Archive for February 24th, 2020
The Save Malaysia mission of the 14th General Election is still very valid and relevant, as we do not want to revert to a global kleptocracy, and even worse, become a kakistocracy with the worst elements who practice dishonesty, perfidy and corruption in the government
Posted by Kit in DAP, Pakatan Harapan, PH Government on Monday, 24 February 2020
Misi menyelamatkan Malaysia PRU14 masih lagi sah dan relevan kerana kita tidak mahu kembali menjadi kleptokrasi global ataupun lebih buruk lagi, sebuah “kakistokrasi” dengan anasir-anasir jahat yang mengamalkan khianat, ketidakjujuran, dan rasuah di dalam kerajaan
DAP akan mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat tergempar hari ini mengenai perkembangan politik semasa dan kita harus menunggu hasil keputusan mesyuarat tersebut.
Namun begitu, izinkan saya untuk menjelaskan mengenai satu paparan yang telah tersebar luas semalam — yang mengatakan: “Kit Siang di kesan berada di airport, mau lari ka…?” bersama dengan gambar saya di lapangan terbang dan dalam satu paparan yang berasingan, seorang pemimpin UMNO mengatakan: “Mohon standby di airport, tahan pemimpin DAP, PKR, PAN yang nak lari keluar negara – Azri”.
Saya berada di Lapangan Terbang Pulau Pinang semalam, menunggu penerbangan saya ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kes mahkamah P Gunasekaran hari ini, dan persoalan untuk melarikan diri daripada negara ini tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya.
Malah, soal melarikan diri daripada Malaysia ini tidak pernah timbul dalam fikiran mana-mana pemimpin DAP kerana kami bukanlah pencuri, perompak, mahupun penyangak, tetapi kami hanyalah rakyat Malaysia yang patriotik dan berdedikasi untuk menghentikan penjunaman Malaysia kearah menjadi negara kleptokratik yang gagal.
Para pejuang DAP berhasrat untuk berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira batasan kaum, agama, mahupun kawasan. Kami menyertai politik kerana kami percaya politik adalah satu wadah yang jujur, bermaruah, malah mulia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk generasi masa hadapan; kami berpegang kepada pendirian bahawa ahli politiklah yang kotor dan bukan politik itu sendiri. Read the rest of this entry »