Archive for October 7th, 2019

Lets nip in the bud all conspiracy theories of Pakatan Harapan Government cracking up during the 2020 budget parliamentary meeting from October to December as Pakatan Harapan government intends to last the full term

Hentikan teori konspirasi yang mendakwa kononnya Kerajaan Pakatan Harapan akan berpecah semasa pembentangan dan perbahasan Belanjawan 2020 di Parlimen yang akan berlangsung dari Oktober hingga Disember ini kerana Pakatan Harapan memenuhi mandat penggal ini

Tiga sidang Parlimen sebelum ini iaitu pada Oktober tahun lalu dan pada Mac serta Julai tahun ini dibayangi dengan laporan media yang bersifat spekulatif berkenaan khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bakal berdepan dengan penyingkiran menerusi undi tidak percaya di Parlimen, yang didakwa akan melibatkan sekumpulan ahli Parlimen Pakatan Harapan.

Sesi Persidangan Parlimen yang berlangsung selama 36 hari bermula hari ini sehingga Disember terlepas daripada gangguan “usul tidak percaya” terhadap Mahathir seperti yang digambarkan dalam laporan media bersifat spekulif berkenaan, bukan kerana tidak ada mereka yang “gatal-gatal” mahu merancang atau mereka-reka teori konspirasi berkenaan, tetapi kerana teori konspirasi “usul undi tidak percaya” khayalan ini telah gagal dibuktikan sepanjang tiga sidang Parlimen yang lepas, membuatkan pihak yang menyebarkannya kelihatan mengarut dan bodoh.

Ini tidak bermakna bahawa Pembangkang tidak berharap untuk melihat kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya berpecah, dan melakukan bermacam-macam cara untuk merealisasikan impian mereka itu.

Melihat kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya menjadi lemah dan berpecah selepas hanya beberapa bulan adalah perkara yang sentiasa diimpikan oleh UMNO dan PAS selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2019, namun ia tidak berlaku dan kerajaan gabungan DAP, PKR, Bersatu dan Amanah tidak berpecah, Pembangkang terus mencari-cari keretakan dan kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan, malah membesar-besarkan keretakan dan kelemahan yang sebenarnya tidak wujud dalam kerajaan gabungan ini.

Pun begitu, empat parti gabungan Pakatan Harapan bukan sahaja telah terselamat daripada pelbagai serangan sepanjang beberapa bulan pertama mentadbir Putrajaya. Dua hari daripada hari ini, kerajaan PH akan menandakan 17 bulan kejayaan mentadbir secara lancar dan PH berhasrat untuk memenuhi mandatnya sehingga ke akhir penggal ini selama lima tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2023. Read the rest of this entry »

No Comments