Annuar Musa has joined PAS and the first thing he has done is to emulate PAS President Hadi Awang to make wild, preposterous, and unsubstantiable allegations


(Versi BM)

Annuar Musa has joined PAS and the first thing he has done is to emulate PAS President Hadi Awang to make wild, preposterous, and unsubstantiable allegations.

In linking me to the May 13, 1969 riots, Annuar said: “In the 1969 general election, he (DAP veteran Lim Kit Siang) campaigned under the banner of DAP, and then the bloodshed of May 13, 1969, occurred. DAP had a significant stake.

“If you open the book that compiles Lim’s speeches, it includes one when the killings took place in Kampung Baru. Lim was giving a speech in Kota Kinabalu, still fanning the flames for bumiputera and non-bumiputera issues,” he said.

According to Malaysiakini, Annuar made the claims in front of some 1,000 people who gathered for a PAS ceramah in Bachok, Kelantan.

There is no such book. It is a figment of Annuar’s imagination.

I have instructed my lawyers to institute action to clear my name.

It is not that I had not repeatedly stated that I had no links with the May 13, 1969 riots.

This is proof that PAS is using lies, falsehood, fake news, and hate speech in the six state polls in Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu on August 12 and that PAS under Hadi does not accept the original nation-building principles for a plural Malaysia as set out in the Constitution and Rukun Negara which the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn), have written into the Constitution and the Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for other faiths, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

This is also the reason why PAS disagree with the objective to make Malaysia the role model of the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

I was originally slated to contest in the Bukit Bintang parliamentary seat in the 1969 general election, but with electoral understanding with
Gerakan on the eve on the general election, I was slated to contest in Damansara parliamentary seat. At the last minute, however, I was sent to contest in Bandar Melaka, where I started my parliamentary journey.

If I had contested in the KL/Selangor areas in Damansara, it would have been much more difficult to rebut the wild and preposterous allegations that I was involved in the May 13,1969 riots.

It is strange that I am now accused of being a communist although the communists, who launched a boycott of the 1969 General Election, wanted me to lose Bandar Melaka seat in 1969, and that I am further accused for causing May 13, 1969 riots when I was not in Kuala Lumpur at the relevant.

In actual, I was never in Kuala Lumpur on May 11, 12, and 13 of 1969, as on the morning of May 13, I flew to Kota Kinabalu to help the independent candidates as polling day in Sabah and Sarawak was scheduled later.

Annuar Musa did not know, but the police and the Special Branch at the time knew.

And Annuar Musa did know that in my first parliamentary speech in February 1971, I called for Commission of Inquiry to “learn the lessons of May 13 racial riots and the 21 months of NOC rule, and point the solution to a united, just and equal Malaysia”, “to find out the cause of the May 13 racial riots” and to make recommendations as to how to prevent a recurrence of the May 13 racial riots and arrest the racial polarisation in Malaysia.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 7th July 2023)


Annuar Musa telah menyertai PAS dan perkara pertama yang dilakukannya adalah meniru perbuatan Presiden PAS, Hadi Awang, dengan membuat tuduhan yang liar, tidak berasas, dan tidak dapat dibuktikan

Annuar Musa telah menyertai PAS dan perkara pertama yang dilakukannya adalah meniru perbuatan Presiden PAS, Hadi Awang, dengan membuat tuduhan yang liar, tidak berasas, dan tidak dapat dibuktikan.

Dalam cubaan untuk mengaitkan saya dengan rusuhan 13 Mei 1969, Annuar mengatakan: “Semasa pilihan raya umum 1969, dia (veteran DAP Lim Kit Siang) berkempen di bawah bendera DAP, dan kemudiannya pertumpahan darah 13 Mei 1969 terjadi. DAP ada peranan penting.

“Sekiranya anda buka buku yang menghimpunkan ucapan-ucapan Lim, ada termasuk satu di mana ketika pembunuhan sedang terjadi di Kampung Baru. Lim sedang memberikan ucapan di Kota Kinabalu, mengipas api isu bumiputera dan bukan bumiputera,” katanya.

Menurut Malaysiakini, Annuar membuat dakwaan ini di hadapan kira-kira 1,000 orang yang hadir ke satu ceramah PAS di Bachok, Kelantan.

Tidak ada buku sebegini. Perkara ini hanyalah secebis khayalan Annuar.

Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan untuk membersihkan nama saya.

Bukannya saya tidak berkali-kali menafikan sebelum ini yang saya tidak ada apa-apa kaitan dengan rusuhan 13 Mei 1969.

Inilah bukti yang PAS menggunakan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian untuk enam pilihan raya negeri di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang bakal berlangsung pada 12 Ogos dan PAS di bawah Hadi tidak menerima prinsip-prinsip pembinaan negara majmuk Malaysia seperti yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn) ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara — prinsip-prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat majmuk berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Perkara ini juga menjadi sebab mengapa PAS tidak bersetuju dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh dialog, persefahaman, toleransi, dah keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Saya pada asalnya sepatutnya bertanding di kerusi parlimen Bukit Bintang dalam pilihan raya umum 1969, tetapi dengan persefahaman pilihan raya bersama Gerakan pada ambang pilihan raya, saya ditetapkan untuk bertanding di kerusi parlimen Damansara. Namun, pada saat-saat akhir, saya dihantar untuk bertanding di Bandar Melaka di mana saya memulakan kerjaya parlimen saya.

Sekiranya saya bertanding di kawasan KL/Selangor di Damansara, pastinya lebih sukar untuk saya menangkis fitnah tidak masuk akal yang cuba mengatakan saya terlibat dengan rusuhan 13 Mei 1969 ini.

Amat pelik sekali sekarang saya dituduh juga sebagai seorang komunis sedangkan pihak komunis, yang ketika itu melancarkan kempen boikot pilihan raya umum 1969, mahu saya kalah di Bandar Melaka dan kemudiannya saya dituduh pula sebagai mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 sedangkan saya tidak pun berada di Kuala Lumpur pada waktu itu.

Sebenarnya, saya langsung tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12, dan 13 Mei 1969, kerana pada pagi 13 Mei, saya telah terbang ke Kota Kinabalu untuk membantu calon bebas dalam hari mengundi di Sabah dan Sarawak yang dijadualkan kemudian.

Annuar Musa tidak tahu, tetapi polis dan Cawangan Khas ketika itu tahu.

Dan Annuar Musa tahu yang dalam ucapan parlimen pertama saya pada bulan Februari 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk “mempelajari pengajaran dari rusuhan perkauman 13 Mei dan Pemerintahan MAGERAN selama 21 bulan, dan untuk mencari penyelesaian yang membawa kepada sebuah Malaysia yang bersatu padu, adil, dan saksama”, “untuk mencari punca terjadinya rusuhan perkauman 13 Mei” dan untuk membuat cadangan bagaimana untuk mengelakkan dari berulangnya rusuhan perkauman seperti ini dan menghentikan polarisasi perkauman di Malaysia.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 7 Julai 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.