#kerajaangagal30 – How to translate Pandelela and other Malaysians’ individual talents, brain power, resources and skills also into making Malaysia a world-class great nation?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I support the idea of the national diver and gold medallist Pandelela Rina being conferred a “Datuk” title and would further suggest that she should also be honoured by the Federal government.

She has brought plaudits and fame not only to Sarawak but also to Malaysia.

For the past 50 years, Malaysia has regressed and allowed one nation after another to overtake us in various fields of human endeavour.

Fifty years ago, one Malaysian ringgit was equivalent to one Singapore dollar. Now, it is S$1 to RM3. What will it be like in 2050 or 2070?

Since 1970, the GDP of Malaysia has increased 90 times but Indonesia has increased by 117 times, Vietnam 122 times, China 163 times, Singapore 175 times and South Korea 178 times.

After the past 50 years, both Singapore and Vietnam have overtaken Malaysia in having larger GDPs.

When Muhyiddin Yassin was the Education Minister at the beginning of the last decade, he launched the Malaysia Education Blueprint 2013-2025 in September 2012 for Malaysia to become a “wonder nation” and to make the quantum jump from the bottom third to top third of 2021 PISA (Programme for International Assessment) tests.

But this had been a dismal failure, for instead of leaping into the top third of the PISA tests, Malaysia’s 2018 PISA results had been worse than the 2015 PISA results in all the three subjects of maths, science and reading and we are still far from the top third among the 80 PISA participating countries.

The Covid-19 pandemic has shown the weaknesses of Malaysian government and governance, as eyes are focussed on the devastation to lives and communities taking place in India instead of to the success stories like countries in East Asia, ASEAN and the Pacific.

Why?

Pandelala, the 28-year-old diving champion from Sarawak; the 22-year-old Lee Zii Jia from Alor Setar who won the All-England Badminton Singles title; 35-year-old artist Red Hong Yi from Sabah, the Malaysian who shot to international fame for the memorable Time Magazine April 26 cover image, burning 50,000 match-sticks in her final design of a 2.3m x 3m world map to highlight how climate change can affect and destroy the world; the 16-year-old Emir Haady Imran Zulharnain, who became the youngest person ever to enrol at the Royal College of Surgeons (RCSI) in Dublin, Ireland; the 23 year-old Nurul Ezzaty Hasbullah, who was awarded the oldest international scholarship programme in the world, the Rhodes Scholarship to continue her studies at the University of Oxford – the fifth Malaysian to be awarded with the scholarship; and Scientist Prof Dr. Serena Nik-Zainal who was honoured with an award originally known as the ‘Nobel Prize for Cancer Research’ have shown that Malaysia does not lack talents, brain-power, resources and skills as to be destined to lose out to other nations?

The tricky question is how to translate these individual talents, brain-power, resources and skills into also making Malaysia a world-class great nation.

This should be food for thought for all Malaysians.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 8th May 2021)

=========================

#kerajaangagal30 — Bagaimanakah kita boleh menggunakan bakat, daya fikir, sumber, dan kemahiran Pandelela dan bakat-bakat lain Malaysia untuk menjadikan negara kita negara hebat yang bertaraf dunia?

Saya menyokong cadangan bahawa penyelam pemenang pingat emas negara, Pandelela Rina diberikan darjah “Datuk” dan saya mencadangkan supaya penghormatan ini diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau telah membawa kegemilangan dan penghormatan bukan sahaja kepada Sarawak tetapi juga kepada Malaysia.

Dalam tempoh 50 tahun yang lepas, Malaysia telah terkebelakang dan terus membiarkan satu demi satu negara lain untuk mengatasi kita dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia.

50 tahun yang lalu, satu Ringgit Malaysia adalah bersamaan dengan satu Dolar Singapura. Kini, S$1 bersamaan dengan RM3. Apakah nisbahnya akan jadi pada tahun 2050 atau 2070?

Sejak tahun 1970, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali, namun angka itu lebih rendah berbanding Indonesia yang telah meningkat sebanyak 117 kali, Vietnam 122 kali, China 163 kali, Singapura 175 kali dan Korea Selatan 178 kali.

Selepas 50 tahun, Singapura dan Vietnam telah mengatasi Malaysia dengan mempunyai KDNK yang lebih besar.

Semasa Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pendidikan pada permulaan dekad yang lepas, beliau telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada bulan September 2012, untuk menjadi Malaysia sebuah “negara hebat”, melonjak daripada sepertiga terbawah ke sepertiga teratas dalam ujian PISA 2021 dalam kalangan negara OECD.

Namun perkara ini telah menjadikan satu kegagalan besar, daripada melonjak ke sepertiga teratas kedudukan ujian PISA, keputusan PISA untuk Malaysia pada tahun 2018 mencatatkan kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan tahun 2015 dalam ketiga-tiga mata pelajaran matematik, sains, dan pembacaan, dan kita masih lagi jauh daripada berada dalam kalangan sepertiga tertinggi 80 negara yang menyertai ujian PISA.

Wabak Covid-19 ini telah mendedahkan kelemahan dalam kerajaan dan sistem urus tadbir negara kita, dengan perhatian di seluruh dunia kini tertumpu kepada kemusnahan terhadap kehidupan dan komuniti di India dan bukannya kepada kejayaan di negara-negara di Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik.

Mengapa?

Pandelela, juara menyelam berusia 28 tahun yang berasal daripada Sarawak; Lee Zii Jia, juara kejohanan Badminton All-England Singles yang berusia 22 tahun daripad Kedah; Red Hong Yi, daripada Sabah, yang menjadi terkenal di peringkat antarabangsa dengan gambar muka depan majalah Time, selepas karyanya yang mengambarkan perubahan iklim dunia dengan peta dunia sebesar 2.3m x 3m yang dibuat menggunakan 50,000 kayu mancis yang dibakar; Emir Haady Imran Zulharnain, 16, menjadi individu termuda yang pernah mendaftar di Royal College of Surgeons (RCSI) di Dublin Ireland; Nurul Ezzaty Hasbullah, 23, yang dianugerahkan program biasiswa antarabangsa tertua di dunia, Biasiswa Rhodes untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti Oxford — rakyat Malaysia kelima yang dianugerahkan biasiswa tersebut; dan Prof Dr Serena Nik-Zainal yang dianugerahkan penghormatan yang dikenali sebagai ‘Hadiah Nobel untuk Penyelidikan Kanser’, semua telah menunjukkan yang Malaysia ini tidak kekurangan bakat, daya fikir, sumber, atau kemahiran untuk terus kalah negara lain.

Persoalannya yang sukar untuk dijawab adalah bagaimanakah kita boleh menggunakan bakat, daya fikir, sumber, dan kemahiran Pandelela dan bakat-bakat lain Malaysia untuk menjadikan negara kita negara hebat yang bertaraf dunia?

Inilah perkara yang patut difikirkan oleh semua rakyat Malaysia.

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.