Hadi has shown his true colours with his fake news and hate speech about DAP and Sarawak politics providing second proof within 48 hours that the National Co-operation Charter signed at PAS-UMNO Himpunan Penyatuan Ummah on Saturday was really a Charter for Fake News and Hate Speech


Hadi telah menunjukkan belang sebenarnya dengan berita palsu dan ucapan kebencian beliau mengenai DAP dan politik Sarawak, memberikan kita bukti kedua dalam tempoh 48 jam yang Piagam Muafakat Nasional yang baru ditandatangani di Perhimpunan Perpaduan Ummah Sabtu lepas adalah satu Piagam Berita Palsu dan Ucapan Kebencian

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menunjukkan belang beliau dengan menyebarkan berita palsu dan ucapan kebencian berkenaan DAP dan politik di Sarawak, memberikan kita semua bukti kedua bahawa Piagam yang ditandatangani Sabtu lepas hanyalah satu Piagam Berita Palsu dan Ucapan Kebencian.

Sebelum ini saya fikirkan kejadian Naib Presiden UMNO Datuk Ismail Sabri yang menyebarkan berita palsu dan ucapan kebencian apabila beliau menyatakan yang proses persijilan halal telah dipindahkan daripada Jakim kepada Kementerian Kewangan dalam acara Himpunan Perpaduan Ummah PAS-UMNO adalah satu kesilapan yang besar yang terpencil.

Jakim telah menafikan tuduhan Ismail Sabri dalam satu kenyataan daripada Unit Komunikasi Korporatnya yang berbunyi: “Jakim menafikan kenyataan ini dan mengesahkan sehingga hari ini, Jakim dan jabatan agama Islam negeri masih bertanggungjawab dalam proses persijilan halal.

Akhbar The Star telah memetik ucapan Ismail Sabri di HPU yang mengatakan “Walaupun kerajaan baru ini kelihatan seperti dipimpin oleh orang Melayu, ia dipimpin secara tidak langsung oleh DAP”, seterusnya mendakwa proses persijilan halal yang dikelola oleh Jakim kini terletak di bawah Kementerian Kewangan.

“Dan kita semua tahu siapa yang pegang Kementerian Kewangan,” tambahan lagi beliau di perhimpunan tersebut.

Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen DAP Kepong Lim Lip Eng semalam, sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman dan bekas menteri kabinet, Ismail Sabri mestilah dipertanggungjawabkan dan Lip Eng telah memberikan beliau 24 jam untuk memohon maaf di atas penyebaran berita palsu tersebut sebelum beliau membuat laporan kepada pihak Polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, dan Jabatan Agama Islam mengenai perkara itu.

Awal hari ini, di program Muafakat Rakyat di Kampung Melayu Baru di Gelang Patah, saya telah menggesa supaya penyokong Himpunan Perpaduan Ummah menuntut permohonan maaf daripada Ismail Sabri kerana tindakan beliau yang mencemarkan Piagam Muafakat Nasional menjadi Piagam Berita Palsu dan Ucapan Kebencian.

Ternyatalah saya tersilap, rupanya Ismail Sabri bukanlah tersilap dalam melakukan tindakannya itu, rupa-rupanya Piagam yang ditandatangan itu memang pun Piagam Berita Palsu dan Ucapan Kebencian.

Tidak sampai 48 jam selepas pengumuman piagam, Hadi sendiri telah memberikan bukti kedua tujuan sebenar Piagam ini iaitu untuk menyebarkan berita palsu dan ucapan kebencian.

Semasa memberikan ucapan beliau pada satu Majlis Sambutan Hari Malaysia di Bintulu hari ini, Hadi telah mendakwa yang DAP ingin memberikan kawalan dan kekayaan negara ini kepada orang Cina.

Beliau berkata: “Pada pilihanraya ke-14, BN telah ditewaskan dan Pakatan Harapan, di mana DAP merupakan pemimpin terbesarnya telah merampas tampuk pemerintahan.”

“Malangnya, DAP hanya mahu berikan kekayaan ini kepada orang Cina sahaja, bukan untuk semua, orang lain hanya akan ditinggalkan,”

Beliau mengatakan orang Melayu dan Orang Asal telah dipinggirkan dan situasi ini sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Ini semua merupakan satu berita palsu dan ucapan kebencian, tanpa secebis kebenaran atau asas langsung.

Saya cabar Hadi untuk mengemukakan bukti bagi tuduhan tidak masuk akal ini.

Amatlah mengejutkan untuk melihat Hadi menyebarkan berita palsu ini di Sarawak, sedangkan apabila PAS meletakkan 11 calon di Sarawak semasa Pilihanraya Negeri Sarawak 2016, kesemua 11 calon PAS telah kalah teruk. Bolehkah Hadi beritahu kita semua, berapa ramai daripada 11 calon PAS ini telah kehilangan deposit mereka?

