Are we seeing a kakistocracy at work?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Minister for Communications and Multimedia Saifuddin Abdullah claims to be caught off-guard by the huge allocation of RM85.5 million for the revival of the Special Affairs Department (JASA), according to Malaysian Insight.

Saifuddin was said to be aware of the revival of JASA but he was not briefed on the quantum of the allocation.

His deputy minister, Zahidi Zainul Abidin – who still owes the Universiti Malaysia Sabah student Veveonah Mosibun an apology for his lies in Senate about Veveonah having to spend a night on a tree-top to get better connectivity to sit for an online examination – thinks otherwise.

Zahidi said it was his idea to revive JASA and Saifuddin know about it. Zahidi said Saifuddin may have forgotten “as he has many responsibilities”.

Zahidi also said it was a collective decision to allocate the huge amount for the unit under Budget 2021.

Who is right – Saifuddin or Zahidi?

Are we seeing a kakistocracy at work, where the Deputy Minister is more powerful and knowledgeable than the Minister?

Was Saifuddin so busy with his Cabinet duties as Foreign Minister in the former Pakatan Harapan Governmnent, that Saifuddin had forgotten that he brought about the first haemorrhage of the Pakatan Harapan Government when the issues of ICERD and Rome Statute “out-of-the-blue” became hot controversies and DAP, which knew nothing about them, was blamed for such “anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty” manifestations?

The ICERD and Rome Statute issues became grist in the mill for Malay extremists to drum up the campaign that the allegedly anti-Malay, anti-Islam and anti-royalty DAP was running the Pakatan Harapan government, where the Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad was merely a DAP stooge, and the justification for a “Malays Unite” reaction to the Pakatan Harapan government, leading to the subsequent backdoor Sheraton Move plot which toppled the legitimate PH government.

In view of the nation-wide uproar that the proposed revival of JASA has caused, will Saifuddin repair the damage and take the lead in the Cabinet to abort the revival of JASA and turn the budget allocation for a special agency to promote national unity and bring Malaysians, regardless of race, religion, region or politics together as one united people to fight the Covid-19 pandemic?

Will Saifuddin give a firm commitment that there will be no revival of JASA, which was nothing but a propaganda and cybertrooper arm of the Najib government to firstly, defend the 1MDB scandal and kleptocracy and secondly, to demonise the DAP as anti-Malay, anti-Islam, anti-royalty and even as “communist” to distract Malaysians from the issues of 1MDB and kleptocracy of the Najib administration?

(Media Comment by DAP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Tuesday, 10th November 2020)


Adakah kita sedang melihat kakistokrasi bekerja?

Menurut akhbar The Malaysian Insight, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah mendakwa beliau tidak tahu mengenai peruntukan RM85.5 juta untuk menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Saifuddin mengatakan yang beliau tahu mengenai rancangan untuk menghidupkan semula JASA, tetapi beliau tidak tahu mengenai saiz peruntukan rancangan ini.

Timbalan Menteri beliau, Zahidi Zainul Abidin — yang masih belum memohon maaf kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah, Veveonah Mosibin di atas penipuan beliau di Dewan Negara mengenai pengalaman Veveonah yang terpaksa meluangkan masa di atas pokok untuk menduduki peperiksaan atas talian — tidak berfikiran begitu.

Beliau mengatakan, pengembalian JASA ini adalah idea beliau dan Saifuddin tahu mengenainya. Zahidi mengatakan Saifuddin mungkin telah terlupa “memandangkan beliau mempunyai pelbagai tanggungjawab lain”.

Zahidi juga mengatakan yang keputusan untuk memberikan peruntukan yang besar kepada JASA dalam Belanjawan 2021 ini adalah satu keputusan bersama.

Siapakah yang betul — Saifudin ataupun Zahidi?

Adakah kita sedang melihat kakistokrasi bekerja, di mana Timbalan Menteri lebih berkuasa dan mengetahui lebih banyak benda berbanding dengan Menteri beliau?

Adakah Saifuddin juga teramat sibuk dengan tugas Kabinet beliau sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan yang lalu, sehingga beliau terlupa yang beliau telah menyebabkan kecederaan besar pertama kepada Pakatan Harapan apabila beliau menjadikan ICERD dan Statut Rom satu isu yang panas, di mana DAP yang tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara ini telah dipersalahkan dan dikatakan sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja.

Isu ICERD dan Statut Rom ini menjadi bahan bakar pihak ekstremis yang mengapi-apikan kempen menuduh DAP yang kononnya anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja ini mengawal kerajaan Pakatan Harapan, di mana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir semasa itu hanyalah seorang pak turut DAP, memberikan alasan untuk menghalalkan Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Melihat kemarahan di seluruh negara terhadap cadangan untuk mengembalikan JASA ini, adakah Saifuddin akan mengambil inisiatif untuk membetulkan kerosakan ini di dalam Kabinet dan menghentikan rancangan mengembalikan JASA, dan memberikan peruntukan ini kepada sebuah agensi khas untuk menggalakkan perpaduan negara dan menyatupadukan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik untuk bersama melawan wabak Covid-19.

Adakah Saifuddin akan memberikan komitmen yang JASA — yang merupakan badan propaganda dan tentera siber yang ditubuhkan untuk mempertahankan skandal kewangan 1MDB dan memomokkan DAP sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja, malah menuduh DAP sebagai “komunis” untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu 1MDB dan kleptokrasi dalam pemerintahan Najib — ini tidak akan dikembalikan.

(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Parlimen pada hari Selasa, 10 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.