Mahathir eating his own words by becoming unofficial adviser to the co-operation group of four PAS states


(Versi BM)

The announcement by the Terengganu Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar that the four states of Perlis, Kedah, Kelantan, and Terengganu are forming an official co-operation group, with Mahathir Mohamad as its unofficial adviser, reminds me of what Mahathir wrote in his book “Capturing Hope — The Struggle Continues for a New Malaysia” after the 22-month Pakatan Haparan Government, for which he became Prime Minister for the second time, was toppled by the infamous Sheraton Move political conspiracy in February 2020:

“In 1981, Datuk Seri Abdul Hadi Awang of PAS declared that the United Malays National Organisation (UMNO) was a party of kafir. I wrote about this on my blog on 7 January 2013, and I think it is worth repeating:

‘There was no such division among Malay-Muslims in Malaya until PAS was formed. Immediately, PAS declared that those who did not join it were infidels (kafir). But the most potent cause of the split among Malay Sunnis is due to the pronouncement of Hadi Awang. His diatribe against UMNO and condemnation of UMNO Malays as kafir has resulted in the continued rejection by PAS members of UMNO imams during prayers. They would hold separate prayers behind their own imams. PAS members even build their own mosques, refuse to eat meat slaughtered by UMNO supporters, reject the validity of marriages officiated by UMNO kadis, and bury their dead in separate burial grounds. Members of the same family who are UMNO followers are shunned by those who support PAS. In fact, PAS members truly believe that the three million UMNO members, their families, and their supporters are not Muslims. They are all kafir — infidels and apostates.’ If before there was no religious divide among Malay-Muslims, now there is. And the divide is deep, caused not by the teachings of Islam but by politics.”

Now, Mahathir is eating his own words by becoming unofficial adviser to the four PAS states although PAS, under Hadi, is trying to do on the Malaysian scale what he had done previously, condemning DAP as anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, communist, spreading Islamophobia, without any iota of evidence or proof whatsoever.

Hadi’s speech in Parliament in the debate on the Mid-Term Review on the 12th Malaysia Plans is a lesson that Hadi has no qualms about using lies, falsehoods, fake news, and hate speech on contemporary events, just as he has no compunction to use them for historical events.

I commend the police for facilitating the Perikatan Nasional rally in Kuala Lumpur yesterday, although the chief organiser of the rally stayed away from it because its turnout was too small.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Sunday, 17th September 2023)


Mahathir menjilat ludahnya sendiri dengan menjadi penasihat tidak rasmi kepada kumpulan kerjasama empat negeri PAS

Pengumuman dari Menteri Besar Terengganu, Samsuri Mokhtar, yang empat negeri; Perlus, Kedah, Kelantan, dan Terengganu membentuk sebuah kumpulan kerjasama secara rasmi, dengan Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasminya, mengingatkan saya kepada apa yang Mahathir tulis dalam bukunya “Capturing Hope — The Struggle Continues for a New Malaysia” yang diterbitkan selepas Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan yang diketuainya sebagai Perdana Menteri buat kali kedua ditumbangkan dengan konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020:

“Pada tahun 1981, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS mengisytiharkan yang Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) adalah parti orang kafir. Saya menulis mengenai perkara ini dalam blog saya pada 7 Januari 2013, dan saya rasa penting untuk diulangi:

‘Tidak ada perpecahan sebegini dalam kalangan orang Melayu-Islam di Malaya sehinggalah PAS dibentuk. Sepantas mungkin, PAS mengumumkan mereka yang tidak menyertai mereka sebagai kafir. Tetapi, punca perpecahan paling utama dalam kalangan orang Melayu Sunni adalah pengisytiharan Hadi Awang. Serangannya terhadap UMNO dan kejiannya yang mengatakan orang Melayu UMNO sebagai kafir telah membawa kepada penolakan ahli-ahli PAS terhadap imam UMNO semasa sembahyang. Malah, ahli-ahli PAS juga telah membina masjid mereka sendiri, enggan memakan daging yang disembelih oleh penyokong UMNO, menolak kesahan perkahwinan yang dikadikan oleh kadi UMNO, dan menanam ahli-ahli mereka di tanah perkuburan yang berasingan. Ahli-ahli keluarga yang merupakan pengikut UMNO ditolak oleh mereka yang menyokong PAS. malah, ahli-ahli PAS benar-benar percaya yang tiga juta ahli UMNO, ahli-ahli keluarga mereka, dan penyokong mereka ini bukan Islam. Mereka semua ini kafir — kafir dan murtad.’ Sekiranya sebelum ini tidak ada perpecahan keagamaan dalam kalangan orang Melayu-Islam, sekarang sudah ada. Dan perpecahan ini mengakar dalam, disebabkan bukan oleh ajaran Islam, sebaliknya berpunca kepada politik.”

Sekarang, Mahathir menjilat ludahnya semula dengan menjadi penasihat tidak rasmi kepada empat negeri PAS, walaupun PAS, di bawah Hadi, sedang mencuba untuk membuat apa yang dilakukannya sebelum pada skala seluruh Malaysia pula dengan menuduh DAP sebagai kononnya anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan menyebarkan Islamofobia, tanpa secebis bukti sekalipun.

Ucapan Hadi di Parlimen semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 menjadi satu pengajaran bahawa Hadi tidak mempunyai sebarang masalah untuk menggunakan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian mengenai perkara-perkara terkini, seperti mana dia tidak mempunyai masalah untuk menggunakan perkara-perkara terkutuk ini untuk sejarah lampau.

Saya puji pihak polis kerana membantu mengawal perhimpunan Perikatan Nasional di Kuala Lumpur semalam walaupun ketua penganjur mereka sendiri mengelakkan perhimpunan ini kerana kadar kehadiran yang terlalu kecil.

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Ahad, 17 September 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.