Will Dominic Lau be the Perikatan Nasional’s nominee for the Chief Minister of Penang in the forthcoming Penang state polls?


(Versi BM)

The combination of the statements of the Perikatan Nasional (PN) Chairman Muhyiddin Yassin and the Gerakan President Dominic Lau in the last two days poses the question whether Dominic Lau will be PN’s nominee for the Chief Minister of Penang in the forthcoming Penang state polls.

This question evokes three further questions:

  • whether Dominic Lau as the PN Chief Minister-designate has got the agreement of Penang Gerakan and in particular the Penang Gerakan Chairman Oh Tong Keong;
  • will Gerakan will get the most number of State Assembly seats in Penang in Perikatan Nasional to contest in the forthcoming Penang general election or will the Gerakan leaders will be at the beck-and-call of both PAS and Bersatu leaders; and
  • whether Dominic Lau will win a seat in the Penang State Assembly and whether he will be able to retain his deposit.

There is another question that Dominic Lau can answer:

Does he want the people of Penang to choose whether to be pig herders or cow herders, and whether he is prepared to openly tell the PAS President, Hadi Awang why he is wrong.

Can PN and Gerakan answer these questions?

I don’t think so.

The most important question is whether the Penang voters are prepared to do both a national and state service by coming out in bigger numbers in the Penang state polls than in the 15th national general election on Nov. 19, 2022 to vote for Malaysia and Penang to become world champions again and to be a role model of the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 18th June 2023)


Adakah Dominic Lau akan menjadi calon Ketua Menteri Pulau Pinang untuk Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang yang akan datang?

Gabungan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, dan Presiden Gerakan, Dominic Lau, dalam dua hari yang lepas menimbulkan persoalan sama ada Dominic Lau akan menjadi calon Ketua Menteri Pulau Pinang untuk PN dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Persoalan ini menimbulkan tiga lagi soalan:

  • sama ada Dominic Lau telah mendapat persetujuan Gerakan Pulau Pinang dan terutamanya Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, untuk menjadi calon Ketua Menteri PN;
  • adakah Gerakan akan mendapat jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri terbanyak untuk ditandingi di Pulau Pinang atau adakah para pemimpin Gerakan akan terpaksa patuh dan akur dengan arahan pemimpin PAS dan Bersatu; dan
  • sama ada Dominic Lay akan menang di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sama ada dia akan berjaya untuk mengekalkan depositnya.

Ada juga soalan-soalan lain yang boleh dijawab Dominic Lau:

Adakah dia mahu rakyat Pulau Pinang untuk memilih di antara menjadi penternak khinzir atau menjadi penternak lembu, dan sama ada dia bersedia untuk memberitahu Presiden PAS, Hadi Awang, secara terbuka yang dia salah.

Bolehkah PN dan Gerakan menjawab soalan-soalan ini?

Saya tidak rasa begitu.

Persoalan yang paling penting adalah sama ada para pengundi di Pulau Pinang bersedia untuk menjalankan tanggungjawab demi negara dan negeri dengan keluar mengundi beramai-ramai dalam pilihan raya negeri Pulau Pinang untuk memastikan terdapatnya kadar keluar mengundi yang lebih tinggi berbanding dengan pilihan raya umum ke-15 pada 19 November 2022 untuk memilih pilihan yang akan menjadikan Malaysia dan Pulau Pinang juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Isnin, 18 Jun 2023)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.