Archive for category PAS

Boikot Bersih 4: PAS untung atau rugi?

Mohsin Abdullah
The Malaysian Insider
2 September 2015

Akar umbi Umno pun tidak marah Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada perhimpunan Bersih 4. Itu menurut berita yang disiarkan The Malaysian Insider.

Sebabnya – mereka terima “penjelasan “ Dr Mahathir yang bekas presiden mereka bukan sokong gerakan Bersih secara khusus tetapi kerana beliau menyokong rakyat.

Maknanya Dr Mahathir melihat rakyat menyebelahi atau bersama gerakan Bersih. Sekali gus tuntutan Bersih adalah tuntutan rakyat. Boleh disimpulkan begitu?

Jika boleh, persamaannya (berdasarkan hujah Dr Mahathir) ialah Bersih = rakyat. Satu “equation” yang boleh membimbangkan pucuk pimpinan Umno
kerana “akar umbi setuju with such an equation”.

Dan dalam konteks PAS pula – adakah ketidakhadiran parti itu pada perhimpunan Bersih kali ini membawa erti parti itu “tidak bersama rakyat”? Read the rest of this entry »

Print Friendly

1 Comment

PAS “supports” no-confidence vote against Najib – I’ll believe it when I see it

(Scroll down for English text)

“Sokongan” PAS kepada undi tidak percaya terhadap Najib – Saya akan percaya hanya apabila ia benar-benar berlaku

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan pengarah pilihanraya PAS Mustafa Ali telah menyatakan bahawa PAS akan menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tuan Ibrahim dan Mustafa Ali bukan Ahli Parlimen, dan kenyataan mereka bahawa PAS akan menyokong undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen itu hanya saya akan percaya setelah mereka benar-benar melakukannya.

Pakatan Rakyat berkubur setelah tujuh tahun memikul harapan dan keyakinan rakyat tidak mengira kaum, agama, atau daerah, ke arah perubahan politik kerana PAS di bawah pimpinan Presiden-nya, Datuk Seri Hadi Awang, tidak boleh dipercayai dan kata-katanya tidak boleh dipegang sebagai janji.

Berkali-kali PAS di bawah Hadi melanggar komitmen dan janji mereka, sama ada janji untuk setia terhadap Dasar Bersama Pakatan Rakyat mahupun prinsip muafakat yang bermakna tidak ada satu parti atau seorang pemimpin mana-mana parti boleh membatalkan atau melanggar keputusan yang dicapai menerusi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, sama ada berkenaan ketetapan untuk bertanding satu lawan satu di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum ke-13, keputusan untuk melantik Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor atau keputusan sebulat suara bahawa rang undang-undang hudud atau sebarang usul persendirian PAS berkenaan hudud akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebelum dikemukakan di Parlimen. Read the rest of this entry »

Print Friendly

2 Comments

Himpunan ulama progresif serlah keterbukaan politik Islam

A Shukur Harun
The Malaysian Insider
18th August 2015

Sehari suntuk mengikuti sekumpulan ulama progresif dalam majlis Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji ’15) di Shah Alam Sabtu lalu mendedahkan kita kepada keterbukaan fiqh yang merangkumi politik Islam sesuai dengan keadaan masyarakat majmuk di negara ini.

Nunji ’15 itu berjaya mengumpulkan ulama yang berfikiran terbuka dan mendukung aspirasi Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bercita-cita membawa rakyat Malaysia kepada Islam sebagai “Rahmatan lil Alamin” (Rahmat seluruh alam) dengan sifatnya yang teguh, anjal, toleran dan adil.

Ini satu perkembangan baharu dalam memahami kemurnian tasawuur Islam, terutama mengenai hukum-hakam yang dilihat sering diselubungi kejumudan dan shadid (keras), menyebabkan wajah Islam yang sepatutnya ceria dan ramah menjadi bengis, malah menakutkan. Read the rest of this entry »

Print Friendly

No Comments

New Pakatan Rakyat to be formed must not repeat the mistakes of Pakatan Rakyat which died an early death because of the lack of trustworthiness of one of its component parties

Recently, the PAS Deputy President Tuan Ibrahim Tuan Man called for the revival of a united opposition amid the twin scandals of 1MDB and RM2.6 billion deposited into Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak’s oersonal bank accounts in AmBank just before the 13th General Election.

He said this was the “crucial hour for all opposition parties to unite” and sit together to find common ground and minimise their differences.

