With the objective to ensure that PDRM is one of the top world-class police force, Parliamentary Caucus on Governance and Institutional Reforms will review the Royal Police Commission Report to study whether its 11 recommendations to improve welfare of the police had been implemented in the past 14 years


Bagi memastikan PDRM menjadi salah satu pasukan polis yang bertaraf dunia, Kaukus Reformasi Urustadbir dan Institusi Parlimen akan merujuk semula kajian Suruhanjaya Diraja Polis untuk menyemak sama ada cadangan-cadangan penambahbaikan kebajikan anggota polis yang dicadangkan telah dilaksanakan sepanjang 14 tahun yang lepas

Dengan pelantikan Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara yang baru, PDRM kini bersedia untuk menjadi sebuah pasukan polis yang bertaraf dunia.

Oleh itu, Kaukus Reformasi Urustadbir dan Institusi Parlimen yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim, akan menyemak semula pelaksanaan cadangan-cadangan penambahbaikan kebajikan anggota polis seperti yang dicadangkan oleh Laporan Suruhanjaya Diraja tersebut.

Selain daripada cadangan utama penubuhan satu badan bebas Suruhanjaya Aduan dan Salah-laku Polis (IPCMC) — yang telah dipersetujui oleh PDRM setelah menentang penubuhannya selama 14 tahun, dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa rang undang-undang IPCMC akan dibentangkan ke Parlimen sebelum hujung tahun ini — Suruhanjaya Diraja Polis tersebut telah juga membuat 11 cadangan bagi menambahbaik kebajikan anggota polis.

Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:

1. Penyusunan semula anggota PDRM ke dalam jawatan yang lebih relevan yang memerlukan skil dan kuasa polis.

2. Menyediakan elaun khas untuk anggota PDRM yang bertugas di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor Bahru, dan Georgetown bagi mengimbangi kos sara hidup yang lebih tinggi yang dihadapi mereka.

3. Penambahbaikan Pusat Latihan Polis semasa dan menambah pelaburan dalam melatih anggota PDRM.

4. Melaksanakan perancangan kerjaya bagi semua anggota PDRM untuk meninggkatkan komitmen dan motivasi. Termasuklah penyediaan bagi jawatan-jawatan utama PDRM dan sebagai bahagian daripada pelan penggantian Ketua Polis Negara.

5. Mengatasi masalah kekurangan armada kenderaan yang serba kekurangan. Suruhanjaya tersebut telah mencadangkan supaya PDRM diberi kuasa untuk mentakrifkan dasarnya sendiri bagi memanjangkan hayat operasi kenderaan seperti yang mereka rasa perlu, dan memberi kuasa kepada PDRM untuk mengganti kenderaan mereka selepas 5 tahun melalui pasaran untuk mendapatkan harga pasaran yang optimum untuk memastikan pembaharuan yang berterusan.

6. Meningkatkan saiz armada Kenderaan Patrol Mudah Alih untuk membolehkan rondaan polis yang lebih kerap.

7. Menyediakan pembiayaan yang mencukupi untuk persenjataan, menggantikan senjata usang lama yang mahal, menambah pelaburan dalam Skuad Bom PDRM, menyediakan lebih banyak jaket kalis peluru dan senjata non-lethal, dan membina kemudahan penyimpanan senjata baru yang selamat, jauh dari tempat tinggal.

8. Kenal pasti kuarters polis yang lama dan usang dan sama ada memulihkan atau menggantikannya. Pemulihan atau penggantian perlu dilakukan mengikut piawaian perumahan semasa.

9. Mengenal pasti lokasi di mana perumahan diperlukan secara kritikal dan menyediakan perumahan kepada anggota PDRM di kawasan tersebut.

10. Di mana tanah untuk perumahan adalah terlalu mahal, kerajaan disyorkan untuk memperoleh bangunan sedia ada seperti pangsapuri untuk disewakan kepada kakitangan PDRM. Pilihan perumahan alternatif lain juga digalakkan untuk menyediakan penyelesaian perumahan terbaik kepada kakitangan PDRM.

