Whether calculated from when Anwar Ibrahim was appointed Prime Minister or when the Cabinet was formed, Anwar had passed the “100 Days” test while Perikatan Nasional (PN) had failed the “100 Days” test


(Versi BM)

Whether calculated from when Anwar Ibrahim was appointed Prime Minister on 24th November 2022 or when the Anwar unity Cabinet was formed on 3rd December 2022, Anwar had passed the “100 Days” test while the Perikatan Nasional had failed the “100 Days” test.

The Anwar Unity Government had passed four crucial tests in its First Hundred Days — namely the convening of the 15th Parliament, the Vote of Confidence in Anwar Ibrahim as the 10th Malaysian Prime Minister, the passage of the Motion of Thanks for the Royal Address and yesterday, the second reading of the 2023 Budget.

The hopes that had boosted Malaysians in the first Hundred Days had not faded, and it remains the hope of many that the Anwar Unity Government can deliver to reset and return Malaysia to the original nation-building principles the nation’s founding fathers have written into the Constitution and the Rukun Negara constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for all faiths, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

While the Anwar unity government had passed the first Hundred Days test, Perikatan Nasional (PN) had failed dismally.

In both the parliamentary debates on the Royal Address and the policy debate on the 2023 Budget, the Perikatan MPs were conspicuous in their absence of constructive suggestions as to how the parliamentary opposition could contribute to fight the bane of Malaysian politics and how Malaysia could reset to become again a world-class nation — political stability and commitment to good governance, anti-corruption and abuses of power.

In fact, the very opposite took place. There was not only no suggestion as to how Malaysia could, in Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman’s words, be “a beacon of light in a difficult and distracted world”, there was no idea as to how Malaysia could stop being an area of deepening darkness in corruption and abuses of power, the Prime Minister-designate of Perikatan Nasional (PN) had been arrested to be charged in court on several counts of corruption.

This was very different from the nineties, when PAS under the leadership of Fadzil Noor and Nik Aziz Nik Mat was the spark of hope and fresh air for all Malaysians for a better Malaysia and played a seminal role in the reformasi days until PAS came out with the slogan “PAS for all”.
But now, PAS exudes a different chant, an intolerant and extremist version of Islam where it became a main instrument in the divisive and toxic politics of lies, falsehood, lies, race, and religion — with the PAS President Hadi Awang making the preposterous allegation that the DAP was promoting Islamophobia but which he was unable to substantiate for four months.

But what is even more shocking is Hadi’s equation of corruption with charity and his justification of corruption for Muslims.
PAS under Hadi is not concerned if Malaysia sinks lower in the annual Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) or if Malaysia is overtaken by Indonesia, India, China, or more Organisation of Islamic Conference (OIC) states.

When will PAS become moderate again?

But the nation cannot wait for PAS to be moderate.

If Parliament can set up a Parliamentary Select Committee on Corruption, and in particular investigate the 1MDB scandal on three controversial settlements — the Apandi, IPIC-Aabar, and the Goldman Sachs settlements — and whether they should be re-opened, Malaysia stands a good chance of reversing the decline in the TI CPI in the last three years.

Former Prime Minister Mahathir Mohamad has said he was “mystified” by Putrajaya’s decision not to reveal the details of the settlement with former attorney-general Mohamed Apandi Ali overcompensation for the latter’s dismissal from his post, as Apandi had made his demand publicly and even named the amount of RM2.23 million.

Mahathir said “Yet the compensation the government made is a secret. Why? I have reason to find out why because I do not think he deserves to be compensated at all.”

On Feb 14, Azalina said in a written parliamentary reply to the DAP MP for Ipoh Barat M Kulasegaran that the matter has been put under the Official Secrets Act 1972, in accordance with the agreement that the terms of the settlement be kept secret.

The Parliamentary Select Committee should hold a hearing and call up Mahathir Mohamad as he had said Apandi did not deserve to be compensated at all.

Author of the book “1MDB: The Scandal that Brought Down a Government” and commentator P. Gunasegaram estimates that the government’s US$1.8 billion (RM8 billion) settlement with the United Arab Emirates (UAE) over two UAE companies International Petroleum Investment Company (IPIC) and its subsidiary Aabar Investments PJS with 1MDB represents a US$3.98 billion (RM18 billion) shortfall compared to the amount of US$5.78 billion (RM26 billion) that former attorney-general Tommy Thomas was disputing.

Thirdly, the former second finance minister and MP for Titiwangsa, Johari Abdul Ghani has raised the controversial Goldman Sachs settlement reached with the Malaysian government over 1MDB in July 2020 when Muhyiddin Yassin was prime minister.

The relevant Ministers and principal officers of the Pakatan Harapan and the Muhyiddin Yassin governments should be subpoenaed by the Parliamentary Select Committee on 1MDB scandal so that the PSC can submit a true and full report of the three controversial 1MDB scandal settlements to Parliament.

 

(Media statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 10 March 2023)


Sama ada dikira sejak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri atau semasa Kabinet dibentuk, Anwar lulus ujian “100 Hari” pertama manakala Perikatan Nasional (PN) gagal ujian “100 Hari”

Sama ada dikira sejak Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022 atau sejak daripada ketika Kabinet perpaduan Anwar ditubuhkan pada 3 Disember 2022, Anwar telah lulus ujian “100 Hari Pertama” manakala Perikatan Nasional pula telah gagal dalam ujian ini.

Kerajaan Perpaduan Anwar telah melepasi empat ujian penting dalam Seratus Hari Pertamanya — iaitu sidang Parlimen ke-15, usul undi percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, usul menjunjung Titah Diraja dan semalam, bacaan kedua Belanjawan 2023.

