Archive for June 18th, 2019

Call for an international inquiry into Morsi’s death, whether he had been denied basic medical care while in prison

Seruan untuk penyiasatan antarabangsa ke atas kematian Morsi, sama ada beliau telah dinafikan hak rawatan asas semasa di penjara

Saya menyeru supaya diadakan satu siasatan antarabangsa bersama untuk menyiasat perihal pemergian bekas Presiden Mesir Mohamad Morsi semasa perbicaraan mahkamah beliau, untuk menyiasat sama ada presiden Mesir yang pertama yang dilantik secara berdemokratik ini telah dinafikan hak rawatan asas semasa berada di dalam penjara.

Komuniti antarabangsa mestilah memastikan kerajaan Mesir bertanggungjawab ke atas kematian ini jika satu penyiasatan antarabangsa yang saksama, menyeluruh, dan telus mendapati kematian ini disebabkan oleh kegagalan pihak berkuasa untuk memberikan rawatan yang sewajarnya kepada Morsi.

Laporan daripada Human Rights Watch yang dikeluarkan dua tahun lepas mendakwa Morsi menerima layanan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan sepanjang di dalam tahanan.

Laporan tersebut mendedahkan keadaan teruk yang menyebabkan Morsi mengalami kesusutan berat badan, pitam, dan koma diabetik.

Amnesty International juga telah menyeru supaya siasatan diadakan mengenai kematian mengejut Morsi dan keadaan yang dihadapi beliau di dalam penjara.

Siasatan hak asasi antarabangsa ini mestilah menyiasat pelbagai laporan yang telah dikeluarkan dalam tahun-tahun yang lepas yang membutirkan penganiayaan dan seksaaan yang dihadapi Morsi di dalam penjara, selain daripada dakwaan daripada anaknya sendiri, Ahmad, tentang bagaimana kesihatan ayahnya yang merosot teruk sejak dipenjarakan, dan bagaimana keadaan ini diabaikan oleh pihak berkuasa Mesir.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa 18 Jun 2019) Read the rest of this entry »

1 Comment