Malaysia can, in Tunku’s words, be “a beacon of light in a difficult and distracted world” by being an example of how four great civilisations can build understanding, tolerance, and peace and avoid War of Races or War of Religions


(Versi BM)

I am happy to be here in Kluang for the launching of my good friend of over half a century K. Siladass’ writings in Tamil in “Sinthanai Sei Maname” (Think).

I do not pretend to understand Tamil but I know what he meant — Think!

Today’s event reminded me of the public debate I had with an academician, Naquib Al-Alatas 55 years ago in 1968 on the meaning of Malaysian literature and Malaysian culture.

Siladass’ advice is something which all Malaysians should ponder — to think about their role not only in Malaysia but in the world.

Do Malaysians have anything to contribute to the world or are we condemned to end up as a divided, failed and kleptocratic state?

I looked up my speech in 1968 in the public debate and found that I said the following:

“For the first ten years after independence, Ceylon was mentioned as the country which had solved its communal problem. Then it blew up in racial flames.

“Until two years ago, Nigeria in Africa was described as the shining example of multi-ethnic democracy, often compared to the Malaysian experiment in Asia. But today, it lies in shambles and has become the theatre of tribal massacres, carnage, genocide, and gross inhumanity.”

Malaysia has been nation-building for some six decades.

Have we avoided the tragedy of Sri Lanka (formerly Ceylon) and Nigeria?

We have spawned the Malaysian Diaspora in the seventies, where more than a million of the best and talented Malaysians of all races and religions stayed abroad to help other nations great, instead of making Malaysia great.

There is no doubt that Malaysia today has never been polarised in race and religion than in the history of Malaysia.

One reason Malaysia is so polarised today is because of the divisive and toxic politics of the information era, where information, including lies, falsehoods, and fake news, could travel at the speed of light.

There are irresponsible leaders who want Malaysians to believe that their race and religion is under threat by other races and religions, when this is not the case.

Malaysians, regardless of race, religion or region, do not want a War of Races or War or Religions in Malaysia.

On the contrary, Malaysia’s plural society as a multi-ethnic, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural nation gave Malaysia the opportunity to teach a lesson to the global society.

Malaysia is at the confluence of four great civilisations — Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western. If we can leverage on the best values and virtues of these four great civilisations, we can in the words of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

Malaysia should be example of inter-racial and inter-religious understanding, tolerance and peace to the international society, for the world is getting smaller and smaller with the increasing speed of communications and all nations, races, and religions must learn the art of co-existence, understanding, tolerance, and peace if they are not to kill each other off in a War of Races or War of Religions.

This is where plural Malaysia can contribute to the world.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the book launch of K. Siladass’ writings in Tamil in “Sinthanai Sei Maname” (Think) at Restoran Xin Guan Xin, Kluang on Saturday, 11th March 2023 at 7 pm)


Malaysia mampu untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” dengan menjadi contoh bagaimana empat tamadun dapat membina persefahaman, toleransi, dan keamanan dan mengelakkan persengketaan antara kaum atau agama

Saya gembira untuk berada di sini, di Kluang, sempena majlis pelancaran penulisan rakan baik saya, K. Siladass, yang telah dikumpul lebih dari setengah abad dalam “Sinthanai Sei Maname” (Fikir).

Saya tidak akan berpura-pura untuk memahami bahasa Tamil, tetapi saya tahu apa yang dimaksudkannya — Fikir!

Majlis hari ini mengingatkan saya kepada perdebatan awam yang saya sertai dengan ahli akademik, Naquib Al-Attas, 55 tahun yang lepas pada tahun 1968 mengenai makna sastera dan budaya Malaysia.

Nasihat Siladass adalah satu perkara yang patut direnung oleh semua rakyat Malaysia — untuk memikirkan peranan mereka, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam konteks dunia.

Adakah rakyat Malaysia ada apa-apa yang boleh disumbangkan kepada dunia atau adakah kita sudah ditakdirkan untuk berakhir sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik?

Saya mencari semula ucapan saya dalam perdebatan awam pada tahun 1968 ini dan mendapati yang saya telah mengatakan perkara berikut:

“Untuk sepuluh tahun pertama selepas merdeka, Ceylon disebut sebagai sebuah negara yang telah berjaya menyelesaikan masalah perkauman mereka. Kemudian, negara ini dilanda bara perkauman.

“Sehingga dua tahun yang lepas, Nigeria di Afrika digambarkan sebagai contoh terbaik demokrasi pelbagai etnik, malah sering dibandingkan dengan eksperimen Malaysia di Asia. Tetapi hari ini, negara tersebut berantakan dan telah menjadi sebuah teater pembunuhan suku beramai-ramai, kerosakan, genosid, dan kezaliman melampau.”

Adakah kita telah berjaya mengelakkan tragedi yang melanda Sri Lanka (yang sebelum ini dikenali sebagai Ceylon) dan Nigeria?

Kita telah melahirkan Diaspora Malaysia dalam tahun 70-an, di mana lebih dari sejuta rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama yang cemerlang dan berbakat memilih untuk kekal di luar negara, menjadikan negara-negara lain ini yang hebat dan bukannya Malaysia.

Salah satu sebab Malaysia amat terpolarisasi hari ini adalah kerana politik toksik dan memecah belah dalam era maklumat, di mana maklumat, bersama dengan penipuan, fitnah, dan berita palsu, dapat bergerak sepantas cahaya.

Terdapat sesetengah pemimpin yang tidak bertanggungjawab yang mahu rakyat Malaysia untuk percaya bahawa kaum dan agama mereka sedang diancam oleh kaum dan agama lain, sedangkan perkara ini jauh daripada kebenarannya.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, tidak mahu tercetusnya Perang Kaum atau Perang Agama di Malaysia.

Sebaliknya, masyarakat majmuk berbilang etnik, bahasa, agama, dan budaya di Malaysia ini telah memberikan kita peluang untuk memberikan pengajaran kepada komuniti global.

Malaysia berada di titik pertemuan empat tamadun hebat — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat. Sekiranya kita dapat gembelengkan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat ini, kita mampu untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang dicita-citakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Malaysia perlu menjadi contoh persefahaman, toleransi, dan keamanan antara kaum dan agama kepada masyarakat dunia, kerana dunia kita sekarang semakin mengecil dengan kepantasan teknologi komunikasi hari ini dan semua negara, bangsa, dan agama perlu belajar untuk untuk hidup bersama dengan persefahaman, toleransi, dan keamanan sekiranya kita tidak mahu berakhir dengan kejadian pembunuhan di antara satu sama lain dalam Perang Kaum atau Perang Agama.

Di sinilah peluang untuk Malaysia majmuk menyumbang kepada dunia.

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di majlis pelancaran penulisan K. Siladass dalam bahasa Tamil di dalam buku “Sinthanai Sei Maname” (Fikir) di Restoran Xin Guan Xin, Kluang, pada hari Sabtu, 11 Mac 2023 jam 7 malam)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.