Hadi pernah dahulu mengakui di khalayak awam, hanya DAP yang mempertahankan PAS apabila kerajaan negeri Kelantan jatuh ke tangan Barisan Nasional pada tahun 1977, menyebabkan keadaan huru-hara di negeri itu. Adakah beliau menipu?

Saya ucapkan tahniah kepada Hadi kerana menjadi pemimpin Islamis pertama di dunia yang membentuk satu pakatan klepto-teokrasi, yang mahu membangunkan zaman kegemilangan Islam melalui Piagam Permuafakatan Nasional Himpunan Perpaduan Ummah.

Sejarah telah menyaksikan zaman kegemilangan Islam, satu zaman di mana budaya, ekonomi, dan sains berkembang, tetapi bolehkah beliau memberikan contoh zaman kegemilangan Islam yang berteraskan kleptokrasi, berita palsu, dan ucapan kebencian?

(Kenyataan media Ahli Parlimen kawasan Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, di Gelang Patah pada hari Isnin 16 September 2019)

===============================

PAS President Datuk Seri Abdul Hadi Awang has shown his true colours with his fake news and hate speech about DAP and Sarawak politics, providing the second proof within 48 hours that the National Co-operation Charter signed at the PAS-UMNO Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) on Saturday was really a Charter for Fake News and Hate Speech.

I had earlier thought that UMNO Vice President and former Najib Minister, Datuk Ismail Sabri had committed a grave but isolated lapse of judgment when he uttered fake news and hate speech at the PAS-UMNO HPU on Saturday when in his speech he said that the halal certification process had been transferred from Jakim to the Finance Ministry.

Jakim had countered Ismail Sabri’s claims, saying in a statement by its Corporate Communications Unit: “Jakim denies this statement and confirms that up to now, Jakim and the Islamic religious authorities in the relative states are still responsible for halal certification.”

The Star had quoted Ismail Sabri as saying at the HPU that “although the new government was seen to be led by the Malays, it is indirectly run by DAP”, before going on to claim that the halal logo certification, which had come under Jakim, was now under the Finance Ministry.

And we all know who runs the Finance Ministry,” he was reported as claiming at the gathering on Saturday.

As DAP Kepong MP, Lim Lip Eng, said yesterday, as a senior politician and former cabinet minister, Ismail Sabri must be held accountable and Lip Eng gave Ismail 24 hours to apologise for the fake news and hate speech before he lodges reports with the police, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and Islamic authorities over the matter.

Earlier today, at the Program Muafakat Rakyat at Kampong Melayu Baru, Gelang Patah, I had asked the PAS-UMNO promoters of Himpunan Penyatuan Ummah to demand an unqualified apology from Ismail Sabri as his fake news and hate speech at HPU had contaminated the National Co-operation Charter into a Charter for Fake News and Hate Speech!

I was clearly wrong, as Ismail did not appear to have committed any lapse of judgment, as the National Co-operation Charter signed at the PAS-UMNO Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) on Saturday was really a Charter for Fake News and Hate Speech.

Within 48 hours of the HPU National Co-operation Charter, Hadi himself has provided the second proof that the Charter was really one to spread fake news and hate speech.

Speaking at a Malaysia Day event in Bintulu today, Hadi claimed that the DAP wanted to give control of the state and its wealth to the Chinese.

He said: “In the 14th general election, the BN was defeated and Pakatan Harapan, in which the DAP is the biggest leader, came to power.

“Unfortunately, the DAP wants the wealth for Chinese only, not for all people; other people are left behind,”

He said Malays and Orang Asal were sidelined and this situation is similar in Peninsular Malaysia.

These are all fake news and hate speeches, completely without any truth or basis.

I challenge Hadi to furnish evidence to substantiate his outrageous allegations.

It is most shocking that Hadi is dishing out these fake news and hate speeches in Sarawak, when PAS fielded 11 candidates in the 11th Sarawak State General Elections in 2016, and all 11 PAS candidates were badly defeated. Can Hadi state how many of the 11 PAS candidates lost their deposits?

Hadi had once admitted publicly, that it was DAP which had defended PAS when the Kelantan government fell to Barisan Nasional in 1977, causing chaos within the state. Did he lie?

I congratulate Hadi for being the first Islamist leader in the world who is forming an alliance of klepto-theocracy, and who wants to revive the Islamic Golden Age through the HPU National Co-operation Charter.

History bear witness to the Islamic Golden Age, a period of cultural, economic and scientific flourishing but can he give an example where an Islamic Golden Age had been founded on kleptocracy, fake news and hate speeches?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Monday, 16th Sept. 2019)

  1. #1 by Bigjoe on Monday, 16 September 2019 - 8:35 pm

    Religo Racist Brexiteers and Trumpist. They lie, their plans ultimately failures and even worsen already bad problems.

    More and more, it looks like the only logical path is focus on Sarawak and Sabah as the defense and leader against the Malaysian Brexiteers/Trumpist

You must be logged in to post a comment.