(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Malaysia has a cumulative total of 424,376 Covid-19 cases, overtaking Saudi Arabia which has 422,316 cases, and is now ranked No. 42 among nations in the world with most number of Covid-19 cases.
The country recorded 3,744 new cases yesterday. At this rate of increase, we will reach half a million mark for cumulative total of Covid-19 cases by the end of this month.
This is a world ranking and a world record which Malaysia has nothing to be proud about.
Together with the announcement yesterday by the co-ordinating Minister Khairy Jamaluddin that Phase Three of the National Covid-19 Immunisation Programme (NIP) might be delayed beyond its intended kick-off in May, it is a double-whammy for Malaysia’s war against the Covid-19 pandemic.
Already the National Covid-19 Immunisation Progamme is too slow and weak, as up to now, less than five percent of the population had been vaccinated (1.8% fully vaccinated while 2.9% given one dose of the vaccine).
Two months ago, I suggested that the National Immunisation Programme should be accelerated so that the national vaccine roll-out for the country to achieve “herd immunity” can be completed by Malaysia Day on September 16, 2021.
Now Khairy’s target to achieve herd immunity against Covid-19 in July 2022 – 18 months from February 2021 when the first batch of the vaccine supply arrived – has been pushed further back.
We are losing out in this battle between “vaccine and the virus”, with the coronavirus mutating into new variants and which has caused such devastation in India, where the healthcare system is on breaking point with grim scenes of people dying in hospital corridors, on roads and in their homes and where car parks have been turned into cremation grounds while desperate families scramble to find oxygen, medicines and hospital beds.
Are we going to be a mini-India in ASEAN? India broke another world record yesterday, registering 413,618 new Covid-19 cases, and in the last 15 days since breaking the 300,00-mark for new daily cases on April 21, has accumulated over five million Covid-19 cases.
Why is Malaysia ranked No. 42, having a greater cumulative total of Covid-19 cases while other countries in East Asia, ASEAN and Pacific have lower ranking and fewer cases like Myanmar (ranked No. 82) with 142,874 cases; South Korea (84) 124,945 cases; China (96) 90,721 cases; Thailand (98) 74,900 cases; Singapore (104) 61,268 cases; Australia (120) 29,862 cases; Cambodia (133) 16,971 cases; Hong Kong (145) 11,797 cases; Vietnam (176) 3,022 cases; New Zealand (179) 2,629 cases; Taiwan (192) 1,160 cases; Laos (195) 1,072 cases and Brunei (201) 228 cases?
This is a question which the Muhyiddin government has avoided answer and with Parliament suspended since January 12, 2021, can continue to avoid to answer.
But this has generated an unprecedented gulf in public trust and credibility deficit for the government which no amount of bluff and propaganda can remedy.
Malaysia is suffering at having the worst Prime Minister and the worst government in its 63-year history!
Can Malaysia be saved from the trajectory hurtling towards a kakistocracy?
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 6th May 2021)
================================
#kerajaangagal24 — Jumlah kumulatif kes Covid-19 yang hampir mencecah angka setengah juta dan kelewatan dalam fasa ke-3 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan menjadi masalah besar terhadap usaha Malaysia untuk melawan pandemik Covid-19
Malaysia kini merekodkan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 424,376 kes, mengatasi Arab Saudi yang merekodkan 422,316 kes, dan kini berada di kedudukan ke-42 antara negara-negara di dunia dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi.
Negara mencatatkan 3,744 kes baru semalam. Pada kadar kenaikan ini, kita akan mencapai angka setengah juta untuk jumlah kumulatif kes Covid-19 menjelang akhir bulan ini.
Ini adalah kedudukan dan rekod dunia yang tidak boleh dibanggakan oleh Malaysia.
Ibarat menambah garam ke luka, Menteri Penyelarasan Vaksinasi, Khairy Jamaluddin, semalam mengumumkan bahawa Fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sepatutnya bermula pada Mei mungkin ditangguhkan berikutan kekurangan bekalan vaksin — ini akan menjadi masalah besar terhadap usaha Malaysia untuk melawan pandemik Covid-19.
Sekarang pun, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih ditahap yang rendah dan perlahan, kurang dari lima peratus populasi negara ini telah diberikan vaksin (1.8% telah divaksin sepenuhnya sementara 2.9% diberikan satu dos vaksin).
Dua bulan yang lalu, saya mencadangkan agar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dipercepat supaya imuniti kelompok dapat dicapai pada Hari Malaysia, 16 September 2021.
Kini sasaran Khairy untuk mencapai imuniti kelompok pada Julai 2022 — 18 bulan dari Februari 2021 ketika kumpulan bekalan vaksin pertama tiba – telah tersasar.
Kita tewas dalam pertempuran antara “vaksin dan virus”, dengan koronavirus bermutasi menjadi varian baru dan telah menyebabkan kehancuran di India, di mana sistem kesihatan berada di ambang kemusnahan dengan adegan menyayat hati di mana orang awam mati bergelimpangan di koridor-koridor hospital, di jalan raya dan di kediaman mereka serta tempat letak kereta telah dijadikan tempat pembakaran sementara keluarga terdesak berebut mencari bekalan oksigen, ubat-ubatan dan katil hospital.
Adakah kita akan menjadi “mini India” di ASEAN? India memecahkan satu lagi rekod dunia semalam, mencatatkan 413,618 kes Covid-19 baru, dan dalam 15 hari terakhir sejak memecahkan angka 300,00 untuk kes harian baru pada 21 April, telah mengumpulkan lebih dari lima juta kes Covid-19.
Mengapa Malaysia berada di kedudukan ke-42, mempunyai jumlah kes Covid-19 yang lebih besar sementara negara-negara lain di Asia Timur, ASEAN dan Asia Pasifik berada di kedudukan lebih rendah dengan kes lebih rendah seperti Myanmar (ke-82) dengan 142,874 kes; Korea Selatan (84) 124,945 kes; China (96) 90,721 kes; Thailand (98) 74,900 kes; Singapura (104) 61,268 kes; Australia (120) 29,862 kes; Kemboja (133) 16,971 kes; Hong Kong (145) 11,797 kes; Vietnam (176) 3,022 kes; New Zealand (179) 2,629 kes; Taiwan (192) 1,160 kes; Laos (195) 1,072 kes dan Brunei (201) 228 kes?
Ini adalah persoalan yang tidak dapat dijawab oleh kerajaan Muhyiddin dan dengan Parlimen yang digantung sejak 12 Januari 2021, persoalan ini akan terus tidak terjawab.
Namun perkara ini juga telah menghasilkan jurang yang tidak pernah terjadi sebelumnya dalam defisit kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan yang tidak dapat ditangani dengan sejumlah penipuan picisan dan propaganda.
Malaysia menderita kerana mempunyai Perdana Menteri terburuk dan kerajaan terburuk dalam sejarah 63 tahun negara!
Bolehkah Malaysia diselamatkan dari trajektori menuju kakistokrasi?
(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 6 Mei 2021)
#1 by Puzzled on Thursday, 6 May 2021 - 2:47 pm
With the acute shortage of vaccine, what is the chances of the ordinary rakyat getting diluted vial or a vial shared with 4 people mixed with water?
Or if 200,000 vial available for 200,000 rakyat but 150,000 gets sold to private clinics & hospitals. Big money transaction here
The balance 50,000 vials gets diluted for 200,000 rakyat!