I admit to great wariness of such a call after the early death of Pakatan Rakyat despite the high hopes and trust placed on it by Malaysians regardless of race, religion or region rooting for the first political change on the national landscape, vesting it with 52% of the popular vote in the 13th General Election. Read the rest of this entry »

Print Friendly

2 Comments

When a new political party emerges from Gerakan Harapan Baru in a few weeks time, a new Pakatan Rakyat – whether PR Baru, PR 2.0 or whatever name – will be ready to carry the torch for a Malaysia Baru

DAP Johor State Assemblyman for Pekan Nenas Yeo Tung Siong told me just now that Ayer Baloi tonight breaks record with the biggest crowd ever in history, signifying the powerful public support for Gerakan Harapan Baru and hopes for political change after nearly six decades of UMNO/Alliance/Barisan Nasional rule.

However, we want to create history not only in Ayer Baloi but in Johore and the whole of Malaysia in the forthcoming 14th General Election – when we are not only setting our sights on the Federal government in Putrajaya but also the state government in Nusajaya.

For over half a century, Johore had been regarded as an impregnable fortress for UMNO/MCA/MIC coalition and an invincible UMNO/Barisan Nasional “fixed deposit state”.

UMNO/BN leaders were so arrogant that they even talked about Johore being a “zero-opposition” state until such cockiness were buried by the historic Pakatan Rakyat breakthrough in the 13th General Election in 2013, winning 18 State Assembly seats – one seat short of denying UMNO/BN two-thirds majority in the Johore State Assembly.

But now Pakatan Rakyat is no more and the country needs a new Islamic political party which is all-embracing and inclusive which can unite not only Muslims and Malays but also non-Muslims and non-Malays, in other words, with all Malaysians to achieve the Malaysian Dream of ensuring that all Malaysians, regardless of race, religion or region, are entitled to basic human rights and dignity as citizens of a modern society. Read the rest of this entry »

Print Friendly

7 Comments

Pilihan raya lokal hakis hak Melayu?

Saifuddin Abdullah
Sinar Harian
3 OGOS 2015

MINGGU lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menuduh DAP “cauvinis” kerana ingin mengadakan semula pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Enam bulan terdahulu, beliau menyatakan yang pilihan raya tersebut akan menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu.

Saya tidak terlibat dengan perselisihan antara beliau dengan DAP. Tetapi, saya tidak bersetuju dengan pendapatnya tentang hak orang Melayu dalam konteks pilihan raya PBT.

Pada 13 Mac 2015, saya telah menyampaikan syarahan khas bertajuk “Adakah Pilihan Raya PBT Menghakis Hak Keistimewaan Melayu” di Persidangan PBT di Malaysia: Menilai Laporan Athi Nahappan Untuk Masa Kini, anjuran Penyelidikan Untuk Kemajuan Sosial (REFSA). Teks syarahan itu diterbitkan dalam REFSA Quarterly, Isu 1 2015.

Saya mula berbicara dan menyokong diadakan semula pilihan raya PBT sejak 1986. Saya pernah menjadi Ahli Majlis PBT Temerloh selama enam bulan, pada 2007, iaitu sebelum menjadi Ahli Parlimen Temerloh pada 2008-2013. Oleh kerana pada saya, Majlis Daerah dan Majlis PBT tidak partisipatori dan representatif, maka, sebagai Ahli Parlimen, saya telah menubuhkan mini-parlimen tempatan, iaitu Majlis Perundingan Parlimen Temerloh. Read the rest of this entry »

Print Friendly

No Comments

My hopes for Gerakan Harapan Baru

Rama Ramanathan
The Malaysian Insider
30 July 2015

Disgruntled members of PAS, Malaysia’s sole Islamic political party, are working to form a new political party. There has been some debate over whether the word “Islamic” or the word “Muslim” should be in the name of the new party.

The debate is academic, since the two words will not be permitted by the Registrar of Societies. Indeed, some years ago Malaysia’s Malay political party, Umno, agitated to remove the word “Islam” from the name of PAS (“Parti se Islam Malaysia”) and to forbid the use of the words Islam or Muslim in the name of any political party in Malaysia.

Umno has made no effort to include an Islamic element in its name. Umno is aggressively race-based, presenting itself as defender of the Malay race. Nevertheless Umno does claim it is a party of Muslims. The claim is legitimate since Malays are required by the Federal Constitution to profess the religion of Islam. Read the rest of this entry »

Print Friendly

2 Comments

The long-awaited political breakthrough

— Koon Yew Yin
Malay Mail Online
July 26, 2015

JULY 26 — Gerakan Harapan Baru, Parti Progresive Islam — whatever name is finally decided for the breakaway group of Pas moderates and progressives — will not matter. What matters is that a new political force is being set up to provide Malaysian Muslims with an alternative to Pas and UMNO in the coming elections.