Harapan yang mendorong rakyat Malaysia dalam Seratus Hari pertama ini tidak pudar, dan masih menjadi cita-cita ramai yang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan Anwar untuk menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia kepada prinsip pembinaan negara seperti yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan dalam Perlembagaan Rukun Negara — raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi negara dan kebebasan beragama untuk semua agama, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan minima rasuah, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, menghormati hak asasi manusia, menamatkan ketidakadilan dan ketaksamaan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman dan keharmonian daripada masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Walaupun kerajaan perpaduan Anwar telah lulus ujian Seratus Hari pertama ini, Perikatan Nasional (PN) pula telah gagal dengan teruk.

Dalam kedua-dua perbahasan Titah Diraja dan perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2023, ahli-ahli Parlimen Perikatan dapat dilihat ketandusan idea yang membina tentang bagaimana pembangkang di parlimen boleh menyumbang secara positif kepada politik Malaysia dan bagaimana mereka boleh menetapkan semula dan mengembalikan Malaysia menjadi negara bertaraf dunia — dengan kestabilan politik dan komitmen terhadap tadbir urus yang baik, anti-rasuah dan salah guna kuasa.

Malah, perkara yang sebaliknya yang berlaku. Bukan sahaja tiada cadangan tentang bagaimana Malaysia boleh menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” — seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman — mereka juga tidak dapat menyumbangkan apa-apa idea untuk Malaysia tidak terus menjadi sebahagian dari kegelapan dalam rasuah dan salah guna kuasa. Kini calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) telah ditangkap untuk didakwa di mahkamah atas beberapa pertuduhan rasuah.

Perkara ini sangat berbeza dengan tahun 90an, apabila PAS di bawah pimpinan Fadzil Noor dan Nik Aziz Nik Mat menjadi cetusan harapan dan udara segar untuk semua rakyat Malaysia untuk sebuah Malaysia yang lebih baik dan memainkan peranan penting di zaman reformasi sehingga PAS keluar dengan slogan “PAS untuk semua”.

Tetapi kini, PAS mengeluarkan laungan berbeza, versi Islam yang tidak bertolak ansur dan ekstremis di mana ia menjadi instrumen utama dalam politik pembohongan, kepalsuan, pembohongan, bangsa dan agama yang memecah belahkan dan beracun — dengan Presiden PAS Hadi Awang membuat dakwaan yang tidak masuk akal bahawa DAP mempromosikan Islamofobia tetapi gagal untuk membuktikan perkara ini selepas empat bulan.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila Hadi menyamakan rasuah dengan sedekah, dan cubaannya untuk membolehkan rasuah dalam kalangan orang Islam.

PAS di bawah pimpinan Hadi tidak bimbang jika Malaysia jatuh lebih rendah dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) atau jika Malaysia ditinggalkan di belakang Indonesia, India, China, atau lebih banyak negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Bilakah PAS akan kembali menjadi moderat?

Malangnya, negara kita tidak mampu untuk menunggu PAS menjadi moderat.

Jika Parlimen boleh menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Rasuah, dan khususnya untuk menyiasat skandal 1MDB mengenai tiga kontroversi – penyelesaian kes Apandi, IPIC-Aabar, dan Goldman Sachs — dan sama ada kes-kes ini perlu dibuka semula, Malaysia mempunyai peluang yang lebih baik untuk menghentikan kemerosotan kita dalam tiga tahun yang lepas dalam carta TI-CPI.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad berkata dia “terkeliru” dengan keputusan Putrajaya untuk tidak mendedahkan butiran penyelesaian bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali mengenai pampasan berlebihan untuk pemecatan beliau daripada jawatannya, kerana Apandi telah membuat tuntutannya secara terbuka malah menuntut sejumlah RM2.23 juta.

Mahathir berkata “Namun pampasan kerajaan dirahsiakan, kenapa? Saya ada sebab untuk mengetahui sebabnya kerana saya rasa dia tidak layak diberi pampasan sama sekali.”

Pada 14 Feb, Azalina berkata dalam jawapan bertulis parlimen kepada ahli parlimen DAP Ipoh Barat M Kulasegaran bahawa perkara itu telah diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, selaras dengan perjanjian bahawa syarat penyelesaian itu dirahsiakan.

Jawatankuasa Pilihan Parlimen hendaklah mengadakan pendengaran dan memanggil Mahathir Mohamad kerana dia berkata Apandi tidak layak diberi pampasan sama sekali.

Pengarang buku “1MDB: The Scandal that Brought Down a Government” dan pengulas politik P. Gunasegaram menganggarkan penyelesaian bernilai AS$1.8 bilion (RM8 bilion) kerajaan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengenai dua syarikat UAE, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya Aabar Investments PJS dengan 1MDB berkurang AS$3.98 bilion (RM18 bilion) berbanding dengan jumlah AS$5.78 bilion (RM26 bilion) yang dipertikaikan oleh bekas peguam negara Tommy Thomas.

Ketiga, bekas menteri kewangan kedua dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani telah membangkitkan penyelesaian kontroversi Goldman Sachs yang dicapai dengan kerajaan Malaysia berhubung 1MDB pada Julai 2020 ketika Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri.

Menteri-menteri dan pegawai utama kerajaan Pakatan Harapan dan Muhyiddin Yassin yang berkaitan harus disapina oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai skandal 1MDB supaya PSC boleh mengemukakan laporan yang benar dan penuh mengenai tiga penyelesaian skandal 1MDB yang kontroversi kepada Parlimen.

 

(Kenyataan media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 10 Mac 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.