Only the police know why they wanted to see me but not Mahathir Mohamad although he said the same thing as me that a non-Malay can be Prime Minister of Malaysia


(Versi BM)

A social media query asking why former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad was not hauled up by the police as he had said the same thing as I did — that a non-Malay can be the Prime Minister of Malaysia — caused me to do some research.

I found that the social media question was based on facts — that Mahathir had more than once said a non-Malay could become a Malaysian Prime Minister.

But I also found that Mahahtir mentioned this constitutional fact to frighten the Malays on the ground they had lost economic control of the country and risked losing their political power as well.

In March for instance, he said a non-Malay could become Prime Minister as early as the next two general elections — which is less than 10 years away.

I differ greatly from Mahathir as I do not expect a non-Malay to become Malaysia’s Prime Minister in the next 100 years although I expressed the hope that Malaysia will not take 230 years like the United States for a Black American to be US President.

This will come about when “the majority of Malaysians, whether Malays,
Chinese, Indians, Kadazans, and Dayaks dream the Malaysian
Dream and not a mono-ethnic dream”.

I was stating what is in the Malaysian Constitution that any Malaysian regardless of race or religion can be Prime Minister of Malaysia — not to frighten the Malays or non-Malays or as a provocation to anyone.

There is no race or competition for a non-Malay to be Prime Minister of Malaysia, whether by Malaysia’s Centennial in 2063, which is four decades from now, or after the next 100 years, which is after 2123.

No non-Malay will become Prime Minister of Malaysia without significant support of all the ethnic groups, in particular the Malays.

Only the police know why they wanted to see me but not Mahathir Mohamad although he said the same thing as me that a non-Malay can be Prime Minister of Malaysia

The PAS Secretary-General, Takiyuddin Hassan deemed my statement that a non-Malay could become a Malaysian Prime Minister as “poisonous propaganda”.

But this provision is in the Constitution.

Is Takiyuddin saying on behalf of PAS and Perikatan Nasional (PN) that the Malaysian Constitution contains “poisonous propaganda”?

Does this mean that PAS Members of Parliament have taken false oaths when they swore that they will “preserve, protect, and defend” the Constitution during the swearing-in ceremony of MPs?

Let PAS be truthful with the people of Malaysia: What are the provisions in the Malaysian Constitution which PAS rejects, which justified the PAS President Hadi Awang to call it a “kafir constitution” in the past.

Takiyuddin was quick to comment on my remarks in Manchester.

Why did he keep silent on Hadi’s “thunderous silence” to substantiate his wild and preposterous allegations that the DAP and I were anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, communist, and spreading Islamophobia.

Does Takiyuddin agree with the PAS President?

Furthermore, why was Takiyuddin silent on the lies, falsehoods, fake news, and hate speech of the PAS MP for Kepala Batas, Siti Mastura, that I am cousin to the Singapore founder Prime Minister, (changing his name to “Lim” Kuan Yew) and the Malayan Communist Party secretary-general Chin Peng?

What is Takiyuddin doing as PAS secretary-general to ensure that PAS leaders, including the PAS President, do not spread lies, falsehoods, fake news, and hate speech?

I posed these questions to Takiyuddin when I was in Scotland last week and I am still waiting for his answers.

PAS has clearly a better research library than I have, as I do not know about the speech of Lee Kuan Yew, the former Prime Minister of Singapore, to Malaysian students in London in 1964, and I do not mind him sending me a copy of Lee Kuan Yew’s speech in 1964.

But I must disabuse him of his notion that I have “prejudice” against the role of the Malays and that I thought that having a non-Malay prime minister is the way for Malaysia to be considered achieving its dream of being a successful country.

As I have said, I do not expect a non-Malay to become a Prime Minister in the next 100 years, i.e. by 2123.

But the focus of all patriotic politicians must be on Malaysia’s Centennial in 2063, whether Malaysa can rise up again to be a great world-class nation and be a role model of the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural, and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony or doomed to be a divided, failed, and kleptocratic state.

Malaysia’s Centennial will happen before my time span of 100 years where I do not expect a non-Malay to be Prime Minister of Malaysia.

Malaysia’s fate will be decided by Malaysia’s Centennial in 2063, whether we can make use of critical juncture in the next three or four years to rise up again as a great world-class nation.

To ensure Takiyuddin do not misunderstand, I do not expect any non-Malay to be Prime Minister of Malaysia before Malaysia’s Centennial in 2063 — in fact I do not expect a non-Malay Prime Minister in the next 100 years which will take us to 2123!

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Tuesday, December 12, 2023)


Hanya polis sahaja yang tahu mengapa mereka mahu berjumpa saya tetapi bukan Mahathir Mohamad walaupun dia juga ada katakan perkara yang sama seperti saya apabila dia katakan seorang bukan Melayu juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia

Satu pertanyaan media sosial yang bertanya mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dipanggil pihak polis sedangkan dia juga ada mengatakan perkara yang sama seperti saya — bahawa seorang bukan Melayu juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia — telah membawa saya untuk melakukan sedikit kaji selidik.

Saya mendapati yang persoalan yang dikemukakan di media sosial ini berasaskan kepada fakta — Mahathir lebih dari sekali ada mengatakan yang seorang bukan Melayu juga boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi saya juga mendapati yang Mahathir menyatakan fakta perlembagaan ini untuk menakutkan orang Melayu dengan mengatakan yang mereka telah kehilangan kuasa ekonomi dan kini berisiko untuk kehilangan kuasa politik pula.

