure as a result of the Clash of Civilizations
Malaysia is the confluence of four great civilisations in the world – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western.
Let us benefit from the best values and teachings of these great civilisations which meet in confluence in Malaysia to build a great Malaysian civilisation which is inclusive and all-encompassing, instead of being narrow-minded, regressive and exclusive!
Youths in Sarawak and Malaysia must choose for the country to become a success because of the Alliance of Civilisations and not to become a failure because of the Clash of Civilisations.
Let Sarawak youths pioneer the youths of Malaysia to drive and sustain a campaign to ensure that Malaysia is a show-case to the world of the success of the Alliance of Civilisations instead of being a failure because of the Clash of Civilisations.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri in Sibu on Monday, 23rd September 2019)