This move by PAS reformers is possibly the most important development to take place in the country’s political system for a long time. Why do I say this?

Well, most Malaysians especially non-Muslims, we have only had a choice between the devil and the deep blue sea since 1957 in terms of Muslim based parties. That is a choice of UMNO or PAS.

UMNO plays racial cum religious politics; PAS plays religious cum racial politics. We had what is referred to as Hobson’s choice or in simple English, no choice in choosing the government. This ‘take it or leave it’ option to voters is finally going to change. Read the rest of this entry »

Print Friendly

4 Comments

Welcome GHB’s sensible and Malaysian-centric stand that pressing issues of the country are political reforms and socio-economic injustices like the killing of Teoh Beng Hock and 1MBD scandal and not hudud implementation

I welcome the sensible and Malaysian-centric stand and approach of Gerakan Harapan Baru (GHB) that the pressing issues of the country are political reforms and socio-economic injustices like the killing of Teoh Beng Hock and 1MDB scandal and not hudud implementation.

Khalid Samad, the GHB MP for Shah Alam, has told The Malaysian Insider that GHB would be consistent on this, which clearly differentiated it from PAS.

Khalid said:

“We won’t be doing a U- turn, not like PAS saying in the past that hudud is not a priority and then suddenly making it into something that is the only issue of concern.

“For Harapan Baru, it is not a priority, from our understanding it is the last item to be implemented when everything else is in place.

“There are other issues like national unity, the economy, political conflicts which has to be addressed. That would be the priority.”

I had in fact tried to save Pakatan Rakyat from from being killed by PAS Muktamar in June when two weeks before the PAS Muktamar, I proposed an Eight-Year “Save PR” Roadmap by all three PR parties – DAP, PKR and PAS – reaffirming the PR Common Policy Framework which had won the support of 52% of the electorate in the 13th General Election. Read the rest of this entry »

Print Friendly

2 Comments

Kenyataan pahit politik Malaysia – Hadi sekali lagi akan “dipermainkan” oleh Najib pada persidangan Parlimen akan datang kerana usul rang undang-undang persendirian berkenaan hudud tidak akan diberi ruang untuk dibentangkan kerana Najib telah pun mencapai matlamatnya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat

Saya terperanjat dengan ketidakjujuran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang terus membuat tuduhan palsu bahawa keinginan DAP untuk merampas kuasa politik ke tangan kaum Cina adalah sebab mengapa DAP mahu mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan punca perpecahan Pakatan Rakyat.

Saya baru saja menonton video wawancara Hadi dengan Channel News Asia yang di dalamnya beliau menuduh DAP melanggar “moral” Pakatan Rakyat dan mahu merampas kuasa politik demikaum Cina dengan cara mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan.

Saya terkejut dan sekaligus sedih kerana seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat seperti beliau sanggup meletakkan dirinya ke tahap yang begitu rendah dengan menyebarkan pembohongan sedemikian. Ia perbuatan yang tidak berakhlak bagi seorang pemimpin politik atasan.

Ketika UMNO menyebarkan pembohongan tentang DAP, pemimpin atasan UMNO tidak melibatkan diri, membiarkan kerja-kerja kotor dilakukan oleh para propagandis dan pemain politik tingkat bawah.

Namun dalam PAS, Presiden parti sendiri terlibat secara giat menyebarkan pembohongan yang dulu diulan-ulang oleh UMNO!

Kita mungkin boleh berbaik hati dan memberi alasan bahawa Hadi mempunyai masalah ingatan sehingga sanggup berbohong dan menuduh DAP cuba merampas kuasa demi kaum Cina dengan cara menuntut supaya pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan dan kononnya pilihanraya itu akan merugikan Melayu kerana 60 peratus daripada kerusi Dewan Undangan Negeri dalam negara ini telah dikawal oleh DAP.

