Call for a conference of political parties, NGOs, and NGIs on how to ensure Malaysia can rise up again to become a great world-class nation and avoid the fate of a divided, failed, and kleptocratic state


(Versi BM)

I visited the tourist attractions in Edinburgh and the prevailing thought in my mind was that Edinburgh was the place in the past few hundred years where history was made, but now tourists visit Edinburgh to “see history” instead of “making history”.

Have Malaysia reached a stage where history-making is a thing of the past and we are doomed to fail to become a role model of the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural, and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony — destined to be one of history’s failures, using Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s own words, failing to become “a beacon of hope in a difficult and distracted world”?

I call for a conference of political parties, NGOs, and NGIs on how to ensure Malaysia can rise up again to become a great world-class nation and avoid the fate of one of history’s failures — to become a divided, failed, and kleptocratic state!

We have been on the national decline in the last quarter of a century. Do we have the wherewithal in our political, economic, educational, social and cultural systems and institutions to save Malaysia from being one history’s failures?

I think we have such a capability but it must be an effort by all Malaysians, regardless ethnicity, religion, culture or region.

The strongest sign of the national decline in the past quarter of a century is that we have a Member of Parliament who holds a PhD qualification but who is totally “media illiterate”, who cannot distinguish right from wrong, lies, falsehoods, and fake news from truth and fact.

Is this the sign of the times?

We must do our utmost to oppose such a tendency, but it must be a Malaysian effort, not based on any ethnicity, religion or culture.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Edinburgh on Saturday, 2nd December 2023)


Seruan untuk adakan persidangan di antara parti-parti politik, NGO, dan tokoh-tokoh awam untuk mencari cara membangkitkan Malaysia sebagai sebuah negara hebat dunia dan mengelakkan takdir sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik

Saya melawat tarikan pelancong di Edinburgh dan perkara utama yang berlegar dalam fikiran saya adalah Edinburgh adalah tempat sejarah dicipta dalam beberapa ratus tahun yang lepas, tetapi hari ini, para pelancong ke Edinburgh untuk “melihat sejarah” dan bukannya “mencipta sejarah”.

Adakah Malaysia telah mencapai tahap di mana penciptaan sejarah telah menjadi satu perkara masa lalu dan kita kini ditakdirkan untuk gagal dari menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia — ditakdirkan untuk salah satu dari kegagalan dalam sejarah, atau seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, gagal untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”?

Saya seru supaya diadakan satu persidangan di antara parti-parti politik, badan bukan kerajaan, dan juga tokoh-tokoh awam, untuk memastikan kita ada cara untuk membangkitkan semula Malaysia sebagai sebuah negara hebat dunia dan mengelakkan nasib dari menjadi satu kegagalan — sebagai sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik!

Kita sudah menyaksikan kemerosotan negara kita dalam suku abad yang lepas. Adakah kita berupaya, dengan sistem politik, ekonomi, pendidikan, sosial, dan kebudayaan kita, untuk menyelamatkan Malaysia dari terus merosot sebegini?

Saya percaya yang kita ada kebolehan ini, tetapi ia memerlukan usaha dari semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang etnik, agama, mahupun kawasan.

Tanda terbesar kemerosotan negara kita dalam suku abad yang lepas adalah apabila kita ada seorang Ahli Parlimen yang memegang ijazah doktor falsafah, tetapi benar-benar “buta media” sehingga gagal untuk membezakan di antara perkara yang benar dan yang salah dan gagal untuk membezakan fitnah dan berita palsu dari kebenaran dan fakta.

Adakah ini tanda kita sudah berada di penghujungnya?

Kita perlu lakukan sedaya yang mungkin untuk menentang kejadian-kejadian sebegini, tetapi perkara ini perlulah menjadi satu usaha semua rakyat Malaysia, dan bukannya diasaskan kepada mana-mana kumpulan etnik, agama, atau budaya.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Edinburgh pada hari Sabtu, 2 Disember 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.