Archive for May 19th, 2019
“Malu Apa Bossku” campaign violates Rukunegara, a challenge to National Anti-Corruption Plan 2019-2023 and obstacle to the national mission to transform Malaysia from a global kleptocracy into a leading nation of integrity
Posted by Kit in Corruption, Financial Scandals, Najib Razak on Sunday, 19 May 2019
Kempen “Malu Apa Bossku” bertentangan dengan Rukunegara, mencabar Pelan Anti Rasuah Kebangsaan 2019-2023, dan halangan kepada misi transformasi negara daripada satu kleptokrasi global kepada negara berintegriti yang terulung
Sejak beberapa bulan sebelum pilihanraya kecil Sandakan pada 11 Mei yang lalu, cybertrooper bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bertungkus lumus menjaja satu tema baru — cukuplah bercakap mengenai skandal 1MDB dan kleptokrasi Najib, Pilihanraya ke-14 sudah selesai dan biarkan mahkamah yang tentukan sama ada Najib bersalah atau tidak, sebaliknya, mari lihat apa yang kerajaan PH telah berjaya laksanakan untuk menurunkan kos sara hidup dan mereformasikan institusi negara.
Januari tahun ini, cybertrooper Najib telah memulakan kempen “Malu Apa Bossku” tanpa sekelumit rasa malu sekalipun dan yang malang sekalinya kempen ini telah berjaya menawan sebahagian tertentu rakyat Malaysia. Lantas membolehkan gabungan UMNO-PAS, dengan sokongan belakang tabir MCA dan MIC di semenanjung Malaysia, PBS dan parti pembangkang lain di Sabah, dan GPS di Sarawak, untuk menjaringkan tiga kemenangan di pilihanraya kecil Cameron Highlands, Semenyih, dan Rantau.
Fenomena “Malu Apa Bossku” juga telah memberikan galakan kepada ahli parlimen pembangkang untuk menyekat perjalanan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang merupakan langkah pertama yang penting dalam melaksanakan satu daripada lima Janji Teras Pakatan Harapan dalam PRU14 “mengembalikan status Sabah dan Sarawak kepada sepertimana yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963”. Read the rest of this entry »
With the objective to ensure that PDRM is one of the top world-class police force, Parliamentary Caucus on Governance and Institutional Reforms will review the Royal Police Commission Report to study whether its 11 recommendations to improve welfare of the police had been implemented in the past 14 years
Bagi memastikan PDRM menjadi salah satu pasukan polis yang bertaraf dunia, Kaukus Reformasi Urustadbir dan Institusi Parlimen akan merujuk semula kajian Suruhanjaya Diraja Polis untuk menyemak sama ada cadangan-cadangan penambahbaikan kebajikan anggota polis yang dicadangkan telah dilaksanakan sepanjang 14 tahun yang lepas
Dengan pelantikan Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baru, PDRM kini bersedia untuk menjadi sebuah pasukan polis yang bertaraf dunia.
Oleh itu, Kaukus Reformasi Urustadbir dan Institusi Parlimen yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim, akan menyemak semula pelaksanaan cadangan-cadangan penambahbaikan kebajikan anggota polis seperti yang dicadangkan oleh Laporan Suruhanjaya Diraja tersebut.
Selain daripada cadangan utama penubuhan satu badan bebas Suruhanjaya Aduan dan Salah-laku Polis (IPCMC) — yang telah dipersetujui oleh PDRM setelah menentang penubuhannya selama 14 tahun, dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa rang undang-undang IPCMC akan dibentangkan ke Parlimen sebelum hujung tahun ini — Suruhanjaya Diraja Polis tersebut telah juga membuat 11 cadangan bagi menambahbaik kebajikan anggota polis. Read the rest of this entry »