Malaysian Chinese should help Malaysia to become world champions again and be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance and harmony


(Versi BM)

The Lims in China are not very well known. The one Lim who have appeared in Chinese history is the Opium War stalwart Lin Zexu whose forceful opposition to the opium trade was a primary catalyst for the First Opium War in China from 1839–42.

But among 50 million Chinese all over the world in the Chinese Diaspora, who have made the other countries in the world outside China their home, like Thailand and Malaysia, the Lims seem to have left bigger footprints.

For instance, one of the Prime Minister-designates of Thailand, Pita Limjaroenrat, the leader of the Move Forward Party, is a Lim.

Although we are ethnic Chinese, we are 100 per cent nationals of our respective countries.

There are many false narratives in Malaysia today based on lies, falsehoods, fake news, and hate speech.

Some of these false narratives include the following — that I am a communist. In actual fact, the communists wanted me to lose in the 1969 general elections, but I was elected the MP for Bandar Melaka despite the 1969 election boycott campaign of the communists.

I was accused of causing the May 13, 1969 racial riots, but I was never in Kuala Lumpur when the riots broke out, as I had gone to Kota Kinabalu on the morning of May 13, 1969 to help in the election campaign of the independent candidates in Sabah.

There is the false narrative that the Chinese are anti-Islam, but there are more Muslims in China than in Malaysia.

There is the false narrative that China is anti-Islam, but the Belt and Road Initiative is one of the most important global initiatives of this era, with more than 145 countries joining the BRI initiative.

In fact, China’s President Xi Jinping played a historic role in the restoration of Saudi Arabia-Iran diplomatic relations and two days ago, Xi said China is willing to play a positive role to help the Palestinians achieve internal reconciliation and promote peace talks with Israel.

Some of the false narratives in Malaysia are that Malaysian Muslims must choose to become cow herders or pig herders.

Muslims or non-Muslims, do not want to be cow herders or pig herders but want to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance and harmony

Or in the words of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

Is the vision for Malaysians to be world champions again and to be a role model for inter-ethnic, inter-religious, jnter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony, or in Tunku’s words, to be “a beacon of light in a difficult and distracted world” beyond the capacity and intellectual capabilities of the present generation?

I do not think so.

I believe all Malaysians — that includes all organisations like the Lim Clans Associations — should do all they can for Malaysia to achieve the vision to be world champions again and be a role model of the world in inter-ethnic, inter-religious, jnter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony.

Since we achieved nationhood, many Malaysians have flocked to other countries to make them great and to make one country transform from a developing country into a first-world country in two generations.

These Malaysians should remain in Malaysia to make Malaysia great.

This is why the Yang di Pertuan Agong had advised all Malaysians to maintain political stability and restore national unity for Malaysians to be world champions again and to be a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

We owe it to the Malaysian nation to make Malaysia world champions again and a role model of the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

But we must reunite all Malaysians, regardless of clan, race, religion or region to build Malaysia’s future greatness.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the opening of the Lim Clans Federation AGM in Klang on Saturday, 17th June 2023 at 1.30 pm)


Orang Cina Malaysia patut bantu Malaysia menjadi juara dunia dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia

Golongan Lim di China tidaklah terlalu dikenali. Seorang Lim yang muncul dalam sejarah China adalah pejuang Perang Candu, Lin Zexu, di mana perjuangan gagahnya terhadap perdagangan candu menjadi penggerak utama Perang Candu Pertama di China dari tahun 1839 hingga 1842.

Namun, dalam kalangan 50 juta orang Cina di seluruh dunia yang berada dalam Diaspora Cina, yang telah memilih negara lain di luar China sebagai rumah mereka, negara-negara seperti Thailand dan Indonesia, Lim telah meninggalkan jejak yang lebih besar.

Sebagai contoh, salah seorang calon Perdana Menteri Thailand, Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward, adalah seorang Lim.

Walaupun kita beretnik Cina, kita adalah 100 peratus berbangsa negara kita.

Terdapat banyak naratif salah di Malaysia hari ini yang diasaskan kepada penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian.

Sesetengah naratif palsu ini termasuklah perkara-perkara seperti berikut — kononnya saya seorang komunis, sedangkan golongan komunis mahu saya kalah dalam pilihan raya umum 1969, sebaliknya, saya berjaya dipilih sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka walaupun berhadapan dengan kempen boikot pilihan raya yang digerakkan oleh golongan komunis.

Saya dituduh sebagai kononnya mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969, tetapi saya tidak pun berada di Kuala Lumpur semasa rusuhan ini terjadi, memandangkan saya telah ke Kota Kinabalu pada pagi 13 Mei 1969 untuk membantu kempen pilihan raya calon bebas di Sabah.

Terdapat juga naratif palsu yang cuba mengatakan orang Cina anti-Islam, sedangkan terdapat lebih ramai orang Islam di China berbanding dengan di Malaysia.

Terdapat naratif palsu yang cuba mengatakan China anti-Islam, tetapi Inisiatif Belt and Road adalah salah satu initisiatif global terpenting pada era ini, dengan lebih dari 145 buah negara menyertai inisiatif ini.

Malah, Presiden China, Xi Jinping, memainkan peranan penting dalam memulihkan hubungan diplomatik di antara Arab Saudi dan Iran dan dua hari yang lepas, Xi mengatakan yang China bersedia untuk memainkan peranan positif untuk membantu rakyat Palestin mencapai kedamaian dan mempromosikan perbincangan keamanan dengan Israel.

Sesetengah naratif palsu yang ada di Malaysia adalah kononnya orang Islam di Malaysia perlu memilih sama ada ingin menjadi penternak lembu atau penternak khinzir.

Orang Islam atau bukan Islam, tidak mahu hanya menjadi penternak lembu atau penternak khinzir, tetapi mereka mahu menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Atau seperti yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Adakah visi untuk rakyat Malaysia menjadi juara dunia, menunjukkan contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun, atau menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” seperti yang dikatakan Tunku ini berada di luar kapasiti dan kebolehan intelek generasi hari ini?

Saya tidak merasakan begitu.

Saya percaya semua rakyat Malaysia — termasuklah semua persatuan seperti Pertubuhan Keluarga Lim — patut melakukan apa sahaja yang mereka boleh, untuk memastikan Malaysia berjaya mencapai visi untuk menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Sejak kita mencapai kemerdekaan, ramai rakyat Malaysia telah berhijrah untuk menjadikan negara-negara lain yang hebat, untuk mengubah negara-negara ini dari sebuah negara membangun kepada sebuah negara maju dalam tempoh dua generasi.

Rakyat-rakyat Malaysia ini sepatutnya berada di Malaysia untuk menjadikan Malaysia hebat.

Kerana inilah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong menitahkan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengekalkan kestabilan politik dan mengembalikan perpaduan negara yang merupakan dua syarat untuk Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Kita bertanggungjawab kepada negara untuk menjadikan Malaysia juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Sebelum itu, kita perlulah menyatukan semula semua rakyat Malaysia, tanpa mengira suku, kaum, agama, atau kawasan untuk membina masa hadapan yang hebat untuk Malaysia.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di majlis pembukaan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Keluarga Lim di Klang pada hari Sabtu, 17 Jun 2023 jam 1:30 tengahari)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.