Dakwaan sedemikian adalah pembohongan terang-terangan dan tidak masuk akal atas enam sebab:

i) DAP tidak mengawal 60 peratus daripada kerusi DUN kerana gabungan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat, iaitu DAP, PKR, dan PAS (sebelum Pakatan dikorbankan dalam Muktamar PAS pada 3 Jun lalu) telah memenangi tidak sampai 50% daripada jumlah keseluruhan kerusi DUN dalam PRU ke-13 yang lalu. Jumlah keseluruhan dan peratus kerusi DUN yang dimenangi oleh parti-parti Pakatan dalam PRU 13 adalah 229 kerusi atau 45% daripada 505 kerusi DUN dalam negara.

ii) DAP tidak pernah menjadi sebuah parti khusus untuk kaum Cina atau mana-mana jua kaum atau agama. Sejak penubuhan parti ini hampir 50 tahun lalu, DAP komited dengan matlamat menjadi parti untuk semua kaum dan penganut agama di Malaysia. Malah, DAP adalah satu-satunya parti politik pan-Malaysia di Malaysia, dengan cabang di semua negeri dalam negara ini.

iii) Pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan sentiasa menjadi matlamat DAP sejak penubuhan parti ini pada tahun 1966.

iv) Suatu perbuatan yang amat mengelirukan dan tidak bertanggungjawab untuk mengatakan bahawa pilihanraya kerajaan tempatan akan memanfaatkan kaum Cina dan merugikan Melayu. Kenyataan sedemikian mengabaikan hakikat bahawa sejak lima dekad lalu penstrukturan semula kerajaan tempatan telah berlaku dan begitu juga proses urbanisasi Melayu, menghasilkan 148 buah kerajaan tempatan, sekitar 90% daripadanya mempunyai majoriti Melayu lebih 50%, manakala kaum Cina hanya membentuk majoriti di hanya dua atau tiga peratus daripada 148 kerajaan tempatan itu, dan 13 kerajaan tempatan bersifat majmuk dengan tujuh daripadanya didominasi Cina dan enam didominasi Melayu.

v) Suatu kemuncak sikap tidak bertanggungjawab juga untuk menuduh para pejuang pilihanraya kerajaan tempatan sebagai “cauvinis” atau “komunis”, memandangkan pilihanraya kerajaan tempatan turut diadakan di Indonesia, Turki dan Iran. Apakah Hadi cuba menyatakan bahawa Presiden Jokowi di Indonesia, Erdogan di Turki, dan bekas presiden Ahmadenijad adalah “komunis” dan “cauvinis” kerana mereka berjaya dalam pilihanraya kerajaan tempatan?

vi) Tiada asas bagi dakwaan bahawa DAP telah melanggar “moral” Pakatan dengan bertindak secara bersendirian untuk cuba memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan sehingga mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Hakikatnya, pemulihan pilihanraya kerajaan tempatan terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat di peringkat kebangsaan dan manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk PRU 13.

Pada Mac 2010, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang telah menulis surat secara berasingan atas nama kerajaan masing-masing meminta Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pilihanraya kerajaan tempatan di negeri masing-masing, namun permintaan itu ditentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Saya berasa sedih melihat Hadi menggunakan pembohongan dan pendustaan UMNO untuk memburuk-burukkan DAP sedangkan beliau sendiri tahu menerusi penglibatan beliau selama tujuh tahun dalam Pakatan bahawa semua dakwaan itu adalah dustasemata-mata.

Lebih buruk daripada itu, Hadi cuba menyemai perpecahan dalam DAP dengan mendakwa bahawa “sesetengah pemimpin DAP” dan “pemimpin negeri” tidak bersetuju dengan pemimpin parti di peringkat kebangsaan dan bahawa hubungan pemimpin PAS dengan pemimpin-pemimpin DAP yang dimaksudkannya itu “masih baik”.

Hadi boleh terus dengan khayalannya itu kerana DAP tidak akan mula menjalankan proses “menyucikan parti” hanya berasaskan dakwaan berniat jahat Hadi itu.

Lebih penting untuk setiap orang mengenal pasti kenyataan pahit dalam politik Malaysia.

Realiti pertama – Pakatan Rakyat akan kalah teruk dalam pilihanraya umum akan datang jika melibatkan diri dalam pilihanraya itu tanpa mempedulikan sama sekali pelanggaran Dasar Bersama oleh PAS, menjadikan hudud satu isu panas dalam kempen pilihanraya.

Malah, sekiranya Dasar Bersama Pakatan dilanggar sebelum PRU 13 yang lalu dan hudud dijadikan isu panas, tentu keputusan yang terhasil berbeza – kerajaan negeri Selangor mungkin telah kembali ke tangan UMNO/BN dan UMNO/BN mendapat semula majoriti dua pertiga, menghasilkan akibat politik jangka panjang.

