Archive for February 6th, 2013

Pengiraan Detik 64 Hari ke PRU13 – Memperingati ulangtahun kelahiran ke-110 Tunku dan menyokong kempen “Cetuskan Perubahan” untuk mencapai Merdeka 2 yang Tunku usahakan pada dekad terakhir hayatnya

Jumaat, 8 Febuari 2013 merupakan ulangtahun kelahiran ke-110 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.
Sejarah dan dunia tahu akan sumbangan beliau sebagai seorang negarawan, pembangun bangsa dan sebagai tokoh sejarah yang unik. Beliau melambangkan kesopanan, kepercayaan yang mendalam terhadap kedaulatan hukum dan menghormati tradisi.

Inilah saatnya untuk semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, agama dan kepercayaan politik bersama-sama memberikan penghormatan kepada seorang insan yang telah membina asas kepada Malaysia yang moden, demokratik dan sekular yang dipaterikan dengan perpaduan etnik, kepercayaan dan budaya yang pelbagai.

Amatlah malang dan kesal apabila kenangan indah dan nama baik Tunku dan nenek moyang kita baru-baru ini difitnah apabila kata-kata menghina dilemparkan oleh salah seorang Perdana Menteri terkemudian yang menuduh Bapa Malaysia memberikan kewarganegaraan kepada satu juga bukan Melayu yang “tidak layak” sebelum Merdeka pada 1957 – dengan hipokritnya mendakwa bahawa pengkhianatan “kewarganegaraan untuk undi” untuk pendatang tanpa izin di Sabah sebagai perbuatan yang lebih terhormat dan layak!

Apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957, diikuti dengan pembentukan Malaysia pada 1963, ia menandakan permulaan satu era baru yang mana rakyat Malaya dan kemudiannya Malaysia berani untuk berimpian besar dan mengubah dunia. Read the rest of this entry »

3 Comments

Pengiraan Detik 65 Hari ke PRU13 – Adakah Najib akan mencipta empat rekod buruk sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Datuk Seri Najib Razak Sabtu lepas berkata bahawa beliau tahu bila masanya untuk menghadap Yang Dipertuan Agong bagi membubarkan Parlimen dan tidak “menjolok” beliau untuk tahu bila pilihan raya ke-13 akan diadakan.

Bukan Perdana Menteri yang “dijolok” berkenaan pembubaran Parlimen, tetapi 28 juta rakyat Malaysia yang telah “dijolok” oleh Najib sejak dua tahun lalu supaya sentiasa berada dalam mod “PRU13” – semua disebabkan Najib merupakan Perdana Menteri yang paling tidak mampu membuat keputusan, teragak-agak dan berubah-ubah dalam sejarah Malaysia.
Najib telah pun mencipta dua rekod buruk politik sebagai Perdana Menteri.

Persoalannya ialah sama ada beliau akan mencipta dua lagi rekod buruk politik menjelang PRU13 diadakan.

Najib telah pun menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mandat pilihanrayanya sendiri – hampir tiga tahun dan 10 bulan, lebih lama daripada empat Perdana Menteri sebelumnya, iaitu Tun Abdullah, Tun Mahathir, Tun Hussein dan bapa beliau Tun Razak sebelum mereka mendapatkan mandat mereka sendiri selepas mengambil alih tampuk pemerintahan.
Najib juga mencipta rekod buruk kedua sebagai PM – dengan Parlimen di bawah pemerintahannya berjalan untuk satu penggal yang paling lama. Pilihan raya umum lalu yang terkenal dengan “tsunami politik” diadakan pada 8 Mac 2008, tinggal satu bulan tiga hari daripada ulangtahun ke-5 pilihan raya umum itu. Read the rest of this entry »

No Comments

Chinese New Year

by Allan CF Goh

When the New Year eve comes to call,
When the Old Year has ended all,
Bringing home those close and dear,
It’s that joyful time called New Year.

When the first dawn of Spring appears,
May all our problems disappear,
Bringing home a blessed reunion,
For a family communion. Read the rest of this entry »

10 Comments

Pengiraan Detik 66 Hari ke PRU13 – Mengapa cuma sasarkan 60,000 orang untuk persembahan “Oppa Gangnam Style” Psy pada Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, sepatutnya mensasarkan 100,000 atu 250,000 orang dari Pulau Pinang, seluruh Malaysia dan negara jiran untuk sebuah acara yang sensasi bersama Psy

Topik terhangat di kalangan rakyat Malaysia tidak kira kaum, umur atau jantina di seluruh negara untuk dua hari berturut-turut masih lagi Psy dan “Oppa Gangnam Style”, terutamanya laporan yang mengatakan kos sebanyak RM3 juta untuk membawa bintang Korea Selatan itu ke Penang bagi memastikan kehadiran 60,000 orang untuk Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semua rakyat Malaysia bergembiralah dengan Psy dan “Oppa Gangnam Style” di Pulau Pinang pada hari kedua Tahun Baru Cina pada 11 Febuari.

Malah, mengapa cuma sasarkan 60,000 orang dan tidak cuba capai 100,000 orang atau 250,000 orang dari Pulau Pinang, seluruh Malaysia dan negara jiran untuk menjadikannya acara sensasi bersama Psy benar-benar bersejarah dan menjadi kenangan?

Amat bersejarah sekiranya kehadiran julung kali Psy di Malaysia dapat turut membuatkan Malaysia mencontohi Korea Selatan yang berusaha memperbaiki keadaan negara bagi menjalankan transformasi negara yang jujur dalam tadbir urus, politik, ekonomi, pendidikan dan pembinaan bangsa bagi membolehkan Malaysia membuat satu anjakan dalam segenap aspek kehidupan nasional dalam kemerdekaan kedua Malaysia.

Biar kehadiran Psy ke Malaysia memulakan satu debat nasional dan mencari diri bagaimana Korea Selatan, daripada negara yang miskin dan mundur mampu berjaya melontar dirinya menjadi penjana ekonomi yang kini lebih kaya daripada Malaysia, dengan pendapatan per kapita dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada Malaysia, dan lebih maju berbanding Malaysia di dalam semua bidang.

18 tahun Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) berikut memberikan kunci kepada jawapan itu: Read the rest of this entry »

No Comments

64-Day Countdown to 13GE –Commemorate Tunku’s 110th “birthday anniversary and support the “Spark the Change” campaign to accomplish Merdeka2 which Tunku dedicated final decade of his life

Friday, 8th February 2013 is the 110th birthday anniversary of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

History and the world at large acknowledge his contributions as a statesman, a nation builder and as a singularly unique historical figure. He personified decency, a deeply-held belief in the rule of law and respect for tradition.

This is an occasion for all Malaysians, regardless of race, religion or political beliefs to come together to pay tribute to a man who laid the foundations for a modern, democratic, secular Malaysia welded out of a diverse mix of ethnicities, faiths and cultures.

It is most unfortunate and regrettable that Tunku’s good name and memory and those of our forefathers had recently been sullied when derogatory references were made by one of his successor-Prime Ministers who falsely accused Bapa Malaysia of having granted citizenship to one million “unqualified” non-Malays before Merdeka in 1957 – hypocritically claiming that the treasonous “citizenship-for-votes” rackets for illegal immigrants in Sabah were more honourable and worthy deeds!

When the nation achieved independent nationhood on August 31, 1957, followed by the formation of Malaysia in 1963, it heralded the beginning of a new era where Malayans and later Malaysians could dare to dream big dreams to remake the world. Read the rest of this entry »

16 Comments