#kerajaangagal23 – Allahabad High Court rules that death of Covid patients from non-supply of oxygen criminal act, not less than genocide


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Yesterday, I said one of the signs of kakistocracy and justification for the hashtag #kerajaangagal was the disastrous manner in which the government handled communication in the war against Covid-19 pandemic, with the left hand not knowing what the right hand is doing.

This is again illustrated with the imposition of a movement control order (MCO) for six districts in Selangor for 12 days from May 6 to 17.

Although the DAP MP for Bangi and DAP Assistant Director of Political Education, Ong Kian Ming, had cautioned on 1st May that the authorities should not announce any MCO 3.0 in the Klang Valley at the last minute without confirming the SOPs, this blunder was again repeated, resulting in confusion and anxiety all-round.

I do not blame Malaysians for caustic remarks on the social media, like the following:

1. “So MCO 3.0 in 6 districts in Selangor starts on the 6th of May for 2 weeks. But no mention of which industries/sectors can open during these 2 weeks. Have wait for tomorrow for clarification and SOPs….When will these guys learn?”

2. “Saya cuba nak memahami PKP terbaru untuk banteras Covid. Pada 6 Mei nanti:

“*Di sebelah 1Utama = PKP; tapi lintas jalan satu lampu isyarat sahaja.

“* Di Sebelah TTDI, KL = tiada PKP.

“Saya tak faham strategi @MKNJPM ini.”

Today, confusion and pandemonium continued to reign.

The Pakatan Harapan Education Committee, headed by former Education Minister Maszlee Malik had to demand that the Education Ministry provide clarity on the status of schools in areas which will come under the MCO restrictions tomorrow.

“Will schools be closed or will they remain open until the Hari Raya (on May 13)?”

The Pakatan Harapan Education Committee said an immediate announcement is necessary because some schools are having their mid-terms – to allow the school management to arrange examination schedules and to help students maintain focus.

It will also help parents to plan, especially in finding caretakers.

The Education Ministry should also bring clarity to the status of students in boarding schools, especially on whether they are allowed to return home, which might entail the crossing of state and district borders.

If such confusion had occurred at the start of the Covid-19 pandemic, it might be understandable. But to occur a year after the Covid-19 pandemic, and on the third time a MCO is being imposed, is completely inexcusable.

The Muhyiddin government should be reminded that in India, which is undergoing a hellish second Covid-19 wave, overwhelming the country’s healthcare system causing shortages of hospital beds, oxygen and vaccine, the Allahabad high court said that the deaths of patients due to non-supply of oxygen amounts to a ‘criminal act’, nothing short of a ‘genocide’.

A kakistocracy causing avoidable deaths is committing criminal acts.

There is no reason, in the first place, for Malaysia to have a cumulative total 420,632 cases to be ranked No. 43 among nations in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases, and to overtake Saudi Arabia (now 421,300 cumulative total cases) some time today to be ranked No. 42nd – when we were ranked No. 85 on November 11 last year.

Why is Malaysia ranked No. 43 and No. 42 by today, having a greater cumulative total of Covid-19 cases while other countries in East Asia, ASEAN and Pacific have lower ranking and fewer cases like Myanmar (ranked No. 82) with 142,858 cases; South Korea (84) 124,945 cases; China (96) 90,721 cases; Thailand (98) 74,900 cases; Singapore (104) 61,252 cases; Australia (120) 29,862 cases; Cambodia (133) 16,971 cases; Hong Kong (145) 11,791 cases; Vietnam (176) 2,996 cases; New Zealand (179) 2,629 cases; Taiwan (192) 1,160 cases; Laos (195) 1,025 cases and
Brunei (201) 228 cases.

The Muhyiddin must get its act together before Malaysians begin to charge it of criminal negligence in its handling of the Covid-19 pandemic.

It should launch an “all-of-government” and “whole-of-society” national mobilisation against the Covid-19 pandemic by ending the emergency and convening Parliament immediately to focus on the national strategy against the Covid-19 pandemic, and ensure that Malaysia not only does not end up like India but be regarded as one of the more successful nations in East Asia, ASEAN and the Pacific in handling the Covid-19 pandemic.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 5th May 2021)

=============================

#kerajaangagal23 — Mahkamah Tinggi Allahabad membuat ketetapan bahawa kematian pesakit Covid-19 akibat daripada kekurangan bekalan oksigen adalah suatu tindakan jenayah, yang menyerupai genosid

Semalam, saya berkata bahawa salah satu tanda berlakunya kakistokrasi dan justifikasi kepada kewujudan kempen #kerajaangagal adalah kegagalan kerajaan dalam menguruskan komunikasi berkaitan usaha memerangi pandemik Covid-19 — seolah-olah tangan kiri tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan.

Ini sekali lagi dilihat dalam pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk enam daerah di Selangor selama 12 hari bermula 6 sehingga 17 Mei.