Sekiranya Dasar Bersama Pakatan dicabul dalam keadaan sedemikian, kesannya di kalangan pengundi Melayu mungkin tidak banyak, tetapi sokongan bukan-Melayu pasti akan merosot teruk, membawa kepada kehilangan sokongan daripada pengundi bukan-Melayu sebanyak sehingga 20%.

Peningkatan undi Melayu sebanyak 1% dan pengurangan undi bukan-Melayu sebanyak 20% dalam PRU 13 mampu menghasilkan senario berikut:

Projeksi berdasarkan negeri sekiranya Hudud dijadikan isu pilihanraya

Senario

Sokongan kepada pembangkang Senario baru
Melayu +1%
Bukan Melayu -20%

Rumusan berdasarkan negeri

GE13 Senario Baru
Summary Parliament PAS PKR DAP PAS PKR DAP
PERLIS 0 0 0 0 0 0
KEDAH 1 4 0 0 0 0
KELANTAN 9 0 0 9 0 0
TERENGGANU 4 0 0 4 0 0
PULAU PINANG 0 3 7 0 2 7
PAHANG 1 2 1 0 1 0
SELANGOR 4 9 4 2 4 4
W.P. KUALA LUMPUR 0 4 5 0 0 5
NEGERI SEMBILAN 0 1 2 0 0 1
MELAKA 0 1 1 0 0 1
JOHOR 0 1 4 0 0 0
JUMLAH 21 28 31 16 7 21
GE13 Senario Baru
Ringkasan Parlimen PAS PKR DAP PAS PKR DAP
PERLIS 1 1 0 0 0 0
KEDAH 9 4 2 5 1 0
KELANTAN 32 1 0 34 0 0
TERENGGANU 14 1 0 14 0 0
PULAU PINANG 1 10 19 1 7 17
PERAK 5 5 18 1 2 14
PAHANG 3 2 7 2 0 2
SELANGOR 15 14 15 5 5 11
NEGERI SEMBILAN 0 3 11 0 0 6
MELAKA 1 0 6 0 0 3
JOHOR 4 1 13 0 0 4
JUMLAH 85 42 91 62 15 57

Dalam senario seperti di atas, Pakatan tidak memenangi 89 kerusi parlimen atau 40% daripada kerusi parlimen, sebaliknya jumlah kerusi yang dimenangi hanya 53 kerusi (44 di Semenanjung dan 9 di Sarawak/Sabah) atau 24% daripada keseluruhan kerusi parlimen. Bermakna UMNO/BN kembali mendapat majoriti dua pertiga, membolehkannya membuat persempadanan semula demi memanjangkan lagi cengkamannya ke atas kuasa secara tidak demokratik.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri, 229 kerusi DUN yang dimenangi di Semenanjung Malaysia tentu telah merosot kepada 42% atau hanya 134 kerusi DUN.

Walaupun Pakatan berkemungkinan kekal berkuasa di Pulau Pinang dengan 25 kerusi DUN (17 DAP, 7 PKR dan 1 PAS) berbanding 30 yang dimenangi dalam PRU 13 (19 DAP, 10 PKR dan 1 PAS), kerajaan negeri Selangor akan kembali jatuh ke tangan UMNO/BN di mana 44 kerusi Pakatan yang dimenangi dalam PRU 13 (15 DAP, 15 PAS dan 14 PKR) akan merosot kepada 21 (11 DAP, 5 PAS, 5 PKR).

Keputusan di negeri-negeri Pantai Barat yang lain tentunya sama buruk.

Di Johor, Pakatan tidak mungkin membuat penerobosan dengan memenangi 18 kerusi DUN (13 DAP, 4 PAS dan 1 PKR) dalam PRU 13 dan negeri itu akan kekal sebagai “deposit kekal” UMNO/BN dengan Pakatan hanya memenangi 4 kerusi negeri (semuanya DAP dan sifar untuk PKR dan PAS).

Di Perak, jumlah 28 kerusi Pakatan (18 DAP, 5 PKR dan 5 PAS) pada Mei 2013 mungkin merosot kepada 17 (14 DAP, 2 PKR dan 1 PAS); di Pahan 12 kerusi Pakatan (7 DAP, 3 PAS dan 2 PKR) mungkin merosot kepada 4 (2 DAP, 2 PAS dan 0 PKR); di Negeri Sembilan, jumlah 14 kerusi Pakatan (11 DAP, 3 PKR dan 0 PAS) mungkin merosot kepada 6 (6 DAP, 0 PKR dan 0 PAS); dan di Melaka dari 7 kerusi Pakatan (6 DAP, 1 PAS, 0 PKR) berkurangan kepada (3 DAP, sifat untuk PAS dan PKR).

