PH-BN coalition winning Kedah and Terengganu will exceed my expectations for the six state polls on August 12


(Versi BM)

The six state polls on August 12 will be a strong indicator of things to come in Malaysia — whether the nation will continue in the path of reform, to reset and return to the original nation-building principles of plural Malaysia that the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein and Hussein Onn) have written into the Malaysian Constitution and Rukun Negara or whether our future is that of a divided, failed, and corrupt state in the coming decades.

This is why the six state polls are important not only for Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan and Terengganu, but for the country as a whole.

I will be happy to see a form of status quo on Polling Day on August 12 — the Pakatan Harapan-Barisan Nasional coalition winning Penang, Selangor, and Negeri Sembilan with two-thirds majority in the respective State Assemblies and Perikatan Nasional (PN) winning Kedah, Kelantan, and Terengganu but with PH-BN coalition making more headway in the three states.

The PH-BN coalition winning Kedah and Terengganu will exceed my expectations for the six state polls, but if this can be accomplished, then the future for Malaysia to become a great world-class nation will be very bright.

Let Malaysians, regardless of race, religion, region, age or gender, unite as Malaysians in the six state polls to build better tomorrow in Malaysia for our children and children’s children.

Nobody is asking the Malays, Chinese, Indians, Kadazans, and Dayaks to forget their ethnic or religious identities, but we should all be “Malaysians First”.

There are political forces which are spreading lies, falsehoods, fake news, and hate speech to make Malaysians suspicious about each other and polarise the country, whether based on race, religion or culture.

Let us not fall into their trap.

Malaysians should be proud of their legacy of the four great civilisations of the world — Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western — and work on Malaysia to become the role model for the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Let us show the world that Malaysians can be world champions again.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at Cheras DAP Dinner in Kuala Lumpur on Wednesday, 5th July 2023)


Kemenangan gabungan PH-BN di Kedah dan Terengganu akan melepasi jangkaan saya untuk enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos

Enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos akan menjadi penanda kuat untuk perkara yang akan terjadi di Malaysia — sama ada negara kita akan terus berada dalam hala tuju reformasi, untuk menetapkan semula hala tuju dan mengembalikan Malaysia ke prinsip asal pembinaan negara Malaysia majmuk yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn) ke dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara atau sama ada kita ditakdirkan menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup dalam beberapa dekad yang akan datang.

Kerana inilah enam pilihan raya negeri ini penting bukan sahaja untuk Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, tetapi juga untuk negara kita secara keseluruhannya.

Saya akan gembira melihat pengekalan status quo pada hari pengundian 12 Ogos — di mana gabungan Pakatan Harapan — Barisan Nasional menang di Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga di setiap DUN dan Perikatan Nasional memenangi Kedah, Kelantan, dan Terengganu tetapi pada masa yang sama PH-BN mencatatkan penambahbaikan di tiga negeri ini.

Kemenangan untuk gabungan PH-BN di Kedah dan Terengganu akan melepasi jangkaan saya untuk enam pilihan raya negeri ini, tetapi sekiranya perkara ini berjaya dicapai, maka masa hadapan Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia amatlah cerah.

Marilah semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur, atau jantina, bersatu padu sebagai rakyat Malaysia dalam pilihan raya negeri ini untuk membina sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk Malaysia demi anak-anak dan cucu-cucu kita.

Tidak ada sesiapa yang meminta orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak untuk melupakan identiti etnik atau agama mereka, tetapi kita semua perlulah “Pertamanya rakyat Malaysia”.

Ada kuasa-kuasa politik yang sedang menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian untuk membuatkan rakyat Malaysia berasa syak wasangka terhadap satu sama lain dan untuk mempolarisasikan negara kita, sama ada melalui garisan perkauman, keagamaan, atau kebudayaan.

Janganlah kita termakan perangkap mereka ini.

Rakyat Malaysia patut berbangga dengan legasi pertemuan empat tamadun hebat dunia di Malaysia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — dan bekerjasama untuk menjadi Malaysia contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Marilah kita tunjukkan kepada dunia yang rakyat Malaysia boleh menjadi juara dunia sekali lagi.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di majlis makan malam DAP Cheras di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 5 Julai 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.