#kerajaangagal57 – If the question had been asked at the beginning of the Covid-19 pandemic 17 months ago what to do with a government which allows half-a-million people in Malaysia to be infected with Covid-19 and more than 2,100 people to die of it, the answer will be that this government is not fit to be in power and must be replaced


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

If the question had been asked at the beginning of the Covid-19 pandemic 17 months ago what to do with a government which allows half-a-million people in Malaysia to be infected with Covid-19 and more than 2,100 people to die of it, the answer will be that this government is not fit to be in power and must be replaced.

Today, Malaysia crossed the half-million mark for total cumulative total of Covid-19 cases and our Covid-19 fatalities stand at over 2,149 deaths.

This is a sombre reminder that we are at war, though an invisible war, and that we have lost 2,149 lives as of yesterday and more lives would be lost before the Covid-19 pandemic is brought under control.

This is also solemn reminder that before the Pakatan Harapan Government was prematurely and undemocratically toppled after 22 months in power, the first wave of the Covid-19 pandemic had recorded five Covid-19 cases and zero deaths.

Malaysians never expected that the Perikatan Nasional would turn out to be such a bad and kakistocratic government as the second and third Covid-19 wave, which has become the longest Covid-19 wave in the world, have now infected over half-a-million people with Covid-19 and killed over 2,100 people – and there is no light at the end of the tunnel yet, as the worst seems yet to come.

The emergency that was declared on January 12, 2021 to combat Covid-19 is a complete failure – illustrated by the fact that on January 12, the daily increase of new Covid-19 cases was 3,309 cases, the cumulative total was 141,533 cases and the Covid-10 fatalities were 559 deaths and yesterday’s (May 21, 202) data, where the daily increase of new Covid-19 cases has shot up to 6,493 cases, the cumulative total to 498,795 cases and the Covid-19 fatalities to 2,149 deaths.

What is completely unacceptable is that Malaysia has become the third country, after Indonesia and the Philippines, with the most cumulative total of Covid-19 cases. Even worse, Malaysia has beaten Indonesia for the past 10 days and beaten Philippines in the last four days in having more daily increase of new Covid-19 cases.

We have also become the Top 12th country in the world in daily increase of new Covid-19 cases, after India, Brazil, Argentina. USA, France, Colombia, Iran, Germany, Turkey, Nepal and Russia.

On cumulative total of Covid-19 cases, we are ranked No. 42 among nations in the world, well ahead of other nations in East Asia, ASEAN and the Pacific, like Myanmar (83), South Korea (84), Thailand (90), China (99), Singapore (105), Australia (121), Cambodia (124), Hong Kong (149), Vietnam (167), Taiwan (178), New Zealand (180) and Brunei (202).

At the present rate of daily increase of new Covid-19 cases, Malaysia will be ranked No. 40 overtaking Morocco and Lebanon by the end of the month.

In the Covid-19 pandemic, Malaysia should be compared with the better-performing nations but we are instead placed among the worst-performing nations!

It is most unfortunate and regrettable that the National Security Council meeting yesterday on the Covid-19 pandemic failed to consider my three proposals for a new start and a new strategy in the war against the Covid-19 pandemic, viz:

1. Immediate convening of Parliament and the State Assemblies to establish a parliamentary and State Assembly united front in the war against Covid-19 pandemic where there will be no “no-confidence” motion so as to spearhead a “whole-of-society” national mobilisation of Malaysians to save lives and livelihoods and to restore the country to normalcy;

2. End all Covid-19 SOP flip-flops and double standards, including an end to all police investigations into the groups of youths who gathered in front of Parliament on April 30 protesting against the suspension of Parliament and the group of youths who held a protest in Parit Raja, Batu Pahat on May 12 and unfurled a large banner with the words “#kerajaangagal” as well as to end all repression and harassment of journalists, protest leaders and various other critics of the government; and

3. Prioritise the restoration of public trust and confidence in the national strategy against the Covid-19 pandemic, as no government had such a humongous deficit of public trust and confidence in the history of Malaysia as the Muhyiddin government.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 22nd May 2021)

========================

#kerajaangagal57 — Sekiranya persoalan ditanya pada waktu kita mula berhadapan dengan wabak Covid-19 ini 17 bulan yang lepas, apa yang patut dibuat dengan kerajaan yang membiarkan setengah juta rakyat dijangkiti Covid-19 dengan lebih daripada 2,100 mati akibat wabak ini, jawapannya pastilah kerajaan ini tidak layak untuk berkuasa dan mestilah ditukar

Sekiranya persoalan ditanya pada waktu kita mula berhadapan dengan wabak Covid-19 ini 17 bulan yang lepas, apa yang patut dibuat dengan kerajaan yang membiarkan setengah juta rakyat dijangkiti Covid-19 dengan lebih daripada 2,100 mati akibat wabak ini, jawapannya pastilah kerajaan ini tidak layak untuk berkuasa dan mestilah ditukar.