Jika Hadi mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya umum yang lalu dan hudud menjadi isu panas, PAS mungkin telah lenyap di Johor, Melaka, dan Perlis, mengekalkan hanya 1 kerusi DUN di Perak, 2 di Pahang dan 5 di Selangor dan juga Kedah – hanya mengekalkan kedudukan di Kelantan dan Terengganu.

Kenyataan pahit kedua: Dalam pilihanraya umum ke-14 yang akan datang, PAS mungkin hilang kuasa ke atas Kelantan yang telah ditadbirnya selama 15 tahun sejak 1990 jika berlaku perubahan undi sebanyak 4% yang tidak memihak kepada PAS di negeri itu.

Kenyataan pahit ketiga: Satu kesilapan besar untuk mengabaikan kemungkinan PAS kalah di Kelantan dalam PRU 14 jika berlaku perubahan undi sebanyak 4% kerana PAS hilang kuasa di Terengganu dalam pilihanraya tahun 2004 setelah berlaku perubahan undi sebanyak 15% setelah PAS memerintah dan Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu selama hanya satu penggal.

Kenyataan pahit keempat: Hadi sekali lagi akan “dipermainkan” oleh Najib pada persidangan Parlimen akan datang kerana usul rang undang-undang persendirian berkenaan hudud tidak akan diberi ruang untuk dibentangkan kerana Najib telah pun mencapai matlamatnya untuk memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Print Friendly

No Comments

Hard Realities of Malaysian Politics – Hadi will again by “played out” by Najib in the next Parliamentary meeting as Hadi’s private member’s bill motion on hudud will not see the light of day as Najib has already achieved his objective of breaking up Pakatan Rakyat

I am shocked by the downright dishonesty of the PAS President, Datuk Seri Hadi Awang in continuing to accuse the DAP of wanting to grab political power for the Chinese as the reason why DAP wanted to restore local government elections and the break-up of Pakatan Rakyat.

I have just seen the video of Hadi’s interview with Channel News Asia (CNA) where he accused the DAP of violating the “morals” of Pakatan Rakyat and of wanting to grab political power for the Chinese in wanting to restore local government elections.

I am both shocked and saddened that a former Pakatan Rakyat leader could be reduced to a level to  tell such a lie, which is a most immoral act for any top political leader.

Read the rest of this entry »

Print Friendly

6 Comments

Hadi is the single cause of the death of Pakatan Rakyat not only for violating the PR Common Policy Framework and the PR consensus operational principle but trying to be “master” of PR

(Scroll down for English text)

Hadi adalah punca utama kematian Pakatan Rakyat bukan saja kerana mencabul Dasar Bersama dan prinsip muafakat Pakatan Rakyat tetapi juga kerana cuba untuk menjadi “tuan” Pakatan Rakyat

Berat hati saya untuk menyatakan rasa kesal saya yang bersangatan melihat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengulang-ulang propaganda UMNO bahawa DAP mahu menjadi “tuan” ke atas parti lain bagi menyelindungkan pendirian politik baru beliau untuk menjadi pembela terkuat Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan para pemimpin dan ahli UMNO sendiri sedang mencari arah baru untuk negara ini.

Sebagai contoh, ketua UMNO Cheras Syed Ali Alhabshee kelmarin menyifatkan pakatan baru pembangkang tidak mampu menggugat UMNO sambil terus menyebarkan pembohongan bahawa gabungan baru berkenaan akan dikuasai oleh DAP seperti mana kononnya DAP dulu menguasai Pakatan Rakyat yang telah berkubur.

Dakwaan yang hampir sama diulang oleh Hadi kelmarin dengan menyebut bahawa golongan yang menghargai perjuangan Islam tidak akan menjadikan DAP sebagai ‘wali’, mengulangi tuduhan UMNO bahawa DAP mahu menjadi “tuan” dalam hubungan “tuan dan hamba” dengan parti-parti politik lain.

