Is Najib a pathological or habitual liar? Is he prepared to debate “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity”?


Adakah Najib seorang yang mempunyai penyakit suka berbohong atau sememangnya seorang kaki pembohong? Adakah dia bersedia untuk berdebat mengenai topik “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti”?

Adakah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seorang yang mempunyai penyakit suka berbohong atau sememangnya seorang kaki pembohong?

Dalam wawancara dengan Free Malaysia Today hari ini pun, tidak ada lain yang dibuatnya selain berbohong. Najib mendakwa beliau telah menjawab segala persoalan yang dibangkitkan saya dalam kenyataan media saya, yang mana adalah pembohongan yang nyata.

Adakah beliau sudah menjawab persoalan saya, antaranya yang telah dibangkitkan saya dalam kenyataan saya di Sandakan pada 8 Mei lalu mengenai sama ada lawatan kempen “Malu Apa Bossku” beliau untuk membantu kempen PBS dalam Pilihan Raya Kecil Sandakan adalah wadah terbaik untuk beliau menjelaskan mengapa beliau masih terus-menerus menafikan kewujudan skandal 1MDB, meskipun sejak empat tahun lalu, begitu banyak laporan berita mengenainya dikeluarkan oleh media antarabangsa, pelbagai buku dan filem telah diterbitkan mengenai skandal 1MDB sementara 10 negara lain telah melancarkan siasatan ke atas skandal terbabit?

Dia sepatutnya menjelaskan mengenai skandal 1MDB serta skandal rasuah mega yang lain yang berlaku di bawah pentadbirannya selaku perdana menteri sebelum ini, terutamanya tiga isu yang berbangkit sejak dua hari lalu, iaitu:

1. Ucapan ulang tahun pertama 509 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di mana perdana menteri itu berkata beliau amat “pelik” melihat Najib masih berlagak seperti orang tidak bersalah meskipun sedang disiasat berhubung skandal 1MDB dan pihak berkuasa US dan Singapura telah memulangkan sebahagian RM1.5 billion wang yang diselewengkan dari 1MDB serta siasatan pengubahan wang haram dijalankan oleh 10 negara.

2. Pendedahan oleh bekas ahli Panel Penilaian Operasi SPRM, Datuk Lim Chee Wee bahawa Najib tidak disiasat atas kesalahan rasuah ketika beliau masih memegang jawatan perdana menteri kerana beliau memecat Tan Sri Gani Patail selaku Peguam Negara, menggantikan Gani dengan Tan Sri Mohamad Apandi Ali, yang hanya mempunyai satu utama agenda selaku Peguam Negara, iaitu untuk melindungi Najib daripada siasatan rasuah.

3. Pendedahan oleh Deepak Jaikishan dalam sebuah wawancara dengan Al Jazeera bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor adalah “perdana menteri de facto” semasa Barisan Nasional masih berkuasa.

Najib tuduh saya obses dengannya. Beliau salah besar. Saya tidak berminat langsung dengan beliau jika beliau tidak melakukan kerosakan besar terhadap negara serta generasi masa kini dan akan datang dengan legasi kleptokrasi yang ditinggalkannya. Malah, beliau telah membawa malu kepada nama baik serta legasi arwah bapanya, Tun Razak.

Mengambil kira semua ini, wajarkah seseorang masuk gelanggang dan berdebat dengan seorang kleptokrat, seorang yang mempunyai penyakit suka berbohong atau seorang kaki pembohong?

Mungkin, subjek terbaik bagi sesi perdebatan tersebut adalah: “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti”?

Giliran Najib pula untuk menjawab.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 21 Mei 2019)
====================================

Is former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak a pathological or a habitual liar?

Even his Free Malaysia Today interview today is not spared of lies. He said he answered me every time I made a statement, which is a downright lie.

Had he for instance, answered my statement in Sandakan on 8th May that his “Malu Apa Bossku” visit to help PBS in the Sandakan by-election campaign is an appropriate occasion to explain why he had continued to deny the existence of the 1MDB scandal when for the past four years, the world press had produced reams of reports and days of air time about the 1MDB scandal; books had been written and films made about it while at least 10 countries had launched investigations on the 1MDB scandal?

Or did Najib reply to my statement in Sandakan the next day that during his shameless “Malu Apa Bossku” visit to Sandakan to help the PBS campaign in the Sandakan by-election, he should clarify about the monstrous and heinous 1MDB scandal and other mega corruption scandals under his watch as Prime Minister, in particular three things which had just cropped up in the previous two days:

· Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad’s 509 first anniversary speech that it was “strange” that Najib could still act innocent during the ongoing investigation of the 1MDB scandal and despite the return of some RM1.5 billion misappropriated from 1MDB by the US and Singapore authorities and the criminal and money-laundering investigations by some 10 countries.

· Revelation by former MACC review panel member, Datuk Lim Chee Wee that Najib was not investigated for corruption when he was Prime Minister because he had sacked Tan Sri Gani Patail as Attorney-General, replacing Gani with Tan Sri Mohamad Apandi Ali, whose single agenda as AG was to protect Najib from any corruption investigation;

· Revelation by Deepak Jaikishan in an interview with Al Jazeera that Najib’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor was the “de facto prime minister” when the Barisan Nasional was still in power.

Najib accuses me of being obsessed with him. He cannot be more wrong. I would not be interested in him one bit if he had not had the dubious distinction of being the single one Malaysian who had wrought the greatest damage to Malaysia both to the present and future generations with his kleptocratic legacy. In fact, he had even brought disgrace to his father Tun Razak’s name and legacy.

In the circumstances, should one debate with a kleptocrat, a pathological or habitual liar?

Probably, the best subject for debate is: “How Malaysia became a global kleptocracy and how we can become a leading nation of integrity”.

The ball is in Najib’s court.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Tuesday, 21st May 2019)

  1. #1 by good coolie on Saturday, 25 May 2019 - 8:13 pm

    Are we prepared to defend the negligence of M1during whose time corruption actual reached adulthood in Malaysia? Many issues will come out in the debate that can serve as distraction from the current court cases concerning corrupt officials. The debate can fuel bad feeling and further destabilise the country (something that UMNOPAS wants). Pakatan has the advantage now; it does not need a debate since the nation has already answered the question of corruption in the last general election. It is UMNOPAS that needs debates and distractions!

    Kindly reconsider the debate.

You must be logged in to post a comment.