I am now more confident that the Anwar unity government can last five years to carry out institutional reforms in the country to reset Malaysia to become once again a first-rate world-class nation


(Versi BM)

After the first 100 days of the Anwar unity government, I am now more confident that the Anwar Ibrahim can last five years as the 10th Prime Minister of Malaysia to carry out institutional reforms in the country to reset Malaysia to become once again a first-rate world-class nation.

This is not only because of the success of the Anwar unity government, where after the first “Hundred Days”, the people are still hopeful that the Anwar unity government can reset and return to Malaysia’s original nation-building principles the nation’s founding fathers have written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara, but because the Parliamentary Opposition, the Perikatan Nasional (PN) had dismally failed the Hundred Days test.

Does the PN offer a better programme that will finally see Malaysia enjoy greater political stability to attract foreign investors to propel economic recovery and reform Malaysian institutions, ensure clean governance by putting anti-corruption as top of the government’s agenda to stop the country lurch towards a kleptocracy?

The answer is a loud and strong “NO”.

Let March 10 be the lowest point Malaysia will fall to — for on that day, two events shamed the country.

In Kuala Lumpur, a second former Prime Minister was charged in court for corruption and money-laundering, while at the other end of the world in New York, the former head of Goldman Sachs in Malaysia, banker Roger Ng, was sentence to 10 years jail after he was convicted of helping to loot billions of dollars from Malaysia’s 1MDB sovereign wealth fund.

The 1MDB scandal had landed one former Prime Minister in jail, but the lesson appeared not to have been learnt, for Malaysia continued to nose-dive in the annual Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI), losing out to Indonesia, China, India, and more and more Organisation of Islamic Conference (OIC) countries in the fight against corruption.

PN leaders yelled “selective prosecution” for the prosecution of Muhyiddin Yassin for corruption but there is an extraordinary aspect of Muhyiddin’s corruption prosecution which had been missed by almost everyone — that the MACC Chief Commissioner Azam Baki and the Attorney-General Idrus Harun were first appointed to their posts by Muhyiddin himself.

This is an unusual case of the Prime Minister being prosecuted for corruption by the Attorney-General and the MACC Chief Commissioner he had appointed.

Would Azam Baki, who was appointed MACC Chief Commissioner on 9th March 2020 and Idrus Harun, who was appointed Attorney-General on 6th March by Muhyiddin when he became the first “backdoor” Prime Minister after the Sheraton Move political conspiracy in February 2020, agree to the “selective prosecution” of their benefactor?

Idrus Harun has rejected allegations that his agency engaged in selective prosecution and persecution, emphasising the impartiality of the Attorney General’s Chambers and all decisions to prosecute depended entirely on statements and evidence gathered, rather than pressure from any source.

He said “Such decisions are made fairly based on investigations papers, without any bias, guided by the integrity of ensuring victims, witnesses, the accused, and the public obtain justice in accordance with the law, and in line with the AG’s powers under Article 145(3) of the Federal Constitution.”

PN leaders have made many costly mistakes in the first Hundred Days of the Anwar unity government.

Firstly, they have contributed nothing to ensuring that there is political stability in Malaysia, not only in fulfilling the Yang di Pertuan Agong’s wish that Anwar Ibrahim be the last Prime Minister to be sworn in before end of the five-year tenure of the 16th Yang di Pertuan Agong next January, but that the Anwar unity government can last five years.

Secondly, PN leaders have failed to support the efforts of the Anwar unity government to put anti-corruption top of the government’s good governance agenda.

Will PN leaders, for instance, support the Prime Minister’s appointment of the MP for Titiwangsa, former second Finance Minister Johari Abdul Ghani as the chair of a special task force on 1MDB and the establishment of a Parliamentary Select Committee on the 1MDB scandal to advise Johari and specifically look into three issues — the Apandi, IPIC-Aabar, and the Goldman Sachs settlements, and whether they should be re-opened?

Thirdly, the costly mistakes made by PN leaders — a policy of confrontation with the Anwar unity government instead of a policy of co-operation to reset and return Malaysia to the original nation-building principles the nation’s founding fathers have written into the Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for all faiths, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

A PN leader accused the Anwar unity government and the DAP of promoting Islamophobia but almost four months have elapsed, and he is still unable to offer an iota of evidence to substantiate his preposterous allegation.

