A breakthrough for Malaysia in Covid-19 pandemic in the last six days with triple-digit daily cases and single-digit daily deaths in Malaysia which should be a prelude to a wide-ranging study why Malaysia, indexed as among the top 20 countries in the world in a global study on health in 2019, became one the worst performers in the Covid-19 pandemic


(Versi BM)

Malaysia achieved a breakthrough in the Covid-19 pandemic, recording triple-digit daily Covid-19 cases and single-digit daily Covid-19 deaths for six consecutive days, bringing Malaysia back to more than two years ago before Malaysia broke the daily barrier for triple-digit Covid-19 cases and single-digit Covid-19 deaths, reaching five-digit daily new Covid-19 cases and triple-digit daily Covid-19 deaths terminating the “backdoor” premiership of Muhyiddin Yassin.

The catastrophic handling of the Covid-19 pandemic by the Muhyiddin government and Muhyiddin’s fear of a vote of confidence in Parliament were major causes for the collapse of the Muhyiddin’s “backdoor” government.

Parliament was illegally and unconstitutionally suspended for six months for Muhyiddin to tackle the Covid-19 pandemic, but the Muhyiddin Government’s handling was a catastrophic failure as illustrated by the following:

  1. When Emergency was declared in January 2021 to deal with the Covid-19 pandemic, Malaysia was ranked No.69 among nations with the most cumulative total of daily cases, but when Emergency was ended six months later we were ranked No. 23.
  2. When Emergency was declared in January 2021, Malaysia was ranked No. 16 the Bloomberg Covid Resilience Ranking out of 53 countries with economies of more than US$200 billion and when Emergency was ended six months later, Malaysia fell to the very bottom of ranking of the 53 nations — a fall of 37 places.
  3. When Emergency was declared, Malaysia had 135,992 Covid-19 cases and 551 Covid-19 deaths. Six months later, at the end of the emergency, we had 1,113,272 Covid-19 cases and 9,024 Covid-19 deaths — some five times the number of Covid-19 cases and 16 times the Covid-19 deaths after the emergency.

I therefore cannot understand Muhyiddin’s recent claim during the 15th General Election campaign that under his premiership, the Covid-19 pandemic in Malaysia was on the verge of becoming endemic and that lives were saved, where “only a few died” during the pandemic.

What is shocking is not that Muhyiddin lied about the Covid-19 pandemic, but that huge numbers of Malaysians believed Muhyiddin as if 9,000 deaths is a small number.

The breakthrough in the Covid-19 pandemic in Malaysia is the occasion for the new Health Minister to carry out a wide-ranging inquiry why Malaysia had been such a poor performer in the pandemic, so that Malaysia can be better prepared for future pandemics.

The wide-ranging study on the health situation in Malaysia should also probe the shocking revelation by the former University of Malaya’s Dean of Medicine, Dr. Adeeba Kamarulzaman that at least 30 of the best medical graduates from Universiti Malaya leave Malaysia for greener pastures because of unresolved healthcare worker issues at home.

The Government should draw up a programme to attract the best medical and other talents from other countries to Malaysia, and not the way round.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 23rd December 2022)


Malaysia mencatatkan kejayaan dengan kes harian dan kematian akibat Covid-19 dalam julat tiga angka dan satu angka masing-masing, yang patut menjadi permulaan untuk kajian mengapa Malaysia mencatatkan prestasi yang buruk dalam berhadapan dengan pandemik Covid-19

Malaysia telah mencatatkan satu kejayaan dalam pandemik Covid-19, kita mencatatkan kes harian dalam julat tiga angka dan kematian akibat Covid-19 dalam julat satu angka untuk enam hari yang lepas, membawa negara kita ke era seperti dua tahun lepas ketika mana kita mula mencatatkan kes dalam julat tiga angka, yang kemudiannya melarat sehingga ke tahap dengan kes harian dalam julat lima angka dan kematian dalam julat tiga angka sehari ketika berakhirnya kerajaan Muhyiddin Yassin.

Pengendalian pandemik Covid-19 yang kucar kacir dan ketakutan Muhyiddin untuk berhadapan dengan undi percaya di Parlimen telah menjadi penyebab utama kejatuhan kerajaan “pintu belakang” Muhyiddin.

Parlimen telah digantung secara tidak selama enam bulan untuk memberi ruang kepada Muhyiddin untuk mengendalikan pandemik Covid-19, tetapi pengurusan pandemik Covid-19 oleh kerajaan Muhyiddin merupakan satu bencana yang dapat dilihat dari contoh-contoh berikut:

  1. Semasa darurat diisytiharkan pada bulan Januari 2021 untuk menguruskan wabak Covid-19, Malaysia berada di tempat ke-69 dari segi jumlah kes terkumpul, tetapi enam bulan kemudian selepas darurat berakhir, kita berada di tempat ke-23.
  2. Semasa darurat bermula pada bulan Januari 2021, kita berada di tempat ke-16 dari 53 negara dengan ekonomi yang bersaiz lebih besar dari AS$200 billion dalam Indeks Ketahanan Covid yang diterbitkan Bloomberg, enam bulan kemudian, Malaysia jatuh 37 anak tangga ke tempat terakhir.
  3. Semasa darurat diisytiharkan, Malaysia mencatatkan 135,992 kes terkumpul dan 551 kematian akibat Covid-19. Enam bulan kemudian kita mencatatkan 1,113,272 kes dengan 9,024 kematian — lebih lima kali ganda lebih banyak kes dan 16 kali ganda lebih banyak kematian selepas darurat diisytiharkan.

Oleh itu saya tidak boleh memahami dakwaan Muhyiddin baru-baru ini yang kononnya di bawah pimpinannya, pandemik Covid-19 di Malaysia hampir mencapai tahap endemik dan nyawa telah diselamatkan, kononnya “hanya beberapa orang sahaja yang terkorban”.

Apa yang mengejutkan bukanlah hakikat di mana Muhyiddin menipu mengenai Covid-19, tetapi sejumlah besar rakyat Malaysia yang kepada Muhyiddin, kerana 9,000 kematian bukanlah satu angka yang kecil.

Kejayaan pengurusan bencana Covid-19 ini adalah satu peristiwa yang perlu dimanfaatkan oleh Menteri Kesihatan baharu untuk menjalankan penyiasatan meluas mengapa negara kita mencatatkan prestasi yang sebegitu buruk supaya Malaysia dapat menjadi lebih bersedia untuk berhadapan dengan pandemik-pandemik lain di masa hadapan.

Kajian meluas ini perlu juga merangkumi pendedahan mengejut dari bekas Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Adeeba Kamarulzaman, yang mengatakan sekurang-kurangnya 30 orang graduan perubatan terbaik Universiti Malaya meninggalkan Malaysia setiap tahun kerana masalah petugas kesihatan yang tidak diselesaikan dalam negara kita.

Kerajaan perlu merangka program untuk menarik bakat perubatan dan bakat-bakat lain yang terbaik untuk ke Malaysia dan bukannya sebaliknya.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 23 Disember 2022)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.