Meskipun Ahli Parlimen Bangi merangkap Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP, Ong Kian Ming telah memberi amaran pada 1 Mei lalu bahawa pihak berkuasa tidak wajar mengumumkan PKP 3.0 di Lembah Klang pada saat akhir tanpa diiringi dengan pengumuman SOP yang lengkap, kerajaan masih mengulangi kesilapan yang sama, menyebabkan ramai pihak keliru dan bimbang.

Saya tidak menyalahkan rakyat Malaysia yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti berikut di media sosial:

1. “Jadi PKP 3.0 di enam daerah di Selangor akan bermula pada 6 Mei selama dua minggu. Tetapi tiada perincian tenang industri/sektor mana yang boleh dibuka selama dua minggu tersebut. Perlu tunggu sehingga esok untuk penjelasan lanjut dan penguguman SOP… entah bila mereka ini nak ambil iktibar?”

2. “Saya cuba nak memahami PKP terbaru untuk banteras Covid. Pada 6 Mei nanti:

“Di sebelah 1Utama = PKP; tapi lintas jalan satu lampu isyarat sahaja.

“Di Sebelah TTDI, KL = tiada PKP.

“Saya tak faham strategi @MKNJPM ini.”

Hari ini, kekeliruan seumpama itu kembali berulang.

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan, yang diketuai oleh mantan Menteri Pendidikan Maszlee Malik meminta supaya Kementerian Pendidikan menjelaskan mengenai status sekolah di kawasan yang dikenakan PKP bermula esok.

“Adakah sekolah akan ditutup esok atau dibuka sehingga Hari Raya (pada 13 Mei)?”

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan berkata pengumuman itu perlu kerana sesetengah sekolah sedang menjalani ujian pertengah tahun — ini bagi membolehkan pengurusan sekolah untuk menguruskan jadual peperiksaan dan memastikan pelajar kekal fokus.

Ia juga dapat membantu ibu bapa untuk merancang, lebih-lebih lagi untuk mencari penjaga.

Kementerian Pendidikan perlu menjelaskan status pelajar di sekolah asrama, lebih-lebih lagi sama ada mereka dibenarkan untuk pulang ke rumah, yang mana memerlukan pergerakan rentas sempadan daerah dan negeri.

Jika kekeliruan seumpama itu berlaku pada awal penularan pandemik Covid-19, ia mungkin boleh difahami. Tetapi ia berlaku setahun selepas pandemik Covid-19, dan selepas PKP dilaksanakan untuk kali ketiga, ini benar-benar tidak boleh diterima.

Kerajaan Muhyddin harus diingatkan bahawa di India, yang sedang dilanda gelombang kedua Covid-19 yang mana melumpuhkan sistem kesihatan negara itu sehingga berlaku kekurangan katil, oksigen dan vaksin. Malah, mahkamah tinggi Aallahabad berkata kematian pesakit ekoran kekurangan oksigen boleh dianggap sebagai “tindakan jenayah, yang menyerupai “genosid”.

Sebuah kakistokrasi yang membiarkan kematian yang boleh dielakkan berlaku sebenarnya melakukan suatu tindakan jenayah.

Tiada sebab sebenarnya untuk Malaysia merekodkan kes terkumpul sebanyak 420,632 kes dan berada di kedudukan ke-43 antara negara-negara di dunia dengan kes Covid-19 tertinggi, dan mengatasi Arab Saudi (yang mempunyai kes terkumpul sebanyak 421,300) dan dijangka berada di tangga ke-42 — sementara kita berada di tangga ke-85 pada 11 November tahun lalu.

Mengapa Malaysia berada di kedudukan ke-43 dan ke-42 hari ini, dengan kes Covid-19 tertinggi sementara negara Timur Asia lain, ASEAN dan Asia Pasifik berada di kedudukan dan kes lebih rendah seperti Myanmar (ke-82) dengan 142,858 kes; Korea Utara (84) 124,945 kes; China (96) 90,721 kes; Thailand (98) 74,900 kes; Singapura (104) 61,252 kes; Australia (120) 29,862 kes; Cambodia (133) 16,971 kes; Hong Kong (145) 11,791 kes; Vietnam (176) 2,996 kes; New Zealand (179) 2,629 kes; Taiwan (192) 1,160 kes; Laos (195) 1,025 kes dan Brunei (201) 228 cases.

Muhyiddin perlu bertindak sebelum rakyat Malaysia mula mengambil tindakan terhadap kerajaan atas jenayah kecuaian dalam menangani pandemik Covid-19.

Kerajaan Muhyiddin harus melancarkan gerakan kebangsaan bagi menerapkan strategi “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan pandemik Covid-19 dengan menamatkan darurat dan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin bagi memberi tumpuan kepada strategi negara bagi melawan pandemik Covid-19, dan memastikan Malaysia tidak berakhir seperti India tetapi diiktiraf sebagai negara yang lebih berjaya berbanding negara-negara lain di rantau Asia Timur, ASEAN dan Asia Pasifik dalam hal menangani pandemik Covid-19.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 5 Mei 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.