Tuduhan itu bukan saja tidak berasas sama sekali, malah ia pembohongan paling keji daripada seorang bekas pemimpin Pakatan Rakyat. Read the rest of this entry »

Print Friendly

5 Comments

It is Hadi’s prerogative if he wants to provide a life-line to support Najib and shore up the Prime Minister in the gathering storm over the 1MDB scandal, but PAS leaders should not expect DAP leaders to keep quiet when they make baseless attacks on the DAP

(Scroll down for English text)

Terserah kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan jangka hayat Najib sebagai Perdana Menteri di tengah taufan skandal 1MDB, namun pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh mengharapkan DAP berdiam diri apabila mereka membuat serangan tidak berasas ke atas DAP.

Saya telah menasihatkan para pemimpin DAP untuk tidak mencontohi sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali menyerang pemimpin DAP tanpa asas. Saya juga telah menasihatkan para pemimpin DAP untuk sentiasa “berpegang dengan prinsip, menjaga etika, sopan dan jangan sekali-kali menggunakan pembohongan dan pendustaan, memfitnah, atau menggunakan gelaran yang buruk atau memburukkan peribadi sesiapa.”

Terpulang kepada Hadi jika beliau mahu membantu memanjangkan hayat politik Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri di tengah taufan politik skandal 1MDB dan mengecam percubaan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib sebagai PM (mungkin Hadi boleh juga jelaskan mengapa beliau tidak cuba menyelamatkan Tun Abdullah ketika beliau menerima tekanan yang sama daripada Mahathir selepas pilihan raya umum 2008.

Namun pemimpin PAS tidak boleh mengharapkan para pemimpin DAP berdiam diri apabila mereka membuat serangan tidak berasas terhadap pemimpin DAP seperti yang dilakukan oleh Mustapha di Kuala Terengganu kelmarin.

Mustapha mengulangi dua tuduhannya terhadap pemimpin DAP, iaitu bahawa para pemimpin DAP angkuh serta menuduh DAP menyediakan “perangkap” buat para pemimpin progresif dalam PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu baru-baru ini untuk menjadikan Gerakan Harapan Baru (GHB) “proksi” DAP. Read the rest of this entry »

Print Friendly

3 Comments

The new coalition of Malaysian progressives – whether Pakatan Rakyat 2.0, New Pakatan Rakyat or Harapan Rakyat – will be sequel to 13GE battle in 14GE to rekindle hopes and aspirations of Malaysians for political change in Putrajaya

Five days ago, I posed the question whether PAS could lose Kelantan in the next 14th General Election.

I said that based on the 13th General Election performance, if there is a 4% swing of voters against PAS in Kelantan in the next poll, PAS will lose power in the state it had governed for 25 years since 1990.

Is a 4% swing in a state an unlikely happening?

In the 13th General Election in Kedah, PAS and Pakatan Rakyat lost the Kedah State Government because there was a 3.8% swing of the voters against PAS.

The voter swing against PAS was even greater and more overwhelming during the 2004 General Election in Terengganu, where there was a 15% swing of voters against PAS, sweeping out the Terengganu PAS State Government after only one term of Datuk Seri Abdul Hadi as the Terengganu Mentri Besar.

There is no doubt that Pakatan Rakyat (PR) would have been wiped out in the next general election if Pakatan Rakyat had contested the next polls in total disregard of the violation of the PR Common Policy Framework by one of the component parties, with hudud as a controversial issue in the election campaign. Read the rest of this entry »

Print Friendly

4 Comments

Is it really new hope?

– Wan Saiful Wan Jan
The Malaysian Insider
21 July 2015

This Raya week marks the beginning of a more concerted effort by some towering figures in PAS to set up a new political party.

Calling themselves Gerakan Harapan Baru (GHB) or New Hope Movement, they have started a nationwide tour to speak to the public in all states across Malaysia.

The events in Kelantan and Perlis on Sunday received a very warm reception. Turnout was very good and people that I spoke too who attended the events were clearly excited.

PAS’s response to GHB is expected. They see it as a threat and they are painting GHB with bad light. This is sheer hypocrisy.

Various individuals in PAS, including their president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, have gone overboard to insult their former colleagues who lost in the party elections in June.

Hadi was even quoted to use words such as “barua” and “tolol” when referring to the GHB leaders, albeit without mentioning them directly. Read the rest of this entry »

Print Friendly

1 Comment

GHB is not PAS 2.0

— L.S. Yap
The Malay Mail Online
July 20, 2015

JULY 20 — The fear that the new Islamic-leaning party Gabungan Harapan Baru (GHB) will be another religious party advocating theocracy is unfounded. There is a tendency amongst secularists to resort to fear mongering to skew the direction of national politics. The story is a familiar one: the participation of the religious political parties will pave the way for the degeneration of our democracy into a religious theocracy.

