Call on the youths of Penang to lead a movement for Malaysian transformation to be a world-class nation which is capable of producing world champions and be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony


(Versi BM)

I am quite excited tonight as I see hundreds of youthful faces — and that was how DAP started some six decades ago, a youthful party with leaders and members among young Malaysians dedicated to the Malaysian Dream to make Malaysia a better, more just, more progressive, and more prosperous nation for all Malaysians, regardless of race, religion, region, age or gender.

We all have a Malaysia Dream — the question is whether we could sustain the Malaysian Dream in our life.

There may be a future Penang Chief Minister or Federal Minister among you — only time will tell.

We are in fact living in momentous times as in a month’s time on August 12, the state general election for Penag will be held, and just like for Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu — the state polls in six states which are important not only for the six states but for the future of the nation.

Malaysians have been afforded an opportunity to pause, reset, and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia which the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn), have written into the Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for other faiths, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

This may be the last chance for Malaysia to turn the corner and reverse the national decline in the last few decades and become a great world-class nation which is capable to producing world champions again.

I call on the youths of Penang to lead a movement for Malaysian transformation to be a world-class nation which is capable of producing world champions and be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

We must dare to dream big dreams, and even more important, take steps to realise such big dreams.

Regardless of whether we are Malays, Chinese, Indians, Kadazan, Dayak or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Sikhs or Taoist, we must be “Malaysian First”.

Nobody is asking a Malaysian to cease to be a Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Dayak or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Sikh, Taoist, but we must have a common overarching identity — that is as a Malaysian.

We want all Malaysians to unite as one, regardless of race, religion, region, age or gender as opposed to those who want to set race against race and religion against religion.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the Air Puteh DAP Program Santai Masyarakat Belia/Makan Malam in Penang on Thursday, 6th July 2023)


Seruan kepada golongan muda di Pulau Pinang untuk memimpin gerakan transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara bertaraf dunia yang mampu melahirkan juara dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia

Saya agak teruja malam ini kerana saya dapat lihat ratusan muka golongan muda — dan beginilah DAP bermula kira-kira enam dekad yang lepas, sebagai sebuah parti yang muda dengan pemimpin dan ahli-ahli dalam kalangan golongan muda yang berdedikasi dengan Impian Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik, lebih adil, lebih progresif, dan lebih makmur untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur, atau jantina.

Kita semua ada Impian Malaysia — persoalannya adalah sama ada kita mampu kekalkan Impian Malaysia ini dalam kehidupan kita.

Mungkin bakal Ketua Menteri Pulau Pinang atau Menteri Persekutuan dalam kalangan anda semua hari ini — hanya masa yang akan menentukan.

Kita sekarang sedang berada dalam masa yang sangat penting memandangkan dalam masa sebulan dari sekarang pada 12 Ogos, pilihan raya negeri untuk Pulau Pinang akan dijalankan, begitu juga dengan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu — pilihan raya negeri yang penting bukan sahaja untuk keenam-enam negeri ini, tetapi juga penting untuk masa hadapan negara.

Rakyat Malaysia telah diberikan peluang untuk berhenti sementara, menetapkan semula, dan kembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip pembinaan negara untuk sebuah Malaysia yang majmuk yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn) ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Ini mungkin peluang terakhir untuk Malaysia berpatah balik dan menghentikan kemerosotan yang disaksikan negara kita dalam beberapa dekad yang lepas untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia yang mampu melahirkan juara dunia sekali lagi.

Saya seru kepada golongan muda di Pulau Pinang untuk memimpin gerakan transformasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara bertaraf dunia yang mampu melahirkan juara dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Kita perlu berani untuk mengimpikan cita-cita yang besar, dan yang lebih penting lagi, mengambil langkah untuk mencapai cita-cita ini.

Tanpa mengira sama ada kita Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, atau Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, atau Tao, kita perlulah “Pertamanya rakyat Malaysia”.

Tidak ada sesiapa pun yang meminta mana-mana rakyat Malaysia untuk berhenti dari menjadi seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, atau Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, atau Tao, tetapi kita perlulah ada identiti yang dikongsi bersama — sebagai rakyat Malaysia.

Kita mahukan semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur, atau jantina, bukan seperti sesetengah pihak yang mahu melaga-lagakan antara satu kaum dengan kaum yang lain atau satu agama dengan agama yang lain.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di Program Santai Masyarakat Belia dan Makan Malam DAP Air Puteh di Pulau Pinang pada hari Khamis, 6 Julai 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.