#kerajaangagal29 – Time for the worst Prime Minister and worst government in 63 years to step down and give way to Anwar Ibrahim to be the ninth Prime Minister to fight the Covid-19 pandemic


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The senior minister for security, Ismail Sabri has an early Hari Raya ‘gift’ and Malaysia has been hit with almost 5,000 daily cases of Covid-19 a week before Hari Raya.

He said two days ago that Malaysia could be reaching 5,000 new infections daily after the Hari Raya festivities if the public failed to adhere to the SOPs.

He said the possibility was raised during a meeting with the health ministry, and if we fail to curb this spike, then the number of daily cases could even increase to 10,000. That could put us in the same position as India.

This was why the MCO 3.0 was imposed in several states and localities following the recent surge in Covid-19 cases.

But the 5,000 daily new Covid-19 cases is almost on us with 4,498 new cases reported yesterday despite the proclamation of MCO 3.0 – a level not seen since early February.

It is time for the worst Prime Minister and worst government in 63 years to step down and give way to Anwar Ibrahim to be the ninth Prime Minister to fight the Covid-19 pandemic, save Malaysia from being a mini-India in the pandemic as well as to be a world-class great nation.

It is clear and indisputable that the Muyhiddin government has failed to control the spread of the Covid-19 pandemic, despite using undemocratic and illegitimate means which, together with double standards on the observance of
Covid-19 SOPs by top Perikatan Nasional Ministers and leaders, had in fact aggravated the problem by creating an unprecedented gulf of public trust and credibility.

All over the world, the worst nations in the past year are improving in their war against the Covid-19.

In January this year, the US was reporting almost 300,000 cases a day as new infections increased nine times, as well as reporting around 4,000 deaths in a day. Now the pandemic is in retreat in America.

In Europe during the second wave, it reported more than 300,000 new cases a day and around 7,000 deaths per day early this year. Now new cases in the European Union countries have dropped by almost 30 per cent.

Both America and Europe employ targeted lockdowns and aggressive vaccination but we lacked both after more than a year of the Covid-19 pandemic.

Malaysia’s record in the war against the Covid-19 pandemic is a dismal one.

While not suffering the devastation of the Covid-19 pandemic like in America and the European countries in the past year, we have trailed far behind the success stories in the war against the Covid-19 pandemic in East Asia, ASEAN and the Pacific.

In the April 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking, we managed to rank No. 20, trailing behind Singapore, New Zealand, Australia, Israel, Taiwan, South Korea, Japan, UAE, Finland, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand, Denmark, Norway, US, UK, Canada and Saudi Arabia.

Now, while the Covid-19 pandemic is in retreat in America and Europe, we have joined countries led by India where the Covid-19 pandemic is on a rampage.

Yesterday, was the fourth time India recorded over 400,000 new daily cases – 401,271 – and the first time it recorded over 4,000 deaths – 4,194 fatalities.

The Covid-19 cases and fatalities in India are on the rise, reaching the cumulative total of 21,886,566 cases and 238,265 fatalities.

Even Indonesia and Philippines, the two countries which have a higher cumulative total than Malaysia, have scored greater success in the war against the Covid-19 pandemic.

Indonesia yesterday recorded 6,327 new daily cases compared to its peak of 14,518 new daily cases on January 30 while Philippines yesterday recorded 7,737 new daily cases compared to its peak of 15,280 daily new cases on April 2.

Malaysia, the confluence of four great civilisations of the world – Malay/Islamic, Chinese, Indian and Western – must not become a kakistocracy.

For the national interest, will Muhyiddin step down to give way to Anwar Ibrahim as the ninth Prime Minister to win the war against the Covid-19 pandemic, save Malaysia from being a mini-India in the pandemic as well as to fulfil its aspiration to be a world-class great nation?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, May 8, 2021)

==================

#kerajaangagal29 — Masa untuk Perdana Menteri dan kerajaan paling teruk dalam 63 tahun sejarah negara untuk meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke sembilan untuk melawan wabak Covid-19, menyelamatkan negara daripada menjadi “mini-India” dalam pandemik ini, dan juga untuk negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia

Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri mempunyai “hadiah” awal Hari Raya dan Malaysia kini berhadapan dengan hampir 5,000 kes sehari sebelum Hari Raya.

Beliau mengatakan dua hari lepas yang negara kita mungkin akan menyaksikan 5,000 jangkitan baharu setiap hari selepas sambutan Hari Raya sekiranya rakyat gagal untuk mematuhi SOP.

