Archive for June 10th, 2020
Muhyiddin’s First 100 Days – from the second wave of Covid-19 outbreak to lockdown of Parliament and the return of kleptocracy and kakistocracy
Posted by Kit in Corruption, Muhyiddin Yassin, nation building on Wednesday, 10 June 2020
Seratus hari pertama Muhyiddin — daripada gelombang kedua penularan Covid-19 kepada pengembalian kleptokrasi dan kakistokrasi
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja menyambut 100 hari pertama pemerintahan beliau yang telah menyaksikan gelombang kedua penularan wabak Covid-19 dalam negara dan pengembalian kleptokrasi dan kakistokrasi (sistem kepimpinan daripada kalangan individu yang tidak berkelayakan).
Jika tidak kerana Langkah Sheraton, kita tidak akan berhadapan dengan gelombang kedua penularan wabak ini yang telah menyebabkan perlunya dilaksanakan kawalan pergerakan.
Kita bernasib baik kerana kita berjaya mengekang penularan gelombang kedua wabak ini, walaupun pada masa yang sama, seperti di seluruh dunia, kita perlu berhati-hati dan bersedia untuk sebarang penularan semula wabak ini — yang akan dikira sebagai gelombang kedua untuk kebanyakkan negara lain, dan gelombang ketiga untuk negara kita. Read the rest of this entry »