Thanks to Mahathir, the big picture for the six state polls have been clarified — whether the promotion of a multi-racial Malaysia runs foul of the Malaysian Constitution


(Versi BM)

Thanks to Mahathir Mohamad, the big picture for the six state polls have been clarified — whether the promotion of a multi-racial Malaysia runs foul of the Malaysian Constitution.

Ranged on the side of those whose position is that Malaysian constitution is that of a plural Malaysia are the first three Prime Ministers of Malaysia who were also UMNO Presidents — Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein and Hussein Onn.

The second and third Prime Ministers also supported the Rukun Negara as the nation-building principles for a plural Malaysia.

The position of the fourth and seventh Prime Minister, Mahathir Mohamad, was that the Malaysian Constitution was that of a muti-racial Malaysia, especially when he announced the 30-year Vision 2020 and is nine strategic challenges, and supported the Rukun Negara principles, but his position changed after September 2021 when he wrote the book “Capturing Hope — The Struggle for a New Malaysia” after he was toppled from power in the Sheraton Move political conspiracy in February 2020.

Mahathir has proved to be quite a political chameleon. I remember his announcement at the Gerakan delegates conference on September 29, 2001 that Malaysia was already an Islamic state, completely against the pronouncement of the first and third Prime Ministers of Malaysia.

Tunku Abdul Rahman on his 80th birthday on 8th February 1983 at the grand dinner hosted by the Barisan Nasional, attended by all the top Barisan Nasional leaders including the then Prime Minister, Mahathir Mohamad, gave the most important message to the Barisan Nasional leaders not to turn Malaysia into an Islamic State. This was the front-page headline in all the language newspapers the next day.

Tunku stressed that Malaysia was set up as a secular State with Islam as the official religion and this was enshrined in the Constitution, which must be respected and adhered to.

Four days later, when celebrating his 61st birthday on 12th February 1983, the third Prime Minister of Malaysia, Hussein Onn, gave full public support to Tunku’s call to Barisan Nasional leaders not to turn Malaysia into an Islamic State.

Hussein said it was “neither wise nor practical” to turn Malaysia into an Islamic State as Malaysia could still be functional as a secular state with Islam as its official religion.

Mahathir ignored both the Reid Constitution Commission in 1957 and the Cobbold Commission in 1962.

The 1957 Reid Constitution Commission report, Paragraph 169, recommended that the Constitution for Malaya on the attainment of independence, should made it very clear that Malaya is a secular state.

The Cobbold Commission Report 1962 reported on the views of the people of Sabah and Sarawak on the proposed formation of Malaysia. One of the reasons for the reservations of the people of Sabah and Sarawak in supporting the formation of Malaysia was whether the new Federation would become an Islamic State. The British members of the Cobbold Commission recommended that the provision that Islam is the official religion should not be extended to Sabah and Sarawak but the Malayan government members gave the guarantee that such a provision would not jeopardise Malaysia’s character as a “secular state”.

Mahathir made the “929” announcement which received the support of Gerakan, to undercut PAS but now Mahathir and the PAS President, Hadi Awang, are now in the same boat.

In his book, “Capturing Hope”, Mahathir wrote:

“Now, I have spent my entire life and career being ‘pro-Malay”. If what people mean by that term is the dedication of time and energy towards helping the Malay community progress, especially in terms of education and income security, then, yes, I am certainly pro-Malay. Being pro-Malay does not entail being anti-everyone else. However, they are those who desire to be seen as ‘Malay-first’ even ahead of being Malaysian, and this enabled them to promote the idea of forming a ‘Malay-Muslim Government’. In Malaysia where more than 30 per cent of the population is made up of non-Malays, this is not possible. And sure enough, the new ‘Malay-Muslim Government’ of the Perikatan Nasional under Muhyiddin actually depended on non-Malays to survive”.

Mahathir wrote this in September 2021.

But these are no more his views.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 5th July 2023)


Terima kasih kepada Mahathir, gambaran besar untuk enam pilihan raya negeri yang akan datang sudah jelas — sama ada usaha mempromosi Malaysia majmuk berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia

Terima kasih kepada Mahathir Mohamad, gambaran besar untuk enam pilihan raya negeri yang akan datang sudah jelas — sama ada usaha mempromosi Malaysia majmuk berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia,

Mereka yang berada di pihak yang percaya bahawa perlembagaan Malaysia bersifat majmuk adalah tiga Perdana Menteri terawal Malaysia, yang juga merupakan Presiden UMNO — Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn.

Perdana Menteri kedua dan ketiga juga menyokong Rukun Negara sebagai prinsip pembinaan sebuah Malaysia yang majmuk.

