You are very wrong Hadi, DAP represents not only the non-Malays and non-Muslims as DAP represents Malaysians — including Malays and Muslims


(Versi BM)

A week after the vote of confidence in Parliament on Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister of Malaysia, more and more Malaysians are coming to the view that there is now a higher chance of Anwar lasting five years as Prime Minister.

But this has only strengthened the resolve of the naysayers who have not given up their plot to topple the Anwar Ibrahim government ala-Sheraton Move.

The first Sheraton Move political conspiracy started with the toxic politics of lies, fear, hate, race, and religion over the ratification of the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) and the creation of fear and hate based on falsehoods, accusing the DAP of being behind the plot to ratify ICERD as the opening of an anti-Malay and anti-Islam attack by the DAP.

Hadi now knows that the ICERD issue in 2018 had nothing to do with the DAP, as DAP Ministers and leaders were as surprised as anyone by the then Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad’s speech at the United Nations General Assembly in

September 2018 to ratify the core UN human rights covenants.

But Hadi has done nothing in the past four years to apologise to the DAP or to admit his mistakes in hurling lies and falsehoods against the DAP with regard to the ICERD ratification issue in 2018.

Now Hadi is back to his old tricks again.

His Open Letter last week claiming that the Malay voter turnout rate was lower compared to other races in the 15th General Election (GE15) is not only “baseless”, but the first step to bring down the Anwar government ala-Sheraton Move.

Political analyst Bridget Welsh of the University of Nottingham Malaysia said Malays accounted for the highest percentage of voters, according to data she collected.

She said the lower voter turnout rate of the Chinese and other non-Malay ethnic groups refutes Hadi’s claim that 98 per cent of non-Muslims, including those residing abroad, voted in GE15 to “support DAP” while only 60 per cent of Muslims voted. Hadi warned that those who did not vote might have sinned “as they had disobeyed God’s command as stated by the Prophet Muhammad”.

Welsh said Hadi’s claims repeated his narrative about Malays as being politically threatened, adding that the claims were unsubstantiated.

Welsh cited her analysis which showed that the turnout rate of Malay voters at GE15 was 79 per cent, followed by Indian voters (78 per cent), Chinese voters (69 per cent) and other races (59 per cent).

She said that although Malay turnout was higher than that of other races, not all supported Perikatan Nasional (PN), of which Pas is a component. She said out of Malays who did vote, only 54 per cent supported PN.

Hadi is again very wrong. DAP represents not only the non-Malays and non-Muslims, DAP represents Malaysians — including Malays and Muslims

The 2010 and 2020 Population and Housing Census debunked Hadi’s toxic politics of lies and falsehoods to engender fear and hate in Malaysia’s plural society.

According to the Population and Housing Census of Malaysia 2020, three-quarters of Malaysians live in urban settings, with most urban-dwellers being of bumiputera ethnicity.

Some 14.1 million — or 62.6 percent — of urbanites are bumiputera, followed by ethnic Chinese at 6.4 million or 28.6 percent, ethnic Indians (1.8 million or 8.1 percent), and other ethnicities (0.2 million or 0.7 percent).

The bumiputera proportion has grown compared to the last census in 2010, when 58.9 percent of urban dwellers were bumiputera, according to the Department of Statistics Malaysia.

Data from the Election Commission revealed that a total of 21,173,638 Malaysians voted in GE15 compared with 14,940,624 in GE14.

Furthermore, it will not be possible for DAP to win 12 parliamentary seats with all the other contending candidates losing their deposits if the winning DAP candidate had not won the vote of all racial groups in the constituency.

The 12 parliamentary seats where all the contending candidates to the DAP candidate lost their deposits in the 15th General Election are Tanjong, Bagan, Bukit Gelugor, Bukit Bendera, Ipoh Barat, Batu Gajah, Segambut, Kepong, Cheras, Bukit Bintang and Seputeh.

Furthermore, DAP won 15 of the 20 constituencies with the largest majorities, led by DAP national deputy chairman, Gobind Singh Deo, who won the Damansara parliamentary seat with a gigantic majority of 124, 619 votes.

