Najib has soiled and stained Parliament for 90 minutes when he spoke as BNBBC Chairman on the 2021 Budget yesterday without giving an accounting of the 1MDB scandal


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak soiled and stained Parliament for 90 minutes when he spoke as Barisan Nasional Backbenchers’ Club Chairman on the 2021 Budget yesterday.

In which Parliament of the world would a person who had been convicted on corruption, money-laundering and abuse of power be allowed to speak as a leader of Members of Parliament except in Malaysia?

Have Malaysians forgotten that Najib is infamous world-wide as the person responsible for the 1MDB financial scandal, and who was convicted by a Malaysian court on July 28 on several charges related to the 1MDB scandal concerning corruption, money-laundering and abuse of power and sentenced to 12 years’ jail and RM210 million?

There are no signs under the 2021 Budget that the government would step up efforts to restore Malaysia’s reputation as a nation of public integrity where anti-corruption measures would be taken seriously.

In the 2019 Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI), Malaysia is ranked No. 51 with a score of 53, registering a single-year improvement six points for the TI CPI score and 10 placings in TI CPI ranking – the best performance for Malaysia in the past quarter of a century.

What can we expect of the 2020 TI CPI which will be released in January 2021? Can we look forward to another six-point improvement in TI CPI score and another 10-placing improvement in TI CPI ranking, i.e. a score 59 and a ranking of 41 in the TI CPI 2020?

On the same day that Najib soiled and stained Parliament with his 90-minute speech, well-known Malaysian economist Jomo Kwame Sundaram was warning that instead of the country improving after the 1MDB fiasco, the conditions are being created for many 1MDB scandals following the government move to allocate large sums to GLCs helmed by politicians without accountability or transparency.

Najib’s speech is all the more inexcusable as it was only last month that Goldman Sachs pleaded guilty in the United States to violations of the Foreign Corrupt Practices Act, which bars U.S. companies from paying bribes to government officials abroad – in the case of “a massive global scheme to loot billions of dollars” from 1MDB and the subsequent use of those funds by senior Goldman bankers and their co-conspirators to pay billions of dollars in bribes to senior government officials and others around the world, particularly to “MO1”, who is none other than Najib himself.

In failing to give an accounting of the 1MDB scandal, Najib had failed Parliament and the nation.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Wednesday, 11th November 2020)


Najib telah mencemarkan martabat Parlimen apabila beliau membahaskan Belanjawan 2021 selama 90 minit atas kapasiti selaku Pengerusi BNBBC semalam, tanpa mengakui langsung penglibatannya dalam skandal 1MDB

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mencemarkan martabat Parlimen apabila beliau membahaskan Belanjawan 2021 selama 90 minit atas kapasiti selaku Pengerusi BNBBC semalam.

Adakah mana-mana Parlimen di dunia ini yang membenarkan seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa untuk berucap sebagai Ahli Parlimen seperti di Malaysia?

Adakah rakyat Malaysia lupa bahawa Najib kini telah dikenal seantero dunia sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap skandal kewangan 1MDB, dan telah disabitkan oleh mahkamah Malaysia pada 28 Julai atas beberapa tuduhan yang berkaitan dengan skandal 1MDB membabitkan kegiatan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa, malah telah pun dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta?

Tidak muncul tanda-tanda daripada Belanjawan 2021 yang kerajaan akan meningkatkan usahanya untuk mengembalikan reputasi Malaysia sebagai negara yang berintegriti di mana langkah-langkah pencegahan rasuah diambil dengan lebih serius.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) 2019, Malaysia berada di kedudukan 51 dengan 53 markah, mencatat peningkatan enam mata dalam masa setahun untuk TI CPI dan di tempat ke-10 dalam ranking TI CPI – prestasi terbaik Malaysia sejak suku abad yang lalu.

Apakah yang dapat kita harapkan dari CPI TI 2020 yang akan diterbitkan pada Januari 2021? Bolehkah kita mengharapkan peningkatan enam markah dalam TI CPI 2020 dan terus berada dalam 10 kedudukan tertinggi TI CPI, dengan 59 markah dan kedudukan di tempat ke-41 dalam TI CPI 2020?

Pada hari yang sama di mana Najib mencemari martabat Parlimen dengan ucapan perbahasan selama 90 minit beliau, ahli ekonomi terkenal Malaysia, Jomo Kwame Sundaram memberi amaran bahawa negara tidak akan beransur lebih baik selepas peristiwa kegagalan 1MDB. Beliau menegaskan bahawa situasi semasa akan membawa kepada lebih banyak skandal ala 1MDB susulan tindakan kerajaan yang memberikan peruntukan besar kepada GLC yang sebahagian besarnya diisi oleh ahli politik tanpa sebarang kebertanggungjawaban atau ketelusan.

Ucapan Najib tidak dapat dimaafkan, lebih-lebih lagi selepas Goldman Sachs pada bulan lalu, mengaku bersalah di Amerika Syarikat (AS) atas pelanggaran Akta Pencegahan Rasuah Pegawai Asing (Foreign Corrupt Practices Act), yang melarang syarikat AS membayar rasuah kepada pegawai kerajaan di luar negara – dalam kes “skim berskala global bertujuan untuk menjarah berbilion-bilion dolar ”dari 1MDB dan penggunaan dana tersebut oleh pegawai bank kanan Goldman dan rakan-rakan komplot mereka untuk menyogok berbilion-bilion dolar kepada pegawai kanan kerajaan dan banyak individu lain di seluruh dunia, terutama kepada “MO1”, yang tidak lain dan tidak bukan adalah Najib sendiri.

Najib telah mencemari martabat Parlimen dan negara kerana gagal bertanggungjawab dan mengakui penglibatannya dalam skandal 1MDB.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Rabu, 11 November 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.