Archive for June 9th, 2019

Lessons from ruckus over Latheefa Koya’s appointment – importance of constantly building trust among Pakatan Harapan leaders and the need for PH leaders to reaffirm commitment to the PH Manifesto as the Road Map to a New Malaysia

Pengajaran daripada kehebohan pelantikan Latheefa Koya — pentingnya untuk kita terus menguatkan kepercayaan di antara pemimpin Pakatan Harapan dan perlunya untuk Pimpinan PH memperkuatkan komitmen untuk menjadikan Manifesto PH sebagai panduan pembentukan Malaysia Baharu

Dua pengajaran penting yang dapat kita belajar daripada kekecohan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah:

Pentingnya untuk pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk terus-menerus meningkatkan kepercayaan di antara mereka, dan

keperluan untuk Pimpinan Pakatan Harapan kekal komited dengan Manifesto Pakatan Harapan sebagai panduan dalam membina sebuah Malaysia yang Baharu.

Seperti yang telah diperakui ramai, pelantikan Latheefa Koya sebagai Pengerusi SPRM adalah terletak di bawah kuasa yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri dan ianya selari dengan peruntukan undang-undang.

Pelantikan Latheefa juga tidak dipersoalkan daripada segi kelayakannya.

Isu utama yang timbul berkaitan pelantikan ini adalah percanggahan dengan Janji ke-14 Manifesto PRU 14 Pakatan Harapan yang menyatakan: “…menaikkan taraf SPRM kepada sebuah suruhanjaya yang diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan, iaitu sama seperti kedudukan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia”; “SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri”; menambah bilangan pesuruhjaya SPRM dan seorang daripada mereka akan dilantik menjadi pengerusi, dan “Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen”. Read the rest of this entry »

2 Comments