The meaning of Muhyiddin’s claim that PN confident it can win “nearly 20 seats” in Penang state polls


(Versi BM)

I want to discuss the significance of the statement earlier today of the Perikatan Nasional (PN) chairperson Muhyiddin Yassin that he was confident that the PN coalition could win “nearly 20” state assembly seats to garner a simple majority in the 40-seat Penang State Assembly.

He said at the PN convention at the state Gerakan state headquarters in Penang:

“We need only 21 (seats) to do this. Now, it’s almost 20.

“So, if we want to win, we just need a bit more effort. Just one more percent of your power.”

Muhyiddin said PN’s win at the upcoming six-state elections could ease the coalition’s takeover of the federal government.

Muhyiddin’s statement has the following implications for the six state general elections expected in August:

  1. A hung Parliament in Penang State Assembly if not a new Chief Minister and a PN state government in Penang;
  2. PN captures Selangor State Government;
  3. PN captures Negeri Sembilan State Government;
  4. A clean sweep for PN in Kelantan and Terengganu state general elections;
  5. An overwhelming PN victory in Kedah state general election where the Pakatan Harapan-Barisan Nasional coalition could win at most three State Assembly seats; and
  6. The toppling of the Anwar unity government after nine months and the return of political instability and national disunity, which will drive away foreign investors.

In the last few decades, Malaysia had been in a trajectory of national decline, losing out to one nation after another.

Recently, a comedian formerly from Singapore used very crude and vulgar language in New York to compare the progress of Malaysia and Singapore in the last five decades where Singapore transformed from a developing country into a first-world nation while Malaysia was mired among the developing countries.

What this vulgar comedian did not realise was that Singapore could transform itself from a developing country into a first-world country in five decades is because of the contribution of Malaysians, who flocked to other countries in the world in the Malaysian Diaspora to make other nations great.

These one to two million Malaysians in the Malaysian Diaspora should stay in Malaysia to make Malaysia great and not make other nations great.

The PAS President, Hadi Awang, said the Muslims in Malaysia should choose to become cow herders or pig herders.

The concept that Muslims in Malaysia should choose to become cow herders or pig herders is an outdated and antediluvian concept.

Malaysians, whether Muslims or non-Muslims, do not want to be cow herders or pig herders but want to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Or in the words of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

Victories for PN in the six states in August will confirm Malaysia in the trajectory of decline towards a divided, failed, and rogue state for Malaysia in the coming decades.

What Malaysia needs is the very opposite.

Malaysia, regardless of race, religion or region, should unite with one common objective — to make Malaysia world champions again and be the role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Malaysian voters in the six states in August, whether Malays, Chinese, Indians or Muslims, Buddhists, Christians or Hindus, should not fall for the PN siren call for a divided, failed, and rogue future for Malaysia, but should unite for Malaysians to become world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

The PN politicians are thinking of their own future, but Malaysian voters, both Muslim and non-Muslims, in the six state general elections in August, must think of the future of their state and the nation, and that of their children and children’s children.

To be world champions again and to be the role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance and harmony, all races, religions, and regions must unite with one common national goal.

We must ensure that the coalition that formed the Anwar Unity Government retain the three State Governments with over two-thirds majority, while making advances in Kedah, Kelantan and Terengganu, by winning more than three seats in Kedah and “break the egg” in Kelantan and Terengganu.

This is why the Yang di Pertuan Agong advised all Malaysians to maintain political stability and restore national unity which are the two prerequisites for Malaysia to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

The Anwar unity government has given Malaysians an unique opportunity to reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara by the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers who were also UMNO Presidents) — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths in the country, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

Malaysians, regardless of race, religion or region, must not waste this opportunity for a national reset and return to the original nation-building principles for a plural Malaysia — for such an opportunity is unlikely to present itself for a second time.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the DAP Bukit Mertajam “Support, Sympathy, Solidarity Dinner with Lim Guan Eng in Penang Tunnel Court Case” on Saturday, 17th June 2023 at 9 pm)


Erti dakwaan Muhyiddin yang PN yakin dapat memenangi “hampir 20 kerusi” dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang

Saya ingin membincangkan kepentingan dakwaan yang dibuat awal hari ini oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin, yang dia yakin bahawa gabungan PN boleh menang di “hampir 20 kerusi” untuk mengumpulkan majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi.

Dia mengatakan semasa di konvensyen PN di ibu pejabat Gerakan di Pulau Pinang:

“Kita hanya memerlukan 21 kerusi untuk melakukan perkara ini. Sekarang, kita hampir ada 20.

“Jadi, sekiranya kita ingin menang, kita hanya perlukan sedikit lagi usaha. Hanya satu lagi peratus usaha anda.”