Another PN leader warned that there will be a bigger “wave” than the “green wave” in the 15th general Election last year in the general election for six states of Penang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Kelantan and Terengganu after June 2023, but I believe that the “green wave” last year was built on the foundation of the divisive and toxic politics of lies, falsehoods, fake news, race and religion.

Fourthly, singer Amir Jahari’s refusal to allow his song “Hasrat” to be used by Bersatu MP Mas Ermieyati Samsudin as the background song of a solidarity video for Perikatan Nasional (PN) chairperson Muhyiddin Yassin for being charged with corruption.

There must be a counter-narrative to attract the young of all races and religions to convince them that no race or religion in Malaysia is facing extinction or threat and that Malaysia does not want a war of races or religions.

On the contrary, Malaysia has something to teach the world — how different races, religions and cultures could co-exist to build a greater future for all. Or in the words of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Saturday, 11th March 2023)


Saya kini lebih yakin bahawa kerajaan perpaduan Anwar boleh bertahan selama lima tahun untuk melaksanakan reformasi institusi dan menetapkan semula hala tuju negara untuk Malaysia sekali lagi menjadi negara hebat bertaraf dunia

Selepas 100 hari pertama kerajaan perpaduan Anwar, saya kini lebih yakin bahawa kAnwar Ibrahim boleh bertahan selama lima tahun sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk melaksanakan reformasi institusi dan menetapkan semula hala tuju negara untuk Malaysia sekali lagi menjadi negara hebat bertaraf dunia.

Perkara ini bukan sahaja didorong oleh kejayaan kerajaan perpaduan Anwar, di mana selepas “Seratus Hari” pertama, rakyat masih berpegang kepada harapan untuk kerajaan perpaduan Anwar dapat menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip pembinaan negara Malaysia yang telah diterapkan oleh tokoh kemerdekaan negara dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara, tetapi kerana pada masa yang sama, Pembangkang di Parlimen, Perikatan Nasional (PN) juga telah gagal dengan ujian Seratus Hari Pertama mereka.

Adakah PN menawarkan program yang lebih baik yang akhirnya akan menyaksikan Malaysia menikmati kestabilan politik yang lebih baik untuk menarik pelabur asing untuk memacu pemulihan ekonomi dan mereformasi institusi Malaysia, memastikan adanya tadbir urus yang bersih dengan meletakkan agenda anti-rasuah sebagai agenda utama kerajaan untuk menghentikan negara terjerumus ke arah kleptokrasi?

Jawapannya adalah “TIDAK” yang kuat dan jelas.

Biarkan 10 Mac menjadi titik terendah Malaysia — kerana pada hari itu, dua peristiwa memalukan negara telah berlaku.

Di Kuala Lumpur, seorang lagi bekas Perdana Menteri didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, manakala di satu lagi bahagian dunia, di New York, bekas jurubank Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, dijatuhi hukuman 10 tahun penjara selepas dia disabitkan bersalah membantu merompak berbilion dolar dana negara dari 1MDB.

Skandal 1MDB telah membawa kepada pemenjaraan seorang bekas Perdana Menteri, tetapi pengajaran itu nampaknya masih belum benar-benar dihayati, kerana Malaysia terus menjunam dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), tewas kepada Indonesia, China, India dan semakin banyak negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam usaha memerangi rasuah.

Pemimpin PN mengatakan pendakwaan rasuah terhadap Muhyiddin Yassin sebagai “pendakwaan terpilih” tetapi terdapat aspek luar biasa dalam pendakwaan rasuah Muhyiddin yang telah terlepas daripada pandangan hampir semua orang — bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dan Peguam Negara Idrus Harun yang ada pada hari ini dilantik kepada jawatan mereka oleh Muhyiddin sendiri.

Ini adalah kes luar biasa Perdana Menteri didakwa atas kesalahan rasuah oleh Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dilantiknya sendiri.

