Malaysia must have a programme to reduce the migration of highly skilled citizens as part of the policy to make Malaysia great again


(Versi BM)

Last Thursday, Malaysiakini reported the former University of Malaya’s Dean of Medicine Dr. Adeeba Kamarulzaman as saying that Malaysia loses at least 30 of its best and brightest medical graduates from University of Malaya to Singapore, and that it costs the country almost RM1 million per student to train.

Yesterday, Sin Chew Daily reported that Singapore has a policy to “grab” talents from Malaysia’s Chinese Independent Secondary Schools, and this is equivalent to 300–400 students a year since 2015 who proceeded to Singapore to continue their higher studies and later to remain and help in the economic growth of the island republic.

Malaysia has been suffering from a severe brain drain since the 1970s, as testified by the Malaysian Diaspora all over the world numbering over a million Malaysians of all races and religions.

It is time that Malaysia should recognise highly skilled Malaysian talent especially in the science, technology, engineering, and math (STEM) sectors as a key resource in a knowledge economy which play a critical role of national economic growth and technological innovation of Malaysia.

Malaysia must have a programme to reduce the migration of highly skilled citizens as part of the policy to make Malaysia great again, as well as to attract highly-skilled talents to Malaysia.

There should be a special unit in the Prime Minister’s Department to stem the brain drain in key sectors, which should conduct an aggressive policy to turn the five decades of “brain drain” into a “brain gain” situation.

For a start, the government should resolve the grievances and complaints of healthcare workers and terminate the problem of the contract doctors.

Malaysia does not need contract doctors as they should be absorbed into the public health and medical system.

The new Health Minister should initiate a wide-ranging inquiry why Malaysia had been such a poor performer in the Covid-19 pandemic, when a global study on health in 2010 placed Malaysia as among the top 20 countries in the world, and be the basis of a 30-year national health plan 2023–2053 apart from preparing Malaysia to be better prepared for the next global pandemic.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 26th December 2022)


Malaysia memerlukan program untuk mengurangkan migrasi rakyat berbakat sebagai sebahagian dari dasar untuk menjadikan Malaysia hebat semula

Khamis lepas, Malaysiakini melaporkan yang bekas Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Adeeba Kamarulzaman, sebagai mengatakan yang Malaysia kehilangan sekurang-kurangnya 30 orang graduan perubatan terbaik dari Universiti Malaya kepada Singapura, dan negara kita menanggung kos hampir RM1 juta seorang untuk melatih mereka ini.

Semalam, Sin Chew Daily melaporkan yang Singapura mempunyai dasar untuk “merampas” bakat dari Sekolah Menengah Bebas Cina, dan perkara ini bermakna kira-kira 300–400 orang pelajar setahun sejak dari tahun 2015 telah ke Singapura untuk meneruskan pengajian mereka dan kemudiannya kekal di negara tersebut dan membantu mengembangkan ekonomi republik pulau tersebut.

Malaysia telah berhadapan dengan masalah kehilangan bakat sejak dari tahun 1970-an, seperti yang dapat dilihat dari komuniti diaspora Malaysia di seluruh dunia yang terdiri dari lebih sejuta rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Sudah tiba masanya untuk Malaysia mengiktiraf rakyat Malaysia yang berbakat, terutamanya dalam sektor sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) sebagai salah satu sumber utama dalam ekonomi berasaskan pengetahuan yang memainkan peranan kritikal dalam pertumbuhan ekonomi dan inovasi teknologi di Malaysia.

Malaysia memerlukan sebuah program untuk mengurangkan kehilangan bakat dari dalam negara dan juga satu dasar untuk menarik bakat-bakat untuk ke Malaysia.

Perlu ada sebuah unit khas di Jabatan Perdana Menteri untuk mengatasi masalah ini, yang perlu merangka sebuah dasar agresif untuk mengubah situasi kita dari kehilangan bakat-bakat cemerlang kepada menjadi sebuah negara yang menarik bakat-bakat ini.

Sebagai permulaan, kerajaan patut menyelesaikan aduan-aduan petugas kesihatan dan menghentikan masalah yang dihadapi oleh doktor kontrak.

Malaysia tidak memerlukan doktor kontrak, sebaliknya mereka ini sepatutnya diserap ke dalam sistem kesihatan awam negara.

Menteri Kesihatan yang baru perlu menjalankan penyiasatan menyeluruh mengapa Malaysia telah menunjukkan prestasi yang sebegitu buruk dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19, sedangkan suatu kajian global pada tahun 2010 meletakkan negara dalam kalangan 20 negara yang terbaik di dunia. Kajian ini hendaklah dijadikan asas kepada rancangan kesihatan 30 tahun, dari 2023 hingga 2053 untuk memastikan Malaysia sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pandemik global yang akan datang.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 26 Disember 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.