Archive for May 21st, 2019

Shahredzan and Ahmad Faiz appointed to liaise with Najib’s officers to finalise details on the debate with Najib: “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity” after Hari Raya

Syahredzan dan Ahmad Faiz telah dilantik untuk berurusan dengan pegawai Najib bagi mengaturkan sesi berdebat mengenai topik “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung” selepas Hari Raya ini

MalaysiaKini telah melaporkan yang mana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju dengan topik yang saya cadangkan, iaitu: “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung”.

Saya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap perbincangan topik yang lain pada sesi debat ini. Namun begitu, tajuk utama debat ini mestilah kekal dan dimaklumkan sebagai “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimanakah kita boleh menjadi sebuah negara berintegriti yang terulung” sama ada di tempat berlangsungnya debat ini ataupun di tempat lain. Read the rest of this entry »

2 Comments

Is Najib a pathological or habitual liar? Is he prepared to debate “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity”?

Adakah Najib seorang yang mempunyai penyakit suka berbohong atau sememangnya seorang kaki pembohong? Adakah dia bersedia untuk berdebat mengenai topik “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti”?

Adakah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang yang mempunyai penyakit suka berbohong atau sememangnya seorang kaki pembohong?

Dalam wawancara dengan Free Malaysia Today hari ini pun, tidak ada lain yang dibuatnya selain berbohong. Najib mendakwa beliau telah menjawab segala persoalan yang dibangkitkan saya dalam kenyataan media saya, yang mana adalah pembohongan yang nyata.

Adakah beliau sudah menjawab persoalan saya, antaranya yang telah dibangkitkan saya dalam kenyataan saya di Sandakan pada 8 Mei lalu mengenai sama ada lawatan kempen “Malu Apa Bossku” beliau untuk membantu kempen PBS dalam Pilihan Raya Kecil Sandakan adalah wadah terbaik untuk beliau menjelaskan mengapa beliau masih terus-menerus menafikan kewujudan skandal 1MDB, meskipun sejak empat tahun lalu, begitu banyak laporan berita mengenainya dikeluarkan oleh media antarabangsa, pelbagai buku dan filem telah diterbitkan mengenai skandal 1MDB sementara 10 negara lain telah melancarkan siasatan ke atas skandal terbabit? Read the rest of this entry »

1 Comment