Archive for May 31st, 2019

Would Najib agree that in orchestrating Black Tuesday of 28th July 2015 and the Week of Long Knives, he was guilty of the most detrimental acts to parliamentary democracy in Malaysian history?

Adakah Najib bersetuju, dengan merancang Selasa Hitam 28 Julai 2015 dan Minggu Pemecatan Besar-besaran, beliau bertanggungjawab dalam melakukan satu perbuatan yang paling merosakkan kepada demokrasi berparlimen dalam sejarah Malaysia?

Mantan Perdana Menteri Najib Razak berasa tidak senang apabila saya menggelarkan beliau sebagai seorang penakut.

Berikut adalah apa yang saya katakan semalam:

“Najib berkata semalam bahawa saya tidak mempunyai sebarang kredibiliti langsung selepas menolak jemputan berdebat dengannya.

“Mengikut logik Najib, dia tidak berhak langsung untuk membuka mulut selepas kehilangan semua kredibilitinya setelah melarikan diri daripada perdebatan “Nothing-to-Hide” dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan skandal 1MDB, memalukan dirinya di persada dunia dengan menarik diri dari memberikan ucapan pembukaan Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa (IACC) pada September 2015 yang dihadiri oleh ribuan delegasi daripada lebih 130 negara, dan bertidak untuk keluar daripada wawancara bersama dengan Mary Ann Jolley yang disiarkan Al-Jazeera pada Oktober tahun lepas, suatu insiden yang amat memalukan. “

Adakah Najib bersetuju, dalam kesemua empat situasi ini, beliau adalah penakut yang sebenarnya? Jika tidak, mengapa?

Sedangkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Najib sendiri yang telah mengumumkan kepada delegasi IACC pada 16 September 2015 bahawa Najib telah menarik diri daripada persidangan tersebut atas nasihat menterinya kerana beliau takut ditanya soalan sukar daripada 1000 delegasi yang hadir. Read the rest of this entry »

2 Comments