The other 19 constituencies with huge majorities from 43,882-vote majorities upwards were: Subang, Klang, Kota Raja, Bangi, Seputeh, Bukit Gelugor, Kepong, Iskandar Puteri, Segambut, Puchong, Bukit Mertajam, Ipoh Barat, Cheras, Batu Gajah, Bagan, Pandan, Kota Melaka, Tanah Merah, and Ipoh Timur.

It is impossible for the DAP to win so many parliamentary constituencies with such huge majorities without the support of voters from all ethnic groups.

The DAP, which has three Malay MPs in Parliament, will continue to be a party of Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Dayaks or Muslims, Buddhists, Hindus, Christians, Sikhs.

I do not expect Hadi to apologise for his latest toxic politics of lies, hate, fear, race, and religion but to continue to conjure new lies and falsehoods to generate fear and hate in Malaysia.

Malaysia must have freedom of expression based on facts and opinions but we must guard against the toxic and divisive politics of lies, fear, hate, race, and religion which can destroy multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural Malaysia.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 27th December 2022)


Hadi, anda sangat tersangat salah, DAP bukan sahaja mewakili suara orang bukan Melayu dan orang bukan Islam, tetapi DAP mewakili rakyat Malaysia — termasuklah orang Melayu dan orang Islam

Seminggu selepas undi percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 di Parlimen, semakin ramai rakyat Malaysia kini berpendapat yang Anwar mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk kekal sebagai Perdana Menteri selama lima tahun.

Tetapi, perkara ini juga telah meningkatkan lagi usaha pihak yang masih belum berputus asa untuk menumbangkan kerajaan Anwar Ibrahim seperti dalam Langkah Sheraton sebelum ini.

Konspirasi politik Langkah Sheraton yang pertama bermula dengan politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan yang bersangkut paut dengan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD) dan juga dengan penciptaan kebencian dan syak wasangka melalui fitnah, di mana mereka menuduh DAP sebagai berada di sebalik rancangan untuk meratifikasi ICERD sebagai pembukaan serangan anti Melayu dan Islam oleh DAP.

Hadi kini tahu yang isu ICERD pada tahun 2018 ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan DAP, memandangkan para Menteri dan pemimpin DAP sendiri terkejut seperti mana orang lain juga, dengan pengumuman Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada bulan September 2018 mengenai ratifikasi perjanjian utama hak asasi manusia PBB.

Tetapi Hadi tidak membuat apa-apa usaha dalam empat tahun yang lepas untuk memohon maaf kepada DAP atau untuk mengakui kesilapannya dalam menabur penipuan dan fitnah berkaitan ICERD terhadap DAP.

Kini, Hadi mengulangi semula helah lamanya.

Surat Terbuka Hadi pada minggu lepas mendakwa yang kadar keluar mengundi orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih rendah berbanding dengan kaum-kaum lain bukan sahaja “tidak berasas”, tetapi merupakan langkah pertama usaha menjatuhkan kerajaan Anwar seperti Langkah Sheraton sebelum ini.

Penganalisis politik, Bridget Welsh, dari University of Nottingham Malaysia mengatakan yang orang Melayu membentuk peratusan pengundi tertinggi berdasarkan data yang dikutipnya.

Dia mengatakan yang kadar keluar mengundi yang lebih rendah dalam kalangan orang Cina dan kumpulan etnik bukan-Melayu yang lain menafikan dakwaan Hadi yang kononnya 98 peratus golongan bukan Islam, termasuklah yang berada di luar negara, mengundi dalam PRU15 untuk “menyokong DAP” sedangkan hanya 60 peratus orang Islam sahaja yang mengundi. Hadi memberikan amaran yang mereka yang tidak mengundi mungkin telah berdosa kerana “mereka melanggar perintah Tuhan seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad”.

Welsh mengatakan yang dakwaan Hadi ini mengulangi naratifnya yang kononnya orang Melayu sedang terancam dari segi politik, menambah yang dakwaan ini tidak berasas.

Welsh memetik analisanya yang menunjukkan kadar keluar mengundi pengundi Melayu pada kadar 79 peratus, diikuti pengundi India pada 78 peratus, Cina pada 69 peratus, dan lain-lain pada 59 peratus.