Adakah Azam Baki, yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mac 2020 dan Idrus Harun, yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 6 Mac oleh Muhyiddin apabila beliau menjadi Perdana Menteri “pintu belakang” pertama selepas konspirasi politik Langkah Sheraton pada Februari 2020, bersetuju dengan tuduhan “pendakwaan terpilih” ini?

Idrus Harun telah menolak dakwaan bahawa agensinya terlibat dalam pendakwaan dan penganiayaan terpilih, menekankan kesaksamaan Jabatan Peguam Negara dan semua keputusan untuk mendakwa bergantung sepenuhnya kepada kenyataan dan bukti yang dikumpul, dan bukannya tekanan daripada mana-mana sumber.

Dia berkata: “Keputusan sedemikian dibuat secara adil berdasarkan kertas siasatan, tanpa sebarang unsur berat sebelah, berpandukan integriti memastikan mangsa, saksi, tertuduh, dan orang ramai mendapat keadilan mengikut undang-undang, dan selaras dengan kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.”

Pemimpin PN telah melakukan banyak kesilapan besar dalam Seratus Hari pertama kerajaan perpaduan Anwar.

Pertama, mereka tidak menyumbang apa-apa untuk memastikan wujudnya kestabilan politik di Malaysia, bukan sahaja dalam memenuhi hasrat Yang di Pertuan Agong agar Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri terakhir yang mengangkat sumpah sebelum tamat tempoh lima tahun perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong ke-16. di Pertuan Agong Januari depan, tetapi kerajaan perpaduan Anwar boleh bertahan lima tahun;

Kedua, pemimpin PN gagal menyokong usaha kerajaan perpaduan Anwar untuk meletakkan agenda antirasuah sebagai agenda tadbir urus baik kerajaan.

Adakah pemimpin PN, misalnya, akan menyokong cadangan Perdana Menteri untuk melantik Ahli Parlimen Titiwangsa, yang merupakan bekas Menteri Kewangan kedua, Johari Abdul Ghani sebagai pengerusi pasukan khas 1MDB dan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai skandal 1MDB untuk menasihati Johari dan secara khusus meneliti tiga isu — penyelesaian kes Apandi, IPIC-Aabar, dan Goldman Sachs, dan sama ada kes-kes ini perlu dibuka semula?

Ketiga, kesilapan besar yang dilakukan oleh pemimpin PN — dasar konfrontasi dengan kerajaan perpaduan Anwar dan bukannya dasar kerjasama untuk menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip pembinaan negara asal yang telah ditulis oleh bapa pengasas negara ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi negara dan kebebasan beragama untuk semua agama, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan minima rasuah, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, menghormati hak asasi manusia, menamatkan ketidakadilan dan ketaksamaan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman dan keharmonian daripada masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Seorang pemimpin PN menuduh kerajaan perpaduan Anwar dan DAP mempromosikan Islamofobia tetapi hampir empat bulan telah berlalu, dan dia masih tidak dapat menawarkan sedikit pun bukti untuk menyokong dakwaan tidak masuk akalnya.

Seorang lagi pemimpin PN memberi amaran bahawa akan ada “gelombang” yang lebih besar daripada “gelombang hijau” pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas dalam pilihan raya umum untuk enam negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu selepas Jun 2023, tetapi saya percaya bahawa “gelombang hijau” tahun lalu dibina di atas asas politik pembohongan, kepalsuan, berita palsu, bangsa dan agama yang memecah belah dan toksik.

Keempat, penyanyi Amir Jahari enggan membenarkan lagunya “Hasrat” digunakan oleh Ahli Parlimen Bersatu Mas Ermieyati Samsudin sebagai lagu latar video solidariti Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kerana didakwa atas tuduhan rasuah.

Perlu ada naratif balas untuk menarik golongan muda dari semua kaum dan agama untuk meyakinkan mereka bahawa tiada kaum atau agama di Malaysia yang menghadapi kepupusan atau ancaman dan bahawa Malaysia tidak mahu perang kaum atau agama.

Sebaliknya, Malaysia mempunyai sesuatu untuk diajar kepada dunia — bagaimana pelbagai kaum, agama dan budaya boleh wujud bersama untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua. Atau dalam kata-kata Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Sabtu, 11 Mac 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.