Archive for June 3rd, 2020

Malaysia must learn the lessons of the best practices in the world in the invisible war against Covid-19 and not be the only country which cannot unite the energies of the people to face the Covid-19 pandemic because of inability to legitimise a backdoor government

Malaysia harus mempelajari amalan terbaik daripada seluruh dunia dalam melawan wabak Covid-19 dan kita tidak boleh menjadi satu-satunya negara yang gagal bersatu-padu dalam melawan wabak ini akibat kegagalan kerajaan pintu belakang mencari legitimasi

Selepas lebih daripada lima minggu, wabak koronavirus ini tidak menunjukkan sebarang petanda untuk surut.

Dalam minggu yang lepas, satu rekod dunia baharu telah dicatatkan, di mana wabak Covid-19 ini merekodkan peningkatan harian yang melebihi 100,000 kes sehari, seperti berikut:

27 Mei – 106,475 kes

28 Mei – 116,304 kes

29 Mei – 125,473 kes

30 Mei – 124,102 kes

31 Mei – 108,767 kes

1 Jun – 103,946 kes

2 Jun – 109,901 kes

Jumlah – 794,968 kes

Dengan kadar peningkatan sebegini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh dunia bakal meningkat sebanyak sejuta kes dalam tempoh sembilan hari, sedangkan wabak ini pada mulanya mengambil masa 13 minggu untuk mencapai angka sejuta pertamanya. Read the rest of this entry »

1 Comment