#kerajaangagal58 – New IGP Acryl Sani must succeed where seven IGPs have failed – transform Royal Malaysia Police into a world-class police force and implement proposals of the Police Royal Commission 16 years ago especially to hold an inquiry into every case of police death in custody


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The new IGP Acryl Sani Abdullah Sani must succeed where seven IGPs before him have failed – to transform the Royal Malaysia Police into a world-class police force and implement the proposal of the Police Royal Commission 16 years ago especially to hold an inquiry into every case of police death in custody.

Sixteen years ago in 2005, the Police Royal Commission headed by a former Chief Justice, Tun Dzaiddin and the longest-serving former IGP, Tun Hanif Omar, said in its report that it viewed with “grave concern the unacceptable high incidence of deaths in custody and the failure by the authorities to hold inquests before magistrates in most of the cases” and proposed that “inquiries must be held by a magistrate into all cases of death in custody within one month of receiving the report of death”.

Although the longest-serving former IGP was the vice chairman of the Police Royal Commission, the police force led by six IGPs – Mohd Bakri Omar, Musa Hassan, Ismail Omar, Khalid Abu Bakar and Mohd Fuzi Haru – were hostile to the recommendations of the Police Royal Commission, in particular its proposal for the establishment of an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) – except for the most recent IGP, Abdul Hamid Bador who did not have the time to establish the IPCMC as the Sheraton Move conspiracy toppled the democratically-elected Pakatan Harapan government after 22 months.

Penang Deputy Chief Minister, P. Ramasamy, said that two recent deaths in police custody, security guard S. Sivabalan and a cow milk trader, A. Ganapathy, are not going to be the last persons to die in custody.

That may be so, but let Sivabalan and Ganapathy not be the last persons to die in police custody without a full inquiry.

The notion that police personnel are immune from prosecution for gross abuses of power must be banished from all police personnel, as Malaysia must be a nation where there is the rule of law.

Let the new IGP Acryl Sani announce that every case of death in police custody will result in an inquest, starting with the two cases of Sivabalan and Ganapathy or must the new IGP get the greenlight from the Prime Minister or Home Minister?

If so, let the Prime Minister and Home Minister declare their stand on the matter.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 22nd May 2021)

=========================

#kerajaangagal58 — KPN baharu Acryl Sani perlu berjaya dalam situasi di mana tujuh KPN sebelum beliau telah gagal — untuk membawa transformasi PDRM menjadi pasukan polis berkelas dunia dan melaksanakan cadangan seperti yang dibentangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis 16 tahun lalu dan mengadakan siasatan terbuka untuk semua kes kematian dalam tahanan

KPN baharu Acryl Sani Abdullah Sani perlu berjaya dalam situasi di mana tujuh KPN sebelum beliau telah gagal — untuk membawa transformasi PDRM menjadi pasukan polis berkelas dunia dan melaksanakan cadangan seperti yang dibentangkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Polis 16 tahun lalu dan mengadakan siasatan terbuka untuk semua kes kematian dalam tahanan.

Enam belas tahun lalu pada tahun 2005, Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Pasukan Polis, yang diketuai oleh seorang mantan Ketua Hakim, Tun Dzaiddin dan KPN dengan tempoh berkhidmat paling lama, Tun Hanif Omar, telah mengatakan dalam laporannya bahawa mereka “memandang berat jumlah kematian dalam tahanan yang berada pada tahap tinggi yang tidak boleh diterima” dan mencadangkan supaya “siasatan diadakan oleh seorang majistret dalam semua kes kematian dalam tahanan dalam masa sebulan selepas kematian dilaporkan”.

Walaupun KPN dengan tempoh khidmat terpanjang adalah merupakan Naib Pengerusi Suruhanjaya Diraja ini, pasukan Polis yang telah diketuai oleh enam orang KPN — Mohd Bakri Omar, Musa Hassan, Ismail Omar, Khalid Abu Bakar, dan Mohd Fuzi Harun — kesemuanya tidak berminat dan tidak senang dengan cadangan-cadangan Suruhanjaya tersebut, terutamanya terhadap cadangan pembentukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) — kecuali KPN yang terakhir, Abdul Hamid Bador yang tidak sempat untuk menubuhkan IPCMC apabila Langkah Sheraton menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih secara demokratik hanya selepas 22 bulan.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy, mengatakan kejadian kematian pengawal keselamatan S. Sivabalan dan peniaga susu lembu A. Ganapathy dalam tahanan polis ini tidak akan menjadi kes terakhir kejadian seperti ini.

Perkara ini mungkin benar, tetapi janganlah kita biarkan kematian dua orang ini menjadi kes kematian dalam tahanan yang tidak disiasat secara menyeluruh.

Pemikiran bahawa kakitangan polis imun daripada pendakwaan akibat penyalahgunaan kuasa perlu dihapuskan dalam kalangan pasukan polis, kerana negara kita menghormati kedaulatan undang-undang.

Biarlah KPN Acryl Sani mengumumkan yang semua kes kematian dalam tahanan polis akan disusuli dengan siasatan terbuka, bermula dengan dua kes Sivabalan dan Ganapathy ini, atau adakah beliau perlu pertamanya mendapatkan kebenaran daripada Perdana Menteri atau Menteri Dalam Negeri?

Jika ya, Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri perlu menjelaskan pendapat mereka mengenai perkara ini.

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu 22 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.