Archive for October 4th, 2019

Will the four public universities which is organising the Malay Dignity Congress on Sunday organise a Chinese Malaysian Dignity Congress, Indian Malaysian Dignity Congress, Kadazan Dignity Congress, Dayak Dignity Congress, Orang Asli Dignity Congress and most important of all, a Malaysian Dignity Congress?

Adakah empat universiti awam yang akan menganjurkan Kongres Maruah Melayu pada Ahad ini sudi untuk menganjurkan Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan, Kongres Maruah Dayak, Kongres Maruah Orang Asli dan paling penting Kongres Maruah Rakyat Malaysia?

Empat universiti awam, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menganjurkan Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati di Shah Alam pada Ahad ini.

Adakah empat universiti awam tersebut sudi mengadakan kongres yang sama untuk kaum-kaum lain di Malaysia, sebagai contoh; Kongres Maruah Cina Malaysia, Kongres Maruah India Malaysia, Kongres Maruah Kadazan, Kongres Maruah Dayak, Kongres Maruah Orang Asli, dan yang paling penting, Kongres Maruah Rakyat Malaysia?

Ini antara persoalan yang dibangkitkan rakyat Malaysia sebagai reaksi terhadap penganjuran Kongres Maruah Melayu pada Ahad nanti.

Maruah Malaysia akan terpelihara sekiranya maruah setiap kumpulan etnik dan agama di negara ini turut terpelihara — iaitu dengan berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Adakah Kongres Maruah Melayu ini akan menegaskan semula prinsip-prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, dan mengecam prinsip memecah-belah dan membinasakan yang bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, contohnya, pendirian yang mengatakan seseorang itu harus mengundi calon yang beragama Islam meskipun dia adalah seorang kleptokrat atau pendirian yang mengatakan orang Melayu hanya boleh menyokong calon yang beragama Islam! Read the rest of this entry »

2 Comments