Pendirian Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Mahathir Mohamad, sebelum ini adalah bahawa Perlembagaan Malaysia bersifat majmuk, terutamanya ketika dia mengumumkan rancangan 30 tahun Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya, dan dia juga menyokong prinsip-prinsip Rukun Negara, tetapi pendiriannya berubah selepas September 2021 di mana dia menulis buku “Capturing Hope — The Struggle for a New Malaysia” selepas dia dijatuhkan dari berkuasa dengan konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020.

Mahathir telah membuktikan dirinya sebagai seorang sesumpah politik. Saya masih ingat dengan pengumumannya di persidangan perwakilan Gerakan pada 29 September 2001 bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, bertentangan dengan apa yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan ketiga.

Tunku Abdul Rahman, semasa majlis makan malam sempena hari jadi ke lapan puluhnya pada 8 Februari 1983 yang dianjurkan oleh Barisan Nasional, yang telah dihadiri oleh semua pemimpin tertinggi Barisan Nasional termasuklah Perdana Menteri ketika itu, Mahathir Mohamad, telah memberikan mesej yang amat penting kepada para pemimpin Barisan Nasional untuk tidak mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Perkara ini menjadi tajuk utama semua akhbar pada keesokan harinya.

Tunku menekankan yang Malaysia ditubuhkan sebagai sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi dan perkara ini termaktub dalam Perlembagaan dan perlulah dihormati dan dipegang.

Empat hari kemudian, semasa menyambut ulang tahun ke-61 pada 12 Februari 1983, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Hussein Onn, telah memberikan sokongan penuh secara terbuka kepada seruan Tunku yang dihalakan kepada para pemimpin Barisan Nasional untuk tidak mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

Hussein mengatakan “tidak bijak atau praktikal” untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam memandangkan Malaysia boleh berfungsi sebagai sebuah negara sekular dengan Islam sebagai agama rasminya.

Mahathir telah mengabaikan Suruhanjaya Perlembagaan Reid 1957 dan Suruhanjaya Cobbold 1962.

Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Reid 1957, perenggan 169, mencadangkan supaya Perlembagaan Malaya, selepas mencapai kemerdekaan, menyatakan dengan jelas bahawa Malaya adalah sebuah negara sekular.

Laporan Suruhanjaya Cobbold 1962 melaporkan pendapat rakyat Sabah dan Sarawak mengenai pembentukan Malaysia. Salah satu punca kesangsian rakyat Sabah dan Sarawak untuk menyokong pembentukan Malaysia adalah mengenai sama ada Persekutuan baharu ini akan menjadi sebuah negara Islam. Ahli-ahli Suruhanjaya Cobbold yang berbangsa British telah mencadangkan supaya peruntukan Islam sebagai agama rasmi tidak dipakai di Sabah dan Sarawak telah ahli-ahli kerajaan Malaya memberikan jaminan bahawa peruntukan ini tidak akan menjejaskan sifat Malaysia sebagai sebuah “negara sekular”.

Mahathir membuat perisytiharan “929” yang mendapat sokongan Gerakan untuk menangkis PAS tetapi sekarang Mahathir dan Presiden PAS, Hadi Awang, berada di dalam kumpulan yang sama.

Dalam bukunya, “Capturing Hope”, Mahathir menulis:

“Sekarang, saya telah meluangkan keseluruhan hidup dan kerjaya saya menjadi “pro-Melayu”. Sekiranya apa yang dimaksudkan orang dengan terma itu sebagai dedikasi masa dan tenaga untuk membantu kemajuan komuniti orang Melayu, terutamanya dari segi pendidikan dan pendapatan, ya, saya pastinya seorang pro-Melayu. Menjadi pro-Melayu tidak bermaksud menjadi anti-orang lain. Namun, ada mereka yang mahu dilihat sebagai “pertamanya Melayu”, lebih utama dari dilihat sebagai seorang rakyat Malaysia, dan perkara ini telah membawa mereka untuk mempromosikan idea membentuk “Kerajaan Melayu Islam”. Di Malaysia, di mana lebih dari 30 peratus populasi terbentuk dari kalangan orang bukan Melayu, perkara ini tidak mungkin. Dan pastinya, “Kerajaan Melayu Islam” baharu Perikatan Nasional di bawah Muhyiddin Yassin sebenarnya bergantung kepada orang bukan Melayu untuk bertahan.”

Mahathir menuliskan perkara ini pada bulan September 2021.

Tetapi perkara ini tidak lagi menjadi pendiriannya sekarang.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Rabu, 5 Julai 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.