Dia mengatakan walaupun kadar keluar mengundi orang Melayu lebih tinggi berbanding dengan kaum-kaum lain, bukan semua orang Melayu menyokong Perikatan Nasional (PN), yang mana PAS merupakan sebuah parti komponennya. Dia mengatakan dalam kalangan orang Melayu yang mengundi, hanya 54 peratus sahaja yang menyokong PN.

Sekali lagi, Hadi amat salah. DAP mewakili bukan sahaja suara orang bukan Melayu dan bukan Islam, sebaliknya, DAP mewakili rakyat Malaysia —termasuklah orang Melayu dan orang Islam.

Bancian Populasi dan Perumahan 2010 dan 2020 telah membongkar politik toksik penipuan dan fitnah Hadi yang cuba menyemai kebencian dan syak wasangka dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Menurut Bancian 2020, tiga per empat rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar, dengan kebanyakan penduduk bandar dari kategori etnik bumiputera.

Kira-kira 14.1 juta orang — atau 62.6 peratus — penduduk bandar adalah bumiputera, diikuti oleh golongan etnik Cina pada 6.4 juta orang atau 28.6 peratus, etnik India pada 1.8 juta orang atau 8.1 peratus, dan lain-lain kumpulan etnik pada 0.2 juta orang atau 0.7 peratus.

Nisbah penduduk bumiputera ini telah bertambah apabila dibandingkan dengan bancian terakhir pada tahun 2010, di mana 58.9 peratus penduduk bandar merupakan bumiputera, menurut data Jabatan Statistik Malaysia.

Maklumat dari Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan 21,173,638 orang rakyat Malaysia telah mengundi dalam PRU15 berbanding dengan 14,940,624 orang pengundi dalam PRU14 sebelum ini.

Tambahan lagi, tidak mungkin untuk DAP memenangi 12 kerusi Parlimen semua calon-calon lain di kerusi-kerusi telah kehilangan deposit mereka jika DAP tidak menerima sokongan semua kumpulan kaum di kerusi-kerusi ini.

12 kerusi parlimen di mana semua lawan kepada DAP di sini kehilangan deposit mereka adalah Tanjong, Bagan, Bukit Gelugor, Bukit Bendera, Ipoh Barat, Batu Gajah, Segambut, Kepong, Cheras, Bukit Bintang, dan Seputeh.

DAP juga telah menang di 15 dari 20 kerusi dengan jumlah majoriti terbesar, didahului dengan kerusi timbalan pengerusi kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo, yang telah menang di kerusi Damansara dengan majoriti sebanyak 124,619 undi.

19 kerusi-kerusi dengan majoriti besar yang lebih dari 43,882 undi adalah: Subang, Klang, Kota Raja, Bangi, Seputeh, Bukit Gelugor, Kepong, Iskandar Puteri, Segambut, Puchong, Bukit Mertajam, Ipoh Barat, Cheras, Batu Gajah, Bagan, Pandan, Kota Melaka, Tanah Merah, dan Ipoh Timur.

Mustahil untuk DAP sebegitu banyak kerusi Parlimen dengan majoriti gergasi sebegini tanpa sokongan daripada semua kumpulan etnik.

DAP, yang mempunyai tiga orang Ahli Parlimen Melayu di Parlimen, akan terus menjadi sebuah parti yang mewakili suara rakyat Malaysia, baik orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak atau orang Islam, Buddha, Hindu, Kristian, atau Sikh.

Saya tidak jangka yang Hadi akan memohon maaf di atas politik toksik penipuan, syak wasangka, fitnah, perkauman, dan keagamaan yang ditaburnya ini, sebaliknya dia akan terus mereka-reka penipuan dan fitnah baharu untuk menghasut kebencian dan syak wasangka di Malaysia.

Malaysia perlu ada kebebasan bersuara yang berteraskan kepada fakta dan pendapat tetapi kita perlu sentiasa berjaga-jaga terhadap politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan, yang berpotensi untuk memusnah masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya di Malaysia.

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 27 Disember 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.