Muhyiddin mengatakan kemenangan PN dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang akan memudahkan usaha gabungan tersebut untuk mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kenyataan Muhyiddin ini mempunyai implikasi berikut kepada enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos:

  1. Dewan tergantung di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, jika bukan Menteri Besar baharu dan Kerajaan Negeri PN di Pulau Pinang;
  2. PN merampas Kerajaan Negeri Selangor;
  3. PN Merampas Kerajaan Negeri Negeri Sembilan;
  4. PN sapu bersih dalam pilihan raya negeri di Kelantan dan Terengganu;
  5. Kemenangan besar untuk PN di Kedah di mana gabungan Pakatan Harapan — Barisan Nasional hanya mampu menang tidak lebih dari tiga kerusi DUN; dan
  6. Ketumbangan Kerajaan Perpaduan Anwar selepas sembilan bulan dan datangnya semula ketidakstabilan politik dan perpecahan dalam negara, yang akan menghalau para pelabur asing.

Dalam beberapa dekad yang lepas, Malaysia berada dalam hala tuju kemerosotan, ditinggalkan di belakang satu demi satu negara.

Baru-baru ini, seorang pelawak dari Singapura telah menggunakan bahasa yang amat kasar dan biadab di New York untuk membandingkan kemajuan di antara Malaysia dan Singapura dalam lima dekad yang lepas, di mana Singapura telah berubah dari sebuah negara membangun kepada negara dunia pertama, manakala Malaysia kekal berada dalam kalangan negara sedang membangun.

Apa yang tidak disedari oleh pelawak biadab ini adalah kemajuan yang dinikmati Singapura — dari sebuah negara membangun kepada sebuah negara dunia pertama — ini dalam lima dekad yang lepas adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia, yang telah ke negara-negara lain di dunia dalam Diaspora Malaysia untuk menjadikan negara-negara lain ini yang hebat.

Kumpulan satu ke dua juta dalam Diaspora Malaysia ini sepatutnya berada di Malaysia untuk menjadikan Malaysia hebat dan bukannya negara lain yang hebat.

Presiden PAS, Hadi Awang, mengatakan yang orang Islam di Malaysia patut memilih sama ada ingin menjadi penternak lembu atau penternak khinzir.

Konsep di mana orang Islam di Malaysia perlu memilih di antara ingin menjadi penternak lembu atau penternak khinzir adalah satu konsep yang telah lapuk dan ketinggalan zaman.

Rakyat Malaysia, sama ada orang Islam atau bukan, tidak mahu menjadi penternak lembu atau penternak khinzir, sebaliknya kita mahu menjadi juara dunia sekali lagi, dan mahu menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Atau, seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Kemenangan untuk PN di enam negeri pada bulan Ogos yang akan datang ini hanya akan mengesahkan lagi yang Malaysia akan kekal dalam hala tuju kemerosotan ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk dalam dekad-dekad yang mendatang.

Apa yang Malaysia perlukan adalah perkara yang sebaliknya.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, patut bersatu padu dengan satu cita-cita bersama — untuk menjadikan Malaysia juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Para pengundi di enam negeri, pada bulan Ogos yang akan datang ini, baik orang Melayu, Cina, India, atau Islam, Buddha, Kristian, atau Hindu, tidak patut termakan dengan hasutan PN yang membawa kepada sebuah Malaysia yang berpecah belah, gagal, dan teruk, sebaliknya perlu bersatu padu untuk membolehkan Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Ahli-ahli politik PN hanya memikirkan masa hadapan mereka sahaja, tetapi rakyat Malaysia, baik yang Islam atau bukan Islam, perlu memikirkan mengenai masa hadapan negeri dan negara, dan juga masa hadapan untuk anak-anak dan cucu-cucu mereka.

Untuk menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia, semua kaum, agama, dan kawasan perlu bersatu padu dengan satu matlamat nasional yang dikongsi bersama.

Kita perlu pastikan gabungan yang dibentuk oleh Kerajaan Perpaduan Anwar mengekalkan tiga kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga, dan pada masa yang sama, mencatatkan kemajuan di Kedah, Kelantan, dan Terengganu dengan memenangi lebih dari tiga kerusi di Kedah dan beberapa kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Kerana inilah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong menitahkan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengekalkan kestabilan politik dan mengembalikan perpaduan negara yang merupakan dua syarat untuk Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Kerajaan Perpaduan Anwar telah memberikan peluang unik untuk kita tetapkan semula dan kembalikan negara kepada prinsip-prinsip pembinaan negara Malaysian yang majmuk — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, tidak boleh membazirkan peluang untuk negara kita kembali semula kepada prinsip asal pembinaan sebuah negara Malaysia yang majmuk — kerana peluang sebegini tidak mungkin akan datang buat kali kedua.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di “Majlis Makan Malam Sokongan, Simpati, dan Solidariti bersama Lim Guan Eng dalam Kes Mahkamah Terowong Pulau Pinang” pada hari Sabtu, 17 Jun 2023 pada jam 9 malam)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.