Pada bulan Mac misalnya, dia telah mengatakan yang seorang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri seawal dua kitaran pilihan raya lagi — kurang dari 10 tahun dari sekarang.

Saya berbeza pendapat dengan Mahathir kerana saya sendiri tidak jangkakan yang seorang bukan Melayu akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam 100 tahun yang akan datang walaupun saya ada menyatakan harapan yang supaya Malaysia tidak menjadi seperti Amerika Syarikat di mana mereka mengambil masa lebih dari 230 tahun sebelum seorang yang berkulit hitam dapat menjadi Presiden AS.

Perkara ini akan terjadi bila “majoriti rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, mengimpikan Impian Malaysia dan bukannya impian mono-etnik”.

Sebelum ini, apa yang saya katakan hanyalah perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, bahawa mana-mana rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia — bukan dengan niat untuk menakutkan orang Melayu atau orang bukan Melayu atau sebagai provokasi kepada mana-mana pihak.

Tidak ada perlumbaan atau persaingan untuk seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia, baik sama ada menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2063 empat dekad dari sekarang, atau selepas 100 tahun dari hari ini pada tahun 2123.

Tidak akan ada mana-mana orang bukan Melayu yang akan menjadi seorang Perdana Menteri tanpa sokongan signifikan semua kumpulan etnik di Malaysia, terutamanya orang Melayu sendiri.

Hanya pihak polis sahaja yang tahu mengapa mereka hendak berjumpa dengan saya dan bukan dengan Mahathir Mohamad juga walaupun dia juga telah mengatakan perkara yang sama seperti saya — bahawa seorang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, menganggap kenyataan saya yang mengatakan seorang bukan Melayu boleh menjadi seorang Perdana Menteri sebagai “propaganda beracun”.

Tetapi, perkara ini adalah peruntukan yang ada dalam Perlembagaan.

Adakah Takiyuddin cuba mengatakan bagi pihak PAS dan Perikatan Nasional (PN) yang Perlembagaan Malaysia mengandungi “propaganda beracun”?

Adakah perkara ini bermakna Ahli-ahli Parlimen PAS telah mengangkat sumpah palsu apabila mereka bersumpah untuk “memelihara, melindungi, dan mempertahankan” Perlembagaan semasa majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen?

PAS perlu jujur dengan rakyat Malaysia: Apakah peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia yang ditolak PAS, sehingga Presiden PAS, Hadi Awang, memanggilnya “perlembagaan kafir” dalam masa lepas.

Takiyuddin memberikan komen terhadap kenyataan saya di Manchester dengan sebegitu pantas sekali.

Mengapakah dia diam seribu bahasa apabila Hadi gagal untuk mengemukakan bukti terhadap tuduhan liar dan tidak masuk akalnya yang mengatakan kononnya DAP dan saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan menyebarkan Islamofobia.

Adakah Takiyuddin bersetuju dengan Presiden PAS?

Tambahan lagi, mengapakah Takiyuddin diam seribu bahasa apabila Ahli Parlimen PAS Kepala Batas, Siti Mastura, menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian apabila dia mengatakan yang saya adalah sepupu kepada Perdana Menteri pertama Singapura, (mengubah namanya kepada “Lim” Kuan Yew) dan sepupu kepada setiausaha agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng.

Apakah yang sedang dibuat oleh Takiyuddin sebagai setiausaha agung PAS untuk memastikan para pemimpin PAS, termasuklah Presiden PAS sendiri, tidak menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian?

Saya kemukakan persoalan ini kepada Takiyuddin semasa saya berada di Scotland pada minggu lepas dan saya masih menunggu jawapannya.

PAS jelas sekali mempunyai perpustakaan penyelidikan yang lebih baik berbanding dengan saya, memandangkan saya tidak tahu apa-apa mengenai ucapan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, kepada para pelajar Malaysia di London pada tahun 1964, dan saya tidak kisah jika mereka berkongsi sesalinan ucapan Lee Kuan Yew yang dibuat pada tahun 1964 ini.

Tetapi saya perlu perbetulkan dia dari salah faham yang kononnya saya ada “prejudis” terhadap peranan orang Melayu dan kononnya yang saya fikir bahawa kita memerlukan seorang Perdana Menteri bukan Melayu untuk Malaysia dikira sebagai sudah mencapai impiannya untuk menjadi sebuah negara berjaya.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak jangka seorang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri dalam 100 tahun yang akan datang, iaitu menjelang 2123.

Tetapi, fokus semua rakyat Malaysia yang patriotik perlulah kepada ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2063, sama ada Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia, atau berakhir sebagai sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan kleptokratik.

Ulang tahun ke-100 negara ini akan berlaku sebelum tempoh 100 tahun yang saya katakan, di mana saya tidak jangka untuk melihat seorang Perdana Menteri bukan Melayu.

Nasib Malaysia akan ditentukan oleh ulang tahun ke-100 negara ini, sama ada kita mampu untuk manfaatkan waktu yang kritikal dalam tiga ke empat tahun yang akan datang ini untuk bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.

Untuk memastikan Takiyuddin tidak salah faham, saya tidak jangkakan mana-mana orang bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2063 — malah, saya tidak jangka yang kita akan ada seorang Perdana Menteri bukan Melayu dalam 100 tahun yang akan datang sebelum tahun 2123!

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Selasa, 12 Disember 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.