Hari ini, Malaysia melepasi paras setengah juta kes terkumpul Covid-19 dan negara kita mencatatkan 2,149 korban nyawa akibat wabak ini.

Perkara ini menjadi peringatan suram bahawa kita kini sedang berada dalam satu peperangan, walaupun musuh ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, dan kita kini telah kehilangan 2,149 nyawa setakat semalam dan lebih ramai lagi yang akan terkorban sebelum kita berjaya mengawal wabak ini.

Perkara ini juga menjadi peringatan, bahawa sebelum Kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan secara tidak demokratik, hanya selepas 22 bulan mentadbir, gelombang pertama wabak Covid-19 hanya mencatatkan lima kes Covid-19 dan sifar kematian.

Rakyat Malaysia tidak menjangkakan yang Perikatan Nasional akan menjadi sebuah kerajaan yang seteruk ini, dengan gelombang kedua dan gelombang ketiga yang kini telah menjadi gelombang penularan terpanjang di dunia telah menjangkiti lebih daripada setengah juta orang di negara kita dan mengorbankan lebih daripada 2,100 nyawa — dan kita masih lagi belum dapat melihat penghujung kepada episod mimpi ngeri ini.

Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari 2021 untuk melawan wabak Covid-19 ini terbukti sebagai satu kegagalan — digambarkan melalui hakikat bahawa pada 12 Januari, kita mencatatkan 3,309 kes baharu, dengan 131,533 kes terkumpul dan 559 kematian, manakala setakat semalam (21 Mei) kita mencatatkan 6,493 kes baharu, dengan sejumlah 498,795 kes terkumpul dan sejumlah 2,149 kematian.

Apa yang tidak boleh diterima sama sekali adalah Malaysia kini telah menjadi negara ketiga selepas Indonesia dan Filipina dengan jumlah kes terkumpul tertinggi. Lebih buruk lagi, kita telah mengalahkan Indonesia dengan lebih banyak jumlah peningkatan kes harian untuk 10 hari yang lepas dan mengalahkan Filipina dalam ukuran yang sama untuk empat hari yang lepas.

Kita juga telah tergolong dalam 12 negara teratas di dunia dengan peningkatan harian tertinggi, selepas India, Brazil, Argentina, AS, Perancis, Colombia, Iran, Jerman, Turki, Nepal, dan Rusia.

Dari segi jumlah kes terkumpul, kita berada di tempat ke-42, jauh di hadapan berbanding dengan beberapa negara Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik seperti Myanmar (83), Korea Selatan (84), Thailand (90), China (99), Singapura (105), Australia (121), Kemboja (124), Hong Kong (149), Vietnam (167), Taiwan (178) ), New Zealand (180) dan Brunei (202).

Pada kadar peningkatan harian semasa, kita akan mengatasi kedudukan Maghribi dan Lubnan ke tempat ke-40 menjelang hujung bulan ini.

Dalam pandemik Covid-19, Malaysia sepatutnya dibandingkan dengan negara yang mencatatkan prestasi yang lebih baik, sebaliknya kita tergolong bersama dengan negara-negara dengan prestasi terburuk!

Amat mengecewakan apabila mesyuarat Majlis Keselamatan Negara semalam gagal untuk mempertimbangkan tiga cadangan saya untuk permulaan dan strategi baharu untuk melawan Covid-19, iaitu:

1. Memanggil semula sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secepat mungkin untuk membentuk barisan bersatu melawan wabak Covid-19 di mana tidak ada sebarang “usul undi tidak percaya” untuk menggerakkan usaha yang melibatkan “keseluruhan masyarakat” dalam kalangan rakyat Malaysia untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat dan mengembalikan kehidupan normal dalam negara kita;

2. Menghentikan semua SOP yang tidak tentu arah dan layanan berbeza, termasuklah siasatan polis terhadap golongan anak muda yang berhimpun di hadapan Parlimen pada 30 April untuk menyatakan protes terhadap penggantungan Parlimen dan kumpulan anak muda yang mengadakan protes di Parit Raja, Batu Pahat pada 12 Mei dengan kain rentang yang tertulis “#kerajaangagal” dan juga menghentikan semua gangguan dan sekatan kepada para wartawan, pemimpin protes, dan pengkritik kerajaan; dan

3. Mengutamakan usaha untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan masyarakat dalam strategi negara kita untuk melawan wabak Covid-19, memandangkan tidak ada satu pun kerajaan sebelum ini yang berhadapan dengan defisit kepercayaan sebesar yang dihadapi kerajaan Muhyiddin ini.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 22 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.