Beliau mengatakan yang kemungkinan ini dibangkitkan semasa mesyuarat dengan Kementerian Kesihatan, dan jika kita gagal untuk membendung peningkatan ini, kadar kes harian dalam negara mungkin boleh meningkat sehingga ke 10,000 kes sehari, meletakkan negara kita dalam keadaan yang sama seperti India.

Kerana inilah PKP 3.0 dilaksanakan di beberapa negeri dan daerah.

Namun, angka 5,000 kes ini semakin menghampiri kita dengan 4,498 kes dilaporkan semalam walaupun dengan pengumuman PKP 3.0 — satu tahap yang kali terakhir dilihat pada awal Februari lepas.

Sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri dan kerajaan paling teruk dalam 63 tahun sejarah negara untuk meletakkan jawatan dan memberi ruang kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke sembilan untuk melawan wabak Covid-19, menyelamatkan negara daripada menjadi “mini-India” dalam pandemik ini, dan juga untuk negara kita menjadi negara hebat bertaraf dunia.

Jelas sekali bahawa kerajaan Muhyiddin ini telah gagal untuk mengawal penularan wabak Covid-19, walaupun selepas menggunakan cara yang tidak demokratik dan tidak sah, yang bersama dengan layanan berbeza dalam pelaksanaan SOP Covid-19 kepada menteri dan pemimpin Perikatan Nasional, telah menambah buruk keadaan dengan meluaskan jurang defisit kepercayaan kepada kerajaan.

Di seluruh dunia, negara-negara yang terkesan teruk sebelum ini kini melihat keadaan bertambah baik dalam usaha melawan Covid-19 di negara mereka.

Pada bulan Januari tahun ini, Amerika Syarikat melaporkan kira-kira 300,000 kes sehari dengan kadar jangkitan meningkat sembilan kali ganda, dan kadar kematian berada pada paras 4,000 kes sehari. Kini wabak ini sedang beransur mengundur di AS.

Di Eropah semasa berhadapan dengan gelombang kedua, dilaporkan terdapat kira-kira 300,000 kes baharu dan 7,000 kematian setiap hari pada awal tahun ini. Kini kadar kes baharu di Eropah telah menurun sebanyak hampir 30 peratus.

Kedua-dua Amerika dan Eropah menggunakan strategi sekatan pergerakan bersasar dan vaksinasi secara meluas, tetapi kita gagal melakukan kedua-dua langkah ini selepas setahun bergelut dengan wabak ini.

Rekod negara kita dalam melawan wabak ini adalah satu perkara yang mengecewakan.

Walaupun kita tidak berhadapan dengan kerosakan teruk seperti di Amerika dan negara-negara Eropah, kita masih lagi jauh di belakang kisah-kisah kejayaan mengawal wabak Covid-19 di negara-negara Asia Timur, ASEAN, dan kawasan serantau Pasifik.

Dalam penerbitan Bloomberg Covid Resilience Ranking April 2021, kita berada di tempat ke-20, di belakang Singapura, New Zealand, Australia, Israel, Taiwan, Korea Selatan, Jepun, UAE, Finland, Hong Kong, Vietnam, China, Thailand, Denmark, Norway, AS, UK, Kanada dan Arab Saudi.

Sekarang, semasa wabak ini sedang beransur reda di Amerika dan Eropah, kita pula menyertai negara-negara yang didahului oleh India di mana wabak ini sedang merebak teruk.

Semalam adalah kali keempat India mencatatkan lebih daripada 400,000 kes baharu — 401,271 kes — dan kali pertama negara tersebut mencatatkan lebih daripada 4,000 kematian dengan 4,194 kematian.

Jumlah kes dan kadar kematian akibat Covid-19 di India terus meningkat, mencecah sejumlah 21,886,566 kes dan 238,265 kematian.

Malah Indonesia dan Filipina yang mempunyai angka terkumpul yang lebih tinggi berbanding negara kita, telah menyaksikan kejayaan yang lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19.

Indonesia semalam mencatatkan 6,327 kes baharu berbanding dengan kemuncak 14,518 kes pada 30 Januari sedangkan Filipina pula mencatatkan 7,737 kes baharu berbanding dengan kemuncak 15,280 kes pada 2 April.

Malaysia, pusat pertemuan empat kebudayaan hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — tidak boleh menjadi sebuah kakistokrasi.

Demi kepentingan negara kita, adakah Muhyiddin akan meletakkan jawatan untuk memberikan jalan kepada Anwar Ibrahim untuk memimpin sebagai Perdana Menteri ke sembilan, untuk membawa negara kita kepada kemenangan dalam memerangi wabak Covid-19, untuk menyelamatkan negara kita daripada menjadi “mini-India”, dan juga untuk memenuhi aspirasi menjadikan Malaysia negara hebat yang bertaraf dunia?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.