However, these fears are built on the assumption that the GHB and PAS can be simplistically banded together as Islamic parties for Malays. This is an unhelpful generalisation, with the dangerous potential to obfuscate rather than elucidate.

While PAS can be said to be principally a religious movement with its participation in democracy an instrument to achieving its objectives, GHB is a political party with religion to provide it with legitimacy. Politics is employed by PAS to give greater force to its religious movement, whereas religion is carefully used to legitimise the political mission of GHB.

In other words, religion is the raison de’etre of PAS, while the democratic wishes of its members, not religion, is the primary concern of GHB. Nowhere is this more clear from the top down and bottom up party structure of PAS and GHB respectively. Read the rest of this entry »

Print Friendly

1 Comment

Menjawab mereka yang skeptikal isu parti baru

Khalid Samad
Malaysiakini
20 Jul 2015

Kebelakangan ini saya banyak ‘terbaca’ tulisan seorang yang bernama Fathi Aris Omar. Tulisannya telah ‘diwhatsappkan’ kepada saya oleh seorang kenalan yang meminta saya memberi komen balas.

Jarang saya berminat untuk respon tulisan orang yang tidak saya kenali, tetapi setelah membaca beberapa tulisannya, saya merasakan ada keperluan untuk saya respon bukan sahaja kepada beliau tetapi kepada mereka yang turut berfikiran skeptikal seperti beliau. Read the rest of this entry »

Print Friendly

No Comments

Joining New Hope Movement hardest decision of my life, says Mujahid

by Looi Sue-Chern
The Malaysian Insider
19 July 2015

PAS MP Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa made the hardest decision of his life when he launched the New Hope Movement (GHB) with other progressive leaders from the party earlier this week.

The turning point in his political life is likely to see him leave the Islamist party and become a founding member of a new political organisation with his “purged” colleagues.

“It is the most difficult decision of my life. I was born and bred in the politics of PAS. My mother was pregnant with me when my father campaigned in Perlis in 1964.

“When I was born on October 25 that year, my father had to find a name that reflected the challenges he went through. So he named me Mujahid, which means a fighter who doesn’t give up.

“I have to live up to my name with the difficulties I face. It has made me who I am,” the 50-year-old told The Malaysian Insider. Read the rest of this entry »

Print Friendly

3 Comments

GHB vs PAS: Antara akhlak dan perjuangan

– Al Amin Mohamed Sultan
The Malaysian Insider
18 July 2015

Gerakan Harapan Baru (GHB) adalah satu pasukan yang sedang bergerak laju dalam mencorakkan warna baru dalam arena politik tanah air.

Ada yang mengatakan mereka ini sebagai serpihan PAS walaupun masyarakat umum lebih memahami mereka ini adalah gabungan individu yang terkeluar daripada kepemimpinan PAS melalui pembersihan terancang dalam muktamar.

Maka, setelah kalah sepatutnya mereka duduk diam-diam sahajalah, buat apa-apa yang rasional dalam terus memajukan parti.

Sayang seribu kali sayang, keputusan yang mereka ambil adalah unik kerana mereka ingin meneruskan agenda yang lebih besar.

Ianya dalam erti kata meneruskan sistem dual parti politik di Malaysia untuk memantapkan blok pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang kini sedang punya pakatan yang longgar terutama daripada aspek sokongan umat Islam melalui PAS. Read the rest of this entry »

Print Friendly

No Comments

Major takes off from PAS and lands in New Hope

By Susan Loone
Malaysiakini
Jul 16, 2015

Major Zaidi Ahmad, who was expelled from the Royal Malaysian Air Force over the GE13 indelible ink issue, said he joined Gerakan Harapan Baru (GHB) because PAS has diverted from its principles.

Zaidi, who joined the party only this year, after the military court discharged him from his duties in February, said PAS has become “backward” in its struggles.

“I’ve been a supporter of PAS since I was a young boy in Sungai Petani, so were my parents.

“But when I went to the recent party’s muktamar in Selangor in early June, I saw how the party has diverted from its principles,” he told Malaysiakini, when met after the launch of GHB’s pro-tem committee by its state chief Mujahid Yusof Rawa in Butterworth today.

Zaidi, who is a member of GHB’s 35-member pro-tem committee in Penang, said PAS only wants to promote certain groups and not inclusive anymore.

He said all factions – ulama or progressives – need to work together in PAS but the recent muktamar put an end to that. Read the rest of this entry »

Print Friendly

No Comments