11. Menyediakan pembiayaan yang mencukupi untuk memulihara premis polis termasuk stesen polis, kerana sesetengah premis adalah sangat tua dan serba kekurangan kelengkapan dan tidak sesuai untuk digunakan sebagai balai polis.

Saya akan mencadangkan dalam mesyuarat Kaukus Reformasi Urustadbir dan Institusi Parlimen yang akan datang supaya PDRM diminta untuk memberikan laporan kemajuan pelaksanaan cadangan-cadangan penambahbaikan kebajikan anggota ini, sebagai sebahagian daripada program dalam memastikan rakyat Malaysia dapat berbangga dengan pasukan polis yang bertaraf dunia yang dapat menyelamatkan kita semua daripada jenayah.

Ucapan oleh Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Iskandar Puteri Lim Kit Siang dalam Majlis Berbuka Puasa bersama anggota polis Iskandar Puteri di Hotel Holmes, Gelang Patah pada 18 Mei 2019, 7 petang:
================================================================

With the appointment of Hamid Bador as the new Inspector-General of Police, the PDRM is poised to become a top world-class police force.

With this in mind, the Parliamentary Caucus on Governance and Institutional Reforms chaired by the MP for Port Dickson, Anwar Ibrahim, will review the Royal Police Commission Report to study whether its 13 recommendations to improve the welfare of the police had been implemented in the past 14 years.

Apart from its key recommendation for the establishment of an Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) – which the police have now agreed after blocking its formation for the past 14 years with
the Home Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin announcing that the IPCMC Bill would be presented to Parliament at the end of the year – the Royal Police Commission which was headed by former Chief Justice Tun Mohamad Dzaiddin and former and longest-serving Inspector-General of Police, Tun Hanif Omar, made 11 recommendations to improve the welfare for the police force.

These  recommendations were:

1. Redeployment of police personnel into positions that requires police competencies on-policing, administrative roles.

2. Provide special allowance for PDRM personnel stationed in major cities, such as the Klang Valley, Johor Bahru, and Georgetown to offset the higher cost of living faced by them.

3. Improvement to current PDRM Training Institution (PULAPOL) and increasing investment in training personnel.

4. Implement career planning for all PDRM personnel to improve motivation and commitment. This includes grooming for top management post and as part of IGP’s succession plan.

5. Address inadequate and ageing vehicle fleet. The commission recommended that PDRM to define its own policies with regard to adjusting and extending the operational lifetime of a vehicle, and for PDRM to dispose their vehicle after 5 years in the market to obtain optimum market price to ensure continuous renewal of fleet.

6. Increase the size of the Mobile Patrol Vehicle fleet to enable greater police presence and patrol.

7. Provide sufficient funding to the weaponry division, replacing old obsolete weapons that are costly to maintain, investing in the PDRM Bomb Squad procuring more bullet proof vest and non-lethal weapons, and constructing new weapon storage facility that are far from living quarters.

8. Identify old and badly maintained police housing and either restore or replace them if not economical. Restoration or replacement should be done according to current housing standards.

9. Identify locations where housing is critically needed and provide housing to PDRM personnel in those areas.

10. Where land is at a premium and building housing is too expensive, the government is recommended to acquire buildings such as apartment to be rented to PDRM personnel. Other alternative housing options are also encouraged to provide the best housing solution to PDRM personnel.

11. Provide adequate funding to maintain police premises including police stations, as some of the premises are very old and not well equipped for purpose.

I will suggest at the next meeting of the Parliamentary Caucus on Governance and Institutional Reforms that the police be asked to present a progress report on these Police Royal Commission recommendations to improve the welfare of the police personnel in the country, as part of the programme to ensure that Malaysians have a top world-class police force to keep Malaysians safe from crime.

(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the majlis buka puasa with police personnel in Iskandar Puteri at the Hotel Holmes, Gelang Patah on Saturday, 18th May 2019 at